Friday, September 29, 2017
Thursday, September 28, 2017
DELEGASI KERAJAAN JOHOR SERIKAN IKHTITAM HEWI BKPJM
OLEH : SYAHIDAH ABD HADI
SETIAUSAHA IKHTITAM HEWI BKPJM 2016/2017
24 September 2017 – Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM
2016/2017 telah menganjurkan satu program yang diberi nama Ikhtitam HEWI pada
hari Selasa 16 September 2017 bertempat di Asrama Pelajar Johor Rabaah.
Objektif program ini dilaksanakan ialah
membentangkan laporan gerak kerja Tahunan Kepimpinan BKPJM 2016/2017.
Selain itu, program memberi peluang kepada ahli dalam
menyuarakan pendapat, pandangan ,idea, komen serta cadangan berkaitan gerak
kerja HEWI BKPJM. Program ini juga dianjurkan bagi menentukan hala tuju HEWI
BKPJM dan melantik saf kepimpinan baru BKPJM bagi sesi 2017/2018 serta
mengeratkan ukhuwah Islamiah yang terjalin dalam kalangan ahli baik yang baru
mahupun yang lama.
Istimewanya penganjuran Ikhtitam HEWI pada tahun ini ialah
program disempurnakan oleh wakil Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) iaitu Pn.
Hajah Khasanah Binti Sufaat selaku Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan
MAIJ. Turut hadir ialah YB Datuk Ayub Rahmat, Exco Kerajaan Negeri Johor Darul
Takzim. - Wartawan BKPJM
" KEBERSAMAAN MENGUKUH KESATUAN “
“ MEMBENTUK GENERASI MITHALI “
“ MEMBENTUK GENERASI MITHALI “
Saturday, September 23, 2017
[ SPR BKPJM 2017 ] PENGISYTIHARAN MEMBUKA 1 KERUSI BAGI AJKT DAN 1 KERUSI BAGI HEWI
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Saya Nik Mohammad Azahari bin Nik Salleh selaku individu yang telah diamanahkan sebagai Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 2017 (SPR BKPJM) bagi menguruskan proses pemilihan kepimpinan BKPJM bagi sesi 2017/2018 bersama pegawai-pegawai SPR BKPJM yang dilantik.
Berikutan usul yang diterima dan disepakati sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke-35 baru-baru ini dengan matan yang berbunyi :
" Meminda Undang-undang Tubuh BKPJM Bab 5, Fasal 19 (A) :
1. Ahli Jawatankuasa Tadbir badan dianggotai 10 orang kepada 11 orang.
2. Perkara ini juga akan meminda Fasal 22 (A) iaitu Hal Ehwal Wanita Islam dianggotai seorang Ketua HEWI dan 8 orang ahli jawatankuasa kepada 9 orang ahli jawatankuasa dan mana-mana fasal yang berkaitan".
Maka dengan ini SPR BKPJM membuka 1 hari pencalonan bagi 1 borang B (AJKT) dan 1 borang D (AJK HEWI).
Bilik gerakan SPR akan beroperasi pada 24 September 2017 dari jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bagi proses pencalonan dan 25 September 2017 bagi proses bantahan calon pula dibuka bermula jam 12.00 tengahari hari sehingga jam 2.00 petang.
Bilik gerakan SPR BKPJM bertempat di Bait Mustofa untuk pencalonan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Bait Hasanah untuk pencalonan AJK HEWI bagi kepimpinan BKPJM sesi 2017/2018.
"BERSIH, TELUS, AMANAH"
.:: Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan ::.
.:: Kebersamaan Mengukuh Kesatuan ::.
.:: Membentuk Generasi Mithali ::.
.:: Kebajikan dan Perpaduan ::.
Monday, September 18, 2017
BKPJM GESA SEMUA PELAJAR MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DIRI
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأبياء والمرسلين وعلى اله
وصحبه أجمعين أما بعد,
Firman Allah SWT melalui Surah At-Tahrim ayat 6 yang berbunyi :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ
وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ
غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا
يُؤْمَرُونَ - 66:6
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah
diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia
dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang
keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala
yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala
yang diperintahkan.
Mutakhir ini, dunia mahasiswa/wi Mesir digemparkan dengan isu keselamatan yang begitu membimbangkan. Ini
rentetan kes penahanan beberapa mahasiswa/wi yang gagal memperbarui visa
belajar di Mesir. Sehubungan dengan itu, pihak BKPJM menggesa dan menasihatkan
kepada semua mahasiswa/wi agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan
kerajaan Mesir.
Dalam menghadapi situasi yang getir ini
pihak BKPJM telah menggariskan beberapa perkara penting dalam pekeliling
keselamatan untuk panduan semua mahasiswa/wi di Mesir. Pekeliling keselamatan
yang digariskan tersebut adalah seperti berikut :
1. 1) Patuhi pekeliling
keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan
Pejabat Atase Pendidikan Negeri.
2. 2) Pastikan visa hidup
dan sentiasa diperbaharui sebaik tamat tempoh.
3. 3) Menghadkan
pergerakan jika visa anda tamat tempoh.
4. 4) Pastikan bawa
bersama pasport dan kad pelajar ketika keluar rumah.
5.
Elakkan bergerak
secara bersendirian.
6. 5) Jika memandu
kenderaan, pastikan anda memiliki lesen memandu dan cukai jalan kenderaan yang
sah.
7. 6) Tidak keluar rumah
pada waktu malam kecuali kecemasan dan urusan mustahak.
8. 7) Jika berlaku sebarang
permasalahan sila dapatkan bantuan dengan segera dengan menghubungi Pegawai
Atase Pendidikan Negeri Johor, YDP BKPJM dan Ketua Jabatan Hisbah BKPJM.
Pihak BKPJM juga ada mengeluarkan
pekeliling keselamatan (am), pekeliling keselamatan (demonstrasi) dan
langkah-langkah keselamatan sebelum keluar rumah dan memandu atau menunggang
kenderaan. Oleh itu, saya selaku YDP BKPJM sesi 16/17 berharap agar semua
mahasiswa/wi Johor khususnya dapat mematuhi pekeliling keselamatan yang telah
dikeluarkan demi kesejahteraan bersama.
Sekian. Terima kasih.
Hormat dari saya
Muhammad Arif Bin Hamzah
Yang di-Pertua
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir
16/17
Saturday, September 16, 2017
ISLAM SEBAGAI PENYUNTIK SEMANGAT KEMERDEKAAN
OLEH : AIZAT BIN SHAHADAN
UNIT PENGETAHUAN DAN BIMBINGAN BKPJM 16/17
Islam merupakan agama yang bersifat syumul, merentangi seluruh
dimensi kehidupan sama ada politik, sosial, ekonomi dan ianya telah
diterjemahkan secara praktis di zaman Rasulullah S.a.w dan kerajaan islam
selepas kewafatannya.
Dalam Islam, peperangan mempunyai motif yang bertepatan dengan
kehendak syarak. Misi utama peperangan adalah meruntuhkan kekufuran yang melata
di atas muka bumi, menentang kesyirikan dan menegakkan tauhid sebagaimana
firman Allah yang bermaksud : “ Dan
perangilah mereka itu sehingga tiada ada fitnah dan sehingga agama itu
semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada lagi
permusuhan melainkan terhadap orang-orag
islam.” (Surah al Baqarah :193).
Sesungguhnya bukanlah matlamat peperangan dalam Islam untuk memaksa penganut agama lain
untuk beriman dengan Islam sebagaimana yang dituduh oleh golongan orentalis
yang mengatakan Islam tersebar dengan mata pedang.
Matlamat peperangan ini adalah untuk meruntuhkan jahiliyah yang
merantai pemikiran dan kehidupan manusia dan Islam memberi kewajaran untuk
berperang sekirannya musuh Islam menyerang dan cuba menguasai umat Islam apatah
lagi musuh yang cuba memalingkan aqidah umat Islam sebagaimana matlamat
penjajahan barat. Allah berfriman yang bermaksud: “ Dan perangilah kerana
menegakkan dan mempertahankan agama
Allah swt akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh
(dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah swt tidak suka kepada
orang-orang yang menceroboh” (Surah
Al Baqarah :190)
Tambahan pula, adakah kita lupa dengan sejarah silam atas perilaku
penjajah dengan segala pakej kezaliman dengan menindas umat Islam seperti
mengenakan cukai yang tinggi, memperhambakan umat Islam seperti di negara
Afrika, Asia barat dan Nusantara, memijak syariat Islam yang membahagikan bumi umat Islam ssesuka hati mereka. Dalam kontek peperangan, konsep jihad dan mati
syahid telah menjadi motivasi yang besar kepada umat islam, malah disyairkan seperti
kes di bumi Acheh sehingga anak-anak kecil membesar dengan kecintaan kemuliaan
mati syahid. Mati syahid ialah gambaran sebaik-baik kematian iaitu para
shuhada akan diampunkan dosanya, dapat memasuki syurga tanpa hisab, dapat
memberi shafaat kepada 70 orang yang lain, dapat terbang ke mana-mana di dalam
syurga, mereka tidak merasa sakit semasa ruh keluar dari jasad. Ulama-ulama
yang mengarang kitab berkaitan dengan jihad ada juga sentiasa menekankan soal kemuliaan dan kelebihan mati
syahid.
Allah
tujuan kami
Rasulullah
tauladan kami
Al
Qur’an penuntun kami
Jihad
jalan kami
Syahid
cita-cita kami tertinggi
Itu
adalah lima lafaz kaum muslimin yang perlu kita segarkan kembali. Banyak orang
yang ragu-ragu atau tidak berani mengaplikasikannya. Hanya menjadi muslim yang
duduk melihat kezaliman berlaku di depan mata dan tidak bersuara apabila
berlaku hak dan batil, bahkan bukan menjadi muslim yang mendokong pejuangan
Islam.
Kesimpulannya,jika semua itu dapat kita terapkan dalam kehidupan, Insya-Allah kematian terindah bakal menjemput kita pada saat kita menjadi hamba Allah yang beriman dan menegakkan agama Islam seterusnya terlaksanalah cita-cita tinggi yang kita idamkan selama ini untuk bergelar syahid.
Marilah kita bersama pasakkan niat seluruh aktiviti seperti belajar,berpersatuan,muzakarah berkelompok, bekerja, dan seumpamanya sebagai gerak kerja Islam.Wa Allahu A'lam.
Friday, September 15, 2017
GEMPA DI RABAAH
KAHERAH, 6 september 2017 – 3 September 2017 – Asrama Pelajar Johor Rabaah ibarat dilanda gempa dengan kehadiran tetamu jemputan yang sangat memberansangkan di Majlis Rumah Terbuka SAIED’17 anjuran BKPJM. Seramai lebih 400 orang anak Johor dan para tetamu yang hadir memeriahkan suasana majlis. Majlis yang bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 6 petang itu tidak putus-putus menerima kehadiran tetamu majlis dibuka. Rumah Terbuka SAIED ’17 turut menerima kehadiran tetamu dan anak-anak Johor yang berada di muhazafazah antaranya Zagazig, Mansurah, Iskandariah, Tanta serta dari Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) lain.
Seorang anak Johor yang ditemui berkata "Tahniah BKPJM. Alhamdulillah, ramai yang hadir. Kawan-kawan yang jarang dapat jumpa dah bertemu semula. Makanan pun sedap. Semoga BKPJM terus utuh menaungi anak-anak Johor di Mesir." - Wartawan BKPJM.
BKPJM BERPERANAN SEBAGAI MEDAN ILMU DAN AMAL
KAHERAH, 6 September 2017 – 1 September 2017, Wisma Nusantara menjadi saksi kepada “Ibrah Dihayati, Ukhuwah Terpatri”. Pada siri sambutan aidiladha kali ini, BKPJM memaknakan ibadah korban dengan menganjurkan program SAIED 17 dengan kerjasama Kembara Ilmu al-Kazimie (KIKM) dan Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia Cawangan Johor (ILMAM). Lebih 40 ekor kambing berjaya ditumbangkan pada hari pertama penyembelihan dan seekor unta diselesaikan pada hari kedua program.
Sepanjang 2 hari program berlangsung, teori dan praktikal
sembelihan dapat dipelajari seiring ketika program sembelihan berlangsung. Di
samping itu, peserta juga berpeluang untuk mempelajari teknik melapah dan
menguruskan daging dengan betul. Anak-anak Johor yang hadir juga dihidangkan
dengan hidangan sup tulang kambing dan unta usai daging selesai diuruskan.
Program ini melibatkan hampir 100 tenaga mahasiswa dan mahasiswi Johor yang
bermula seawal jam 7.00 pagi.
Program yang dilangsungkan ini adalah bagi menjayakan
objektif program dalam menyemai rasa sanggup berkorban dan meneladani sejarah
pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Mengeratkan ukhuwah
islamiah dalam kalangan anak-anak Johor di Mesir. Melatih anak-anak Johor dalam
ilmu kemasyarakatan. Seterusnya menjadikan (BKPJM) sebagai medan ilmu dan amal.
-Wartawan BKPJM.
140 KG DAGING KORBAN DIAGIHKAN
KAHERAH, 10 September - Sekurang-kurangnya 140 kg daging
korban diagihkan kepada fakir miskin warga tempahan dan anak-anak Johor di
sekitar Kaherah.
Agihan dimulakan sejurus selepas daging siap ditimbang dan dibungkus pada setiap 2
hari sembelihan berlangsung.
Sebanyak 53 buah rumah anak-anak Johor di
sekitar Kaherah menerima bahagian daging korban masing-masing.
Kawasan agihan meliputi kawasan HayyuSabik, Hayyu Asyir, Hayyu Thamin, Rabaah
el-Adawiyah, Abbasiyah, Darrasah dan Abdeen. Semua penerima yang
menerima agihan daging tersebut mengucapkan terimakasih dan mendoakan agar ibadah
korban yang dilaksanakan diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
-Wartawan BKPJM.
MERDEKA YANG BERMAKNA
KAHERAH, 6 September 2017 – Pada 31 Ogos 2017 yang lalu,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) memaknakan MERDEKA
dengan cara yang yang tersendiri dengan menganjurkan aktiviti Sukan Merdeka. Acara
sukan ini berlangsung di dua tempat berbeza iaitu di
Nadi Syabab Hayyu Asyir bagi mahasiswa dan di Nadi Syabab Hayyu Sadis bagi mahasiswi.
Seterusnya pada sebelah malam, BKPJM telah mengadakan malam munajat Malaysia merdeka
yang berlangsung di AsramaPelajar Johor Rabaah. 2 hari sebelumnya BKPJM juga telah menganjurkan
Malam Munajat Kemerdekaan bersama 2 BKAN taakhi KPIPM (Perak) dan KPP (Perlis)
yang bertempat di Rumah Negeri Perlis Hayyu Sabik.
Berbetulan tarikh hari kemerdekaan negara yang
turut jatuh pada malam Hari Raya Aidiladha, majlis turut diisi dengan perutusan raya aidiladha oleh Ustaz
Muhammad Arif bin Hamzah selaku Yang di-Pertua BKPJM. Selesai perutusan dibacakan,
YDP BKPJM juga merasmikan gimik kemerdekaan selepas tayangan video SAIED '17.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Kuiz Kemerdekaan anjuran
Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM, dan Pertandingan Poster Kemerdekaan anjuran Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKPJM. BKPJM
mengucapkan tahniah kepada seluruh peserta pertandingan. - Wartawan BKPJM
Tuesday, September 5, 2017
[ SPR BKPJM 2017 : PENGISYTIHARAN CALON KALI KEDUA ]
Saya Nik Mohammad Azahari bin Nik Salleh selaku individu yang telah diamanahkan sebagai Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 2017 (SPR BKPJM) bagi menguruskan proses pemilihan kepimpinan BKPJM bagi sesi 2017/2018 bersama pegawai-pegawai SPR BKPJM yang dilantik.
Untuk makluman semua, pihak SPR BKPJM telah membuka bilik gerakan SPR BKPJM yang bertempat di Bait Mustofa untuk pencalonan Yang di-Pertua (YDP) & Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Bait Hasanah untuk pencalonan Ketua Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) & AJK HEWI bagi kepimpinan BKPJM sesi 2017/2018. Sesi pencalonan dibuka bermula pada 28-30 Ogos 2017, manakala sesi bantahan calon pula pada 31 Ogos 2017 yang lalu.
Pihak SPR BKPJM telah membuka pencalonan bagi memilih SEORANG Yang di-Pertua (Borang A), 7 ORANG AJKT (Borang B, SEORANG Ketua HEWI (Borang C) dan 6 ORANG AJK HEWI (Borang D). Oleh itu, sepanjang proses pemilihan berlangsung pihak SPR BKPJM telah menerima pencalonan sebanyak 1 borang A, 7 borang B, 1 borang C dan 6 borang D dengan tanpa sebarang bantahan.
Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa semua calon MENANG TANPA BERTANDING. Sekian, Terima kasih. Siiru a'la barakatillah.
"BERSIH, TELUS, AMANAH"
Yang Menjalankan Amanah,
Nik Mohamad Azahari bin Nik Salleh,
Saturday, September 2, 2017
PERUTUSAN AIDIL ADHA 1438 H YANG DI-PERTUA BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR
اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ كَبِيرًا.
وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبۡحَانَ اللَّهِ بُكۡرَةً وَأَصِيلًا. نَحۡمَدُهُ سُبۡحَانَهُ وَتَعَالَى حَمۡدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ. يَا رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ كَمَا يَنۡبَغِي لِجَلَالِ وَجۡهِكَ وَعَظِيمِ سُلۡطَانِكَ.
أَمَّا بَعدُ.
فَيَا عِبَادَ اللَّهِ اتَّقُوا اللَّهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ الزَّادِ التَّقۡوَىٰ. فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ.
Wahai hamba-hamba
Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah bekalan. Maka sesungguhnya
sebaik-baik bekalan adalah bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya berjayalah
orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.
Firman Allah SWT
:
وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ
إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُ ۚ
وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا ۖ
وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ﴿١٣٠﴾ إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ ۖ
قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٣١﴾
Surah Al-Baqarah : 130-131
Maksudnya : Dan
sesiapa yang tidak suka kepada agama ( Islam) yang dianuti oleh nabi Ibahim a.s
maka sesungguhnya orang itu telah membodohkan dirinya sendiri. Dan sesungguhnya
kami telah memilih Nabi Ibrahim a.s di dunia ini (menjadi rasul) dan
sesungguhnya dia di akhirat nanti termasuk dalam kalangan orang-orang yang
soleh. Ingatlah apabila tuhan telah berfirman kepadanya : “ serahlah dirimu.”
Dia menjawab : “ Saya menyerah diri ( dengan ikhlas) kepada tuhan semesta alam.
Mahasiswa/wi Johor
yang dirahmati Allah sekalian,
Hari ini kita menyambut hari raya
adha atau hari raya korban dengan memperingati sirah (perjalanan hidup) Nabi
Ibrahim a.s yang menjadi contoh yang dipilih oleh Allah SWT kepada seluruh
manusia. Contoh seorang Muslim yang sebenar. Islam dengan makna menyerah diri
kepada Allah dengan hati yang ikhlas yang diikuti dengan tubuh (jasadnya)
beramal dengan perintah Allah, walaupun mengorbankan diri dan keluarga, setelah
beriman kepada ucapan لا اله الا الله ( Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah)
dan menolak segala rupa yang dinamakan syirik (menyekutukan Allah) dengan
sesuatu yang lain sehingga terpaksa menghadapi ujian kerana imannya
Inilah yang disebut oleh firman
Allah :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا
وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ [٢٩:٢] وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ [٢٩:٣]
Surah al- Ankabut
: 2-3
Maksudnya : Adakah manusia itu
menyangka bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja setelah mereka berkata : “kami
telah beriman”, dalam keadaan mereka tidak diuji (oleh Allah)? Dan sesungguhnya
kami (Allah) telah menguji orang-orang yang lebih dahulu daripada mereka. Maka ((benarlah)
apa yang diketahui Allah, orang-orang yang benar (beriman) dan orang-orang yang
berbohong).
Nabi Ibrahim a.s bukan sahaja
menjadi contoh seorang Islam yang benar-benar menyerah diri kepada Allah dengan
mengikut segala perintah-Nya, dia juga telah diuji dan Berjaya menghadapi ujian
itu, sehingga menghadapi hukuman yang menggerunkan apabila dijatuhkan hukuman
dibakar ke dalam api yang besar dinyalakan dengan dahsyatnya. Apabila Nabi
Ibrahim a.s menerima hukuman yang zalim itu dengan tidak berganjak imannya dan
bersedia mati menjadi abu, tiba-tiba Allah menyelamatkannya secara mukjizat
yang dinyatakan oleh firman Allah di dalan quran :
Surah al-Anbia’
68-70 yang bermaksud
Mereka berkata bakarkan dia (ke dalam
api) dan tolonglah tuhan kamu jika kamu mahu bertindak keatasnya. Lalu kami
berfirman (kepada api) : “wahai api! Jadilah sejuk dan sejahtera kepada
Ibrahim.” Mereka (yang kafir) itu melakukan perancangan, maka kami jadikan
mereka orang-orang yang paling rugi (di dunia dan di akhirat).
Akhirnya Nabi Ibrahim a.s dihalau
keluar oleh bapanya sendiri dan raja yang zalim sehingga terpaksa berhijrah ke bumi
Palestin Bersama keluarga dan pengikutnya yang beriman. Maka Allah memilih Nabi
Ibrahim a.s diuji dengan perintah meletakkan anaknya Ismail a.s bersama ibunya
Siti Hajar di bumi Mekah yang tidak ada manusia. Kering tidak ada air dan
makanan. Allah memberi kepada mereka rezeki yang datang secara luar biasa,
seterusnya diuji lagi supaya menyembelih anaknya Ismail a.s, mendirikan ka’bah
dan memanggil manusia daripada seluruh dunia datang mengerjakan haji. Firman
Allah : Surah al-Baqarah : 124
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ
فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ [٢:١٢٤]
Maksudnya : dan ingatlah. Apabila Allah
telah menguji Ibrahim a.s dengan beberapa perintah, lalu dia telah
melaksanakannya dengan sempurna. Lalu kami (Allah) berfirman : “sesungguhnya
aku jadikan kamu pemimpin.” Ibrahim a.s menjawab : “wahai tuhanku, jadikanlah
juga dikalangan zuriat keturunanku.”Allah berfirman : “tidak termasuk di dalam
janjiku ini orang-orang yang zalim.
Sahabat dan
sahabiah yang dirahmati Allah sekalian,
Hari ini kita sedang menyaksikan
janji Allah memilih nabi kita Muhammad s.a.w yang menjadi nabi dan rasul di
akhir zaman kepada seluruh manusia di atas muka bumi ini. Dilahirkan di Makkah
yang menjadi tempat Nabi Ibrahim a.s meletakkan keluarganya yang dipilih oleh
Allah swt.
Ingatlah! Apabila Rasulullah SAW mengajak
penduduk Makkah supaya beriman bersamanya bagi menerima Islam dan memerintah
dunia dengan hukum syariatNya mereka menolak kerana takutkan kepada makhluk
manusia, lupakan kekuasaan Allah SWT. Allah menceritakan di dalam al-Quran
melalui surah al-Qasas ayat 57
وَقَالُوا إِن نَّتَّبِعِ الْهُدَىٰ مَعَكَ نُتَخَطَّفْ
مِنْ أَرْضِنَا ۚ أَوَلَمْ نُمَكِّن لَّهُمْ حَرَمًا آمِنًا يُجْبَىٰ
إِلَيْهِ ثَمَرَاتُ كُلِّ شَيْءٍ رِّزْقًا مِّن لَّدُنَّا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ
لَا يَعْلَمُونَ [٢٨:٥٧]
Maksudnya : Dan
mereka berkata : Jika sekiranya kami mengikut petunjuk Bersamamu, nescaya kami
akan dibinasakan (oleh musuh) daripada berada dalam negeri kami ini. (Allah
berkata) : Tidaklah mereka sedar bahawa Kamilah yang menempatkan mereka di
tanah haram (Makkah) yang aman yang diberi kepada mereka kedatangan berbagai
jenis buah-buahan., yang merupakan rezeki daripada sisi kami, tetapi kebanyakan mereka tidak mengerti
(seperti tidak mengetahui).
Adalah diluar daripada akal pemikiran
manusia bahawa Rasulullah SAW yang telah memulakan dakwahnya kepada seluruh
alam ini daripada bumi Makkah yang kering kontang jauh daripada manusia telah
berjaya menyebarkan Islam ke seluruh dunia pada hari ini walaupun Rasullulah
SAW sudah wafat meninggalkan dunia. Para sahabatnya telah berjaya menjatuhkan
Parsi dan Rom, dua kuasa besar dunia yang kuat dengan bala tentera dan paling
banyak hartanya, serta ramai rakyat jelatanya, akhirnya Islam menjadi kuasa
besar yang memerintah sebahagian besar muka bumi ini.
Malangnya, Hari ini kita menyaksikan pula
umat Islam dalam keadaan yang sangat lemah, bukan sahaja negeri-negeri umat islam
dijajah dan dikuasai oleh musuh-musuh Islam, mereka juga telah membahagikan
bumi islam sesama mereka. Memperhambakan rakyatnya dan merampas hasil buminya
yang baik. Digunakan pula untuk membunuh umat Islam, samaada secara langsung
menyerangnya, atau melagakan umat Islam membunuh sesama sendiri. Walaupun
dikatakan sudah merdeka, tetapi hidungnya masih dicucuk seperti lembu dicucuk
hidungnya. Boleh diheret ke mana sahaja mengikut kehendak penjajah itu.
Sebab utama perkara ini berlaku adalah umat
Islam pada hari ini tidak lagi beramal dengan semua ajaran Islam! Walaupun
ibadat sembahyang, puasa, zakat, haji, zikir dan doanya cara Islam, tetapi cara
hidupnya dalam urusan siasah, ekonomi, dan pergaulan tidak mengikut hukum
syariat Islam dengan sepenuhnya. Inilah dia amaran Allah kepada umat di zaman
dahulu apabila mereka tidak beramal dan mengikut Islam semuanya seperti di
dalam kitab taurat yang diceritakan di dalam Alquran.
Firman Allah
dalam surah al-Baqarah ayat 85-86 berbunyi
ۚ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَن يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ
الدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ
الْعَذَابِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ [٢:٨٥]
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
بِالْآخِرَةِ ۖ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ
يُنصَرُونَ [٢:٨٦]
Maksudnya :
Adakah kamu beriman dengan setengah daripada kitab (Taurat) dan kamu kufur
daripada setengah yang lain. Maka tiada balasan bagi mereka yang berbuat begitu,
melainkan Kenistaan (menjadi hina) dalam kehidupan dunia dan di hari akhirat
nanti dicampakkan kedalam azab (neraka) ke atas mereka dan mereka tidak diberi
pertolongan oleh Allah SWT.
Ahli-ahli Badan
Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir yang dikasihi sekalian
Hari ini kita menyambut hari raya aidiladha
bersama umat Islam yang mengerjakan haji, mereka menyahut seruan Allah SWT yang
diucapkan oleh nabi Ibrahim AS setelah mendirikan ka’bah, semenjak beberapa
ribu tahun yang lalu. Hari ini juga terdapat dikalangan umat Islam yang mampu
menyembelih binatang Qurban, menghidupkan ajaran Allah yang dimulakan oleh nabi
Ibrahim AS yang bersedia mengorbankan anak yang disayanginya Ismail AS kerana
perintah Allah SWT. Dan Allah menerima amalan orang yang ikhlas niatnya bukan
pada sembelihan tersebut. Akan tetapi Allah melihat kepada Ketaqwaan dan
keimanannya dalam melaksanakan segala perintah yang diberikan. Allah SWT
berfirman lagi dalam surah Haj ayat ke-31 :
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن
يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ
مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ [٢٢:٣٧]
Maksudnya : Allah
SWT tidaklah menjadikan (menerima) daging dan darah (binatang qurban itu)
tetapi Allah SWT menerima taqwa yang ada pada kamu. Begitulah Allah menjadikan
kamu dapat memelihara binatang itu untuk kamu supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir
memuliakannya) menandakan kesyukuran kerana hadiahnya kepada kamu menjadi Islam
dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang
mengerjakan amalan yang baik.
Akhirnya, di malam yang mulia ini, marilah
sama-sama meningkatkan keimanan kita kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir
Takbir, Tahlil dan Tahmid sebagai tanda kesyukuran di atas
nikmat yang diberikan kepada kita. Seterusnya marilah sama-sama kita
mengorbankan diri dan jiwa kita ke jalan Allah SWT dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan gerak kerja Islam dan menjadikan BKPJM sebagai salah satu wasilah
dalam mempraktikkan kesyumulan Islam di dalam kehidupan kita. Inshaa Allah.
Di kesempatan yang diberikan ini Saya Muhammad
Arif Bin Hamzah mewakili barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan HEWI BKPJM mengucapkan
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1438H. Semoga kehadiran Aidil Adha pada
tahun ini akan dapat meningkatkan iman kita sebagai seorang muslim yang
benar-benar mengamalkan Islam sebagai cara hidup bukan ibadat semata-mata.
Teruskan berdoa mudah-mudahan pada tahun-tahun akan kita semua dapat menjadi
tetamu Allah bagi mengerjakan ibadah Haji di tanah haram kota suci Makkah al-Mukarramah.
كل عام وانتم بالخير
تقبل الله منا جميعا
#Ibrah Dihayati Ukhuwah
Terpatri
#Kebersamaan Mengukuh Kesatuan
Sekian, Terima kasih.
ما أصابك من حسنة فمن الله وما أصابك من سيئة فمن
نفسي. أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم وبالله التوفيق والهداية
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Post Terbaru
Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...

-
HUKUM BERMAIN ALAT MUZIK BERTALI Islam tidak menghalang untuk umatnya berhibur, akan tetapi setiap hiburan perlu bersandar dengan ...
-
[ MEMAHAMI ERTI SEBUAH IMTIHAN ] بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره وم...
-
PERSPEKTIF ISLAM DALAM MEMPERTAHANKAN HAK Dalam Islam kita perlu menjaga dan mempertahankan hak, harta dan maruah kita apabila ...