DISEDIAKAN OLEH: SITI MARIAM BINTI ABU
BENDAHARI (LAJNAH PERUMAHAN) HEWI BKPJM 2017/2018
Di momen terkasih ini kuberikan segenap jiwa untukmu sayang,
Di momen terkasih ini ku tinggalkan segala aktivitiku hanya untukmu
sayang,
Sayang kala ini dunia terasa milik kita berdua,
Kala ini ingin kumiliki kau seutuhnya.
Sebuah puisi yang mungkin terucap daripada lisan muda mudi yang
sedang mabuk dilamun api cinta yang membara. Yakinkah engkau dengan ucapan
lelaki itu? Yakinkah engkau wahai perempuan berkenaan janji lelaki itu? Ramai
perempuan mudah tergoda dengan rayuan lelaki yang mungkin kadang-kala baru
beberapa minit dikenalinya sehingga menyebabkan mereka berdua terjerumus ke
dalam perbuatan zina.
Tanggal 14 Februari, satu hari yang sudah maklum diketahui iaitu
hari berkasih sayang. Akan tetapi, sayang seribu kali sayang kerana sejarah
mengapa 14 Februari diingati sebagai hari kasih sayang masih tidak diketahui
umum.
Sebagai seorang muslim, janganlah melakukan sesuatu yang belum
jelas kebenarannya dan belum jelas asal-usulnya. Firman Allah S.W.T:
وَلَا
تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ
كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسُۡٔولٗا ٣٦
Maksudnya: Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui.
Kerana pendengarannya , penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta
pertanggungjawabannya.
(Surah Al-Isra’: 36)
Sahabat sekalian, marilah memperdalam ilmu agar kita tidak
terjerumus dalam perkara-perkara keburukan terutamanya perkara-perkara yang boleh
menimbulkan dosa. Marilah kita terokai sejarah mengenai Valentine.
APAKAH
YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HARI VALENTINE?
Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam
Islam disebut syuhada’) yang kerana kesalahan dan bersifat ‘dermawan’,
dia diberi gelaran saint atau santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St.Valentine telah dibunuh kerana
penentangan penguasa Romawi pada waktu itu, Raja Claudius II (268-270 M) untuk
mengagungkannya (St.Valentine) yang dianggap sebagai pembawa simbol ketabahan,
keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Rentetan daripada
perkara ini, para pengikutnya memperingati kematian St.Valentine sebagai ‘upacara
keagamaan’.
Akan tetapi sejak abad 16 M, upacara keagamaan tersebut mulai
beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari
Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi
kuno yang disebut ‘supercalis’ yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
Setelah orang-orang Romawi menganut agama Nasrani (Kristian), pesta
supercalis kemudiannya dikaitkan pula dengan upacara kematian St.
Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih
sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu ‘kasih sayang’
mulai berputik bagai burung jantan dan betina pada tanggal 14 Februari .
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat
kata ‘Galentine’ yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan
bunyi antara Galentine dan Valentine menyebabkan sebahagian orang berfikir bahawa
waktu terbaik untuk para pemuda mencari pasangan hidupnya adalah pada tanggal
14 Februari.
Dengan berkembangnya zaman, Hari Valentine yang asalnya adalah
upacara memperingati seorang martyr yang bernama St. Valentino mungkin akan
terus tersasar jauh daripada pucuk pangkalnya. Masyarakat pasca kini tidak lagi
mengetahui asal usul Hari Valentine dengan jelas.
Berbeza dengan zaman dahulu, masyarakat kini menyambut Hari Valentine
dengan bertukar-tukar greeting card, penganjuran pesta-pesta
hiburan dan sebagainya tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah sebenar munculnya
Hari Valentine. Sejarah yang sudah lebih dari 1700 tahun yang lalu. Sejarah
yang sudah lapuk ditelan zaman.
Dari penjelasan di atas kita dapat mengambil kesimpulan bahawa
Valentine’s Day berasal dari upacara keagamaan Romawi Kuno yang penuh dengan
kesyirikan.
Hari Valentine juga adalah hari penghormatan kepada tokoh nasrani
yang dianggap sebagai pejuang dan pembela cinta.
Sungguh menyedihkan keadaan umat islam ketika ini. Ada sebahagian
orang mungkin sudah mengetahui kenyataan sejarah di atas. Seolah-olah mereka
menutup mata dan menyatakan boleh saja merayakan hari valentine yang asal
usulnya sebenarnya adalah ritual panagnisme . Maka kita sebagai seorang islam
haruslah berfikir dan tidak sepatutnya kita merayakan hari tersebut yang
jelas-jelas nyata bahawa perayaan valentine adalah perayaan non-muslim.
PADAH MENYAMBUT VALENTINE
Seterusnya kita lihat beberapa aspek keburukan yang ada di hari
Valentine:
Keburukan pertama meraikan hari Valentine dalam skop pandangan Islam
ialah seorang muslim itu akan menyamai orang bukan Islam. Agama Islam telah
melarang kita menyamai orang bukan Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa
dalil:
Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam bersabda memerintahkan agar kita
agar tidak meniru perbuatan orang yahudi dan nasrani.
إِنَّ الْيَهُودَ
وَالنَّصَارَى لاَ يَصْبُغُونَ ، فَخَالِفُوهُمْ
“ Sesungguhnya
orang Yahudi dan Nasrani tidak mahu berubah uban , maka selisihlah mereka”
( HR Bukhari )
Hadis ini menunjukkan kepada kita agar
menyelisihi orang Yahudi dan Nasrani secara umum dan di antara bentuk
menyelisihi mereka adalah dalam masalah uban. Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum ,
maka dia termasuk sebahagian dari mereka”
(HR Ahmad dan Abu Daud)
Telah jelas bahawa hari Valentine adalah perayaan panagnisme, lalu
diadaptasi menjadi ritual agama Nasrsni. Merayakannya bererti telah meniru-niru
mereka.
Keburukan kedua sambutan hari Valentine adalah ia terkeluar daripada adat
dan budaya Islam; perayaan bersifat ritual bukan ciri-ciri perayaan yang
dibolehkan dalam Islam.
Allah Subhanahu Wa Taala sendiri telah menyatakan sifat-sifat orang
beriman; iaitu mereka adalah orang-orang yang tidak menghadiri ritual atau
perayaan orang-orang musyrik. Hal ini secara tidak langsung memberi maksud
bahawa umat Islam tidak boleh sewenang-wenangnya menyambut perayaan agama lain
seperti hari Valentine tanpa soal selidik. Semoga ayat seterusnya menjadikan
kita bermuhasabah dengan perbuatan kita.
Allah S.W.T berfirman:
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا
بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
“Dan orang-orang yang tidak
menyaksikan perbuatan zur , dan apabila mereka bertemu dengan ( orang-orang )
yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah , mereka melalui
(saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.”
(Surah Al-Furqan 25:72)
Keburukan ketiga dalam menyambut hari Valentine adalah akan
terselitnya unsur mengagungkan sang pejuang cinta yang akan berkumpul
bersamanya di Hari Kiamat nanti.
فَمَا فَرِحْنَا بِشَىْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِىِّ
– صلى الله عليه وسلم – « أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ » . قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ
النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ
مَعَهُمْ بِحُبِّى إِيَّاهُمْ ، وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ
“Kami
tidaklah pernah merasa gembira sebagaimana rasa gembira kami ketika mendengar
sabda Rasulullah : engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.”
(HR Bukhari)
Renungkanlah,
sekiranya yang dicintai dan diagungkan adalah seorang tokoh Nasrani yang
dianggap sebagai pembela dan pejuang cinta di saat raja melarang para pemuda
menikah (Valentine sebagai pahlawan dan pejuang ketika itu) sedangkan sudah
jelas sabda Rasulullah S.A.W bahawa kita akan dibangkitkan bersama dengan orang
yang kita cintai.
Jika
anda sebagai seorang muslim, siapakah insan yang anda cintai itu? Adakah tokoh
Nasrani atau pun tokoh Islam? Siapakah yang anda akan pilih? Tepuk dada tanya iman.
Keburukan
keempat sambutan hari Valentine adalah ia menjadi pembakar semangat untuk berzina.
Dengan menyambut hari Valentine akan mengakibatkan berlakunya maksiat secara
berleluasa dan akan berlakunya perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Allah S.W.T
telah berfirman:
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً
وَسَاءَ سَبِيلًا
“ Dan janganlah kamu mendekati
zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan
yang buruk.”
(Surah Al-Isra 17:32)
Akhir sekali, ditekankan sekali lagi
agar kaum muslimin tidak mudah terikut-ikut merayakan hari Valentine serta
tidak boleh mengucapkan hari Valentine dan melakukan sebarang perbuatan yang
seakan-akan menyerupainya.
Ingatlah, setiap orang haruslah
takut pada kemurkaan Allah S.W.T . Semoga penulisan ini dapat memberi kesedaran
kepada yang membacanya.
SAY
NO TO VALENTINE!
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment