APAKAH YANG SEDANG BERLAKU DI TIMUR
GHOUTA SEKARANG?
Ghouta. Sebuah daerah bekas kawasan pertanian ini yang telah
bertukar menjadi bandar terletak di dalam Damsyik ibu negara Syria ialah sebuah
negara milik umat Islam.
Merangkumi keluasan 370 km persegi, Ghouta
telah dikepung sejak empat tahun lepas oleh tentera kerajaan Syria dan
disifatkan sebagai pengepungan kota paling lama dalam era moden. Pengepungan ini
ditakrifkan sebagai tindakan tidak membenarkan perbuatan keluar masuk entiti
apa pun ke dalam Ghouta.
Tujuannya? “To supress rebellion” yang berbaki di Damsyik.
DAH TU APA YANG JADI SEKARANG INI?
Sejak malam 19 Februari lalu, tentera kerajaan Syria telah
menjalankan beberapa siri serangan udara ke atas timur Ghouta. Akibatnya, sekurang-kurangnya
930 orang telah dibom dan meninggal dunia. Dalam jumlah ini, 242 daripadanya
adalah kanak-kanak dan 167 daripadanya adalah para wanita.
Serangan-serangan ini disifatkan oleh
seorang wakil PBB sebagai kempen penghapusan secara besar-besaran. Menurut satu
sumber lagi, sebanyak 189 serangan udara dan 1000 tembakan artileri telah
ditujukan kepada timur Ghouta sahaja. Simply a concentrated bombing tactics.
Salah satu strategi peperangan yang berkesan. Contoh terbaik menyerupai peristiwa
Lahad Datu kira-kira 5 tahun lalu.
Serangan-serangan udara itu telah merosakkan
13 buah hospital dan secara langsung melumpuhkan keupayaan rakyat Ghouta untuk menyediakan
perkhidmatan kesihatan. Untuk pengetahuan anda, mengikut Konvesyen Geniva,
hospital adalah antara tempat yang tidak boleh diganggu hatta semasa perang.[1]
“As the air forces have been using multiple attacks targeting the
civil areas, and then hitting the same areas again after couple of minutes. It
is to achieve as much damage as possible, and to kill from the rescuing
teams—who would come to save the wounded and the people who were stuck under
the rubble—which is making the matter worse,”
- Raed al Saleh
pengarah Syrian Civil Defence -
Ya Allah, selamatkan umat Islam!
#PrayForGhouta
Disediakan oleh:
Unit Informasi dan Kemanusiaan,
Unit Kebajikan dan Kemanusiaan BKPJM 2017/2018.
No comments:
Post a Comment