Monday, December 14, 2015

BERSUMPAH TIDAK MAHU BERSETUBUH DENGAN ISTERI ( ILA' )

ILA' bermakna seorang suami bersumpah tidak akan meniduri isterinya. Dengan sumpah ini seorang isteri menderita kerana tidak dicampuri dan tidak pula diceraikan.

 Firman Allah ta'ala:

للذين يؤلون من نساءهم تربص أربعة أشهر فإن فاءو فإن الله غفور رحيم

Maksudnya: Bagi orang yang meng-ila' isterinya harus menunggu empat bulan. Kemudian jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sungguh Allah Maha Penggampun lagi Maha Penyanyang.
Surah Al-baqarah:226

Didalam kitab Tafsir Munir  يؤلون  membawa makna 'qasam' yang bermakne sumpahan bagi mereka yang bersumpah tidak mahu meniduri isterinya.

-Sebab penurunan surah Al-baqarah ayat 226 ialah orang arab zaman jahiliyah menjadikan ila' sebagai satu amalan. Apabila suami meminta kepada isterinya untuk bersetubuh  tetapi ditolak oleh  isterinya maka suami akan bersumpah tidak mahu bersetubuh selama setahun atau dua tahun atau lebih.
Selain itu, dari Ibnu Majjah : satu ketika Zainab r.a telah menolak hadiah dari Rasullullah S.A.W maka rasullullah S.A.W telah meng-ila' Zainab r.a.

-Hukum ila' :  Allah ta'ala telah menetapkan tempoh ila' selama empat bulan. Apabila seorang suami telah meng-ila' isterinaya maka suami tidak boleh bersetubuh bersama isterinya selama empat bulan.


1- Sekiranya suami kembali menyetubuhi isterinya sebelum cukup empat bulan maka akan dikenakan kiffarah    sumpah ( yamin) iaitu:

-Memberi 10 orang miskin makanan yang sama seperti dia memberi ahli keluarganya.

-atau memberi orang miskin pakaiaan.

-atau membebaskan seorang hamba.

-atau sekiranya tidak mampu maka berpuasa tiga hari berturut-turut. Dari Imam Isnawi: puasa kiffarah mestilah berturut-turut.

Sekiranya suami meninggal dunia sebelum sempat melunaskan kiffarahnya,maka kiffarahnya terpundak dibahu   warisnya.

  2- Sekiranya suaminya bersetubuh dengan isterinya selepas empat bulan maka wajib baginya bertaubat      kepada Allah S.W.T.


3- sekiranya lebih empat bulan dan suami tidak menyetubuhi isterinya maka disitu ada permasalahannya:

Pendapat Imam Syafie: tidak berlakunya ila' kecuali sumpahan dengan nama Allah S.W.T.

- setelah berlalu empat bulan tanpa ada sebarang jawapan dari suami maka itu adalah tanda sisuami mahu menceraikan isterinya. Maka menurut hukum feqh jatuhlah talak satu kepada isteri secara kinayah tetapi isteri hendaklah merujuk kepada hakim untuk memastikan jatuhnya talak tersebut.


Dalam kitab Feqh Syafie Muyassar,Lafaz ila' terbahagi kepada dua:

1-lafaz  sorih: contoh "aku bersumpah dengan nama Allah,dan aku tidak akan bersetubuh dengan engkau."

2-lafaz kinayah: contoh "aku bersumpah dan tidak mahu menyentuh engkau" atau "aku tidak mahu sentuh engkau".

Maka jatuh ila' sekiranya menggunakan lafaz ini.dan selepas empat bulan,sekiranya tidak disetubuhi atau tidak diceraikan oleh suami,maka isteri hendaklah menuntut sama ada meneruskan perkahwinan atau diceraikan. Sekiranaya suami tidak memberi jawapan dan terus menyetubuhi isteri maka wajib keatasnya kaffarah yamin.


Tanda seorang suami merujuk isteri:

-Pendapat jumhur ulama' : tidak akan dikatakan rujuk melainkan dengan bersetubuh sekiranya tidak uzur.sekiranya uzur sah rujuk dengan kata-kata.

Pendapat kedua: jimak walaupun dalam keadaan sihat atau sakit (uzur).-

Pendapat ketiga: sah merujuk dengan kata-kata(lisan).-


Dalam kitab Syaikh Ibrahim albaijuri membahaskan:

konsep ila' menggunakan tempoh empat bulan sama ada sebelum cukup tempoh atau cukup tempoh. Sekirannya mahu merujuk,maka rujuklah beserta kiffarah dan sekiranya mahu menceraikan maka ceraikanlah tetapi dengan syarat talak menggunakan hakim (yang berkuasa).

Permasalahan yang dibahaskan didalam kitab kifayatul akhyar:

-  Dalam tempoh empat bulan,sekiranya sisuami gila dan akhirnya pulih kembali. Maka hukumnya sah rujuk kerana syarat rujuk adalah jimak kembali.


Kesimpulan:

-ila' tidak akan terjatuh melainkan bersumpah dengan nama Allah S.W.T.  tempoh ila' adalah selama empat bulan.sekiranya bersetubuh dalam tempoh ila' maka baginya kiffarah yamin. Dan sekiranya cukup empat bulan dan suami menyetubuhi isterinya maka wajib keatasnya bertaubat kepad Allah S.W.T.


DISEDIAKAN OLEH:SETIAUSAHA AKADEMI TUTORIAL BKPJM 2011/2012

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...