Monday, December 14, 2015

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Firman Allah S.W.T :

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (Surah An-Nisa' : 58)

Sedia maklum bahawa, Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) merupakan satu-satunya wadah bagi anak Johor yang berada di Bumi Mesir ini. Tertubuhnya Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) ini telah sekian lama bermula pada tahun 1970 dengan nama Tabung Derma Pelajar Islam Johor (TDPIJ) dengan agenda “Kebajikan dan Perpaduan”.  Badan ini juga menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar dan panduan pergerakannya.

Pada 18 November 2015 yang lalu, BKPJM telah dikejutkan dengan memo daripada pihak Pejabat Atase Pendidikan Johor Mesir yang menafikan hak BKPJM di bangunan premis Asrama Pelajar Johor di Mesir (Rujuk lampiran). Lantaran itu isu ini mendapat perhatian yang meluas terutamanya melibatkan para pendokong dan penyokong BKPJM. Pihak BKPJM juga melahirkan rasa kesal terhadap perkara yang berlaku.

Rentetan isu yang berlaku, pihak BKPJM ingin memaklumkan bahawa isu ini tidak mendapat persetujuan kedua belah pihak dan tiada sebarang perbincangan lumat daripada kedua belah pihak sehingga menatijahkan keputusan sebagaimana yang dinyatakan dalam memo tersebut. Justeru itu, saya selaku Yang di-Pertua BKPJM memohon kepada semua ahli supaya bertenang dan memberikan kepercayaan penuh kepada BKPJM bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Pihak BKPJM amat berbesar hati untuk menerima sebarang idea dan cadangan daripada ahli yang boleh disalurkan terus kepada YDP BKPJM mahupun mana-mana AJKT BKPJM dalam menyelesaikan masalah ini.

Semoga permasalahan yang berlaku ini dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Ta’ala dan menjadikan hamba yang sentiasa berharap dan meminta bantuan kepada-Nya. Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah S.W.T agar BKPJM terus mendapat perlindungan dan pemeliharaanNya seterusnya dapat terus kekal menabur bakti kepada anak-anak Johor di Bumi Mesir ini.

Sekian, terima kasih.

"Setia Bersamamu BKPJM"
"Kebajikan dan Perpaduan"

Muhammad Ariff Bin Haron
Yang di-Pertua
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 15/16

Lampiran :
1. Memo Pejabat Atase Pendidikan Negeri Johor
2. Sejarah dan Kronologi ASRAMA PELAJAR JOHOR (APJ)


Lampiran 1



Lampiran 2


No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...