DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD SYAZMI BIN KAMARI
SETIAUSAHA CREATE OUR TALENT (CREATIVE ‘18)
RABAAH, 12 MAC
2018 – Hari terakhir merupakan acara penutup program
(CREATIVE ’18). Bengkel terakhir sebelum majlis
penutup ialah bengkel Bisnes
dan Perakaunan.
Bengkel ini memberikan penerangan kepada peserta berkenaan etika jual beli
dalam Islam, kerjasama
syarikat dan pelbagai lagi ilmu-ilmu yang berkait rapat dengan bisnes. Para
peserta juga diberikan maklumat berkenaan
langkah-langkah awal utuk
memulakan perniagaan.
Bengkel
Bisnes dan Perakaunan sangat memberi manfaat pada masa akan datang.
|
Majlis penutup telah berlangsung pada jam 6.30 petang
dengan dimulakan oleh alunan ayat-ayat suci al-Quran, Asmaul Husna dan lagu BKPJM. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pengarah CREATIVE ’18, ustaz Fathurrahman bin Mohd Saleh, ucapan Yang di-Pertua Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir
(BKPJM) 17/18, Ustaz Norhalim
bin Lokman sebelum akhirnya ia dirasmikan oleh
Penasihat BKPJM, Ustaz Mohd Asil bin Rabie. Majlis diserikan lagi dengan gimik
penutup.
Sebelum program berakhir, pihak penganjur telah
menampilkan persembahan pentomen daripada kalangan mahasiswa Johor sendiri.
Persembahan yang bertemakan “kepentingan berpersatuan” itu mendapat sambutan
yang hangat daripada segenap peserta. Aneka ragam para pelakon disambut dengan
gelak tawa peserta. Persembahan pentomen turut menyelitkan mesej yang sangat
bermakna kepada semua peserta agar sentiasa melibatkan diri dalam persatuan.
Persembahan
yang mantap; kelakar namun mengandungi mesej tersirat yang sangat bermakna.
|
Diharapkan program seperti ini dapat membantu
mahasiswa dan mahasiswi mengasah bakat yang terpendam di samping merapatkan silaturrahim dalam
kalangan mahasiswa Johor di
Mesir.
No comments:
Post a Comment