اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ كَبِيرًا.
وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبۡحَانَ اللَّهِ بُكۡرَةً وَأَصِيلًا. نَحۡمَدُهُ سُبۡحَانَهُ وَتَعَالَى حَمۡدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ. يَا رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ كَمَا يَنۡبَغِي لِجَلَالِ وَجۡهِكَ وَعَظِيمِ سُلۡطَانِكَ.
أَمَّا بَعدُ.
فَيَا عِبَادَ اللَّهِ اتَّقُوا اللَّهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ الزَّادِ التَّقۡوَىٰ. فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ.
Wahai hamba-hamba
Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah bekalan. Maka sesungguhnya
sebaik-baik bekalan adalah bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya berjayalah
orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.
Firman Allah SWT
:
وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ
إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُ ۚ
وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا ۖ
وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ﴿١٣٠﴾ إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ ۖ
قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٣١﴾
Surah Al-Baqarah : 130-131
Maksudnya : Dan
sesiapa yang tidak suka kepada agama ( Islam) yang dianuti oleh nabi Ibahim a.s
maka sesungguhnya orang itu telah membodohkan dirinya sendiri. Dan sesungguhnya
kami telah memilih Nabi Ibrahim a.s di dunia ini (menjadi rasul) dan
sesungguhnya dia di akhirat nanti termasuk dalam kalangan orang-orang yang
soleh. Ingatlah apabila tuhan telah berfirman kepadanya : “ serahlah dirimu.”
Dia menjawab : “ Saya menyerah diri ( dengan ikhlas) kepada tuhan semesta alam.
Mahasiswa/wi Johor
yang dirahmati Allah sekalian,
Hari ini kita menyambut hari raya
adha atau hari raya korban dengan memperingati sirah (perjalanan hidup) Nabi
Ibrahim a.s yang menjadi contoh yang dipilih oleh Allah SWT kepada seluruh
manusia. Contoh seorang Muslim yang sebenar. Islam dengan makna menyerah diri
kepada Allah dengan hati yang ikhlas yang diikuti dengan tubuh (jasadnya)
beramal dengan perintah Allah, walaupun mengorbankan diri dan keluarga, setelah
beriman kepada ucapan لا اله الا الله ( Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah)
dan menolak segala rupa yang dinamakan syirik (menyekutukan Allah) dengan
sesuatu yang lain sehingga terpaksa menghadapi ujian kerana imannya
Inilah yang disebut oleh firman
Allah :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا
وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ [٢٩:٢] وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ [٢٩:٣]
Surah al- Ankabut
: 2-3
Maksudnya : Adakah manusia itu
menyangka bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja setelah mereka berkata : “kami
telah beriman”, dalam keadaan mereka tidak diuji (oleh Allah)? Dan sesungguhnya
kami (Allah) telah menguji orang-orang yang lebih dahulu daripada mereka. Maka ((benarlah)
apa yang diketahui Allah, orang-orang yang benar (beriman) dan orang-orang yang
berbohong).
Nabi Ibrahim a.s bukan sahaja
menjadi contoh seorang Islam yang benar-benar menyerah diri kepada Allah dengan
mengikut segala perintah-Nya, dia juga telah diuji dan Berjaya menghadapi ujian
itu, sehingga menghadapi hukuman yang menggerunkan apabila dijatuhkan hukuman
dibakar ke dalam api yang besar dinyalakan dengan dahsyatnya. Apabila Nabi
Ibrahim a.s menerima hukuman yang zalim itu dengan tidak berganjak imannya dan
bersedia mati menjadi abu, tiba-tiba Allah menyelamatkannya secara mukjizat
yang dinyatakan oleh firman Allah di dalan quran :
Surah al-Anbia’
68-70 yang bermaksud
Mereka berkata bakarkan dia (ke dalam
api) dan tolonglah tuhan kamu jika kamu mahu bertindak keatasnya. Lalu kami
berfirman (kepada api) : “wahai api! Jadilah sejuk dan sejahtera kepada
Ibrahim.” Mereka (yang kafir) itu melakukan perancangan, maka kami jadikan
mereka orang-orang yang paling rugi (di dunia dan di akhirat).
Akhirnya Nabi Ibrahim a.s dihalau
keluar oleh bapanya sendiri dan raja yang zalim sehingga terpaksa berhijrah ke bumi
Palestin Bersama keluarga dan pengikutnya yang beriman. Maka Allah memilih Nabi
Ibrahim a.s diuji dengan perintah meletakkan anaknya Ismail a.s bersama ibunya
Siti Hajar di bumi Mekah yang tidak ada manusia. Kering tidak ada air dan
makanan. Allah memberi kepada mereka rezeki yang datang secara luar biasa,
seterusnya diuji lagi supaya menyembelih anaknya Ismail a.s, mendirikan ka’bah
dan memanggil manusia daripada seluruh dunia datang mengerjakan haji. Firman
Allah : Surah al-Baqarah : 124
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ
فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ [٢:١٢٤]
Maksudnya : dan ingatlah. Apabila Allah
telah menguji Ibrahim a.s dengan beberapa perintah, lalu dia telah
melaksanakannya dengan sempurna. Lalu kami (Allah) berfirman : “sesungguhnya
aku jadikan kamu pemimpin.” Ibrahim a.s menjawab : “wahai tuhanku, jadikanlah
juga dikalangan zuriat keturunanku.”Allah berfirman : “tidak termasuk di dalam
janjiku ini orang-orang yang zalim.
Sahabat dan
sahabiah yang dirahmati Allah sekalian,
Hari ini kita sedang menyaksikan
janji Allah memilih nabi kita Muhammad s.a.w yang menjadi nabi dan rasul di
akhir zaman kepada seluruh manusia di atas muka bumi ini. Dilahirkan di Makkah
yang menjadi tempat Nabi Ibrahim a.s meletakkan keluarganya yang dipilih oleh
Allah swt.
Ingatlah! Apabila Rasulullah SAW mengajak
penduduk Makkah supaya beriman bersamanya bagi menerima Islam dan memerintah
dunia dengan hukum syariatNya mereka menolak kerana takutkan kepada makhluk
manusia, lupakan kekuasaan Allah SWT. Allah menceritakan di dalam al-Quran
melalui surah al-Qasas ayat 57
وَقَالُوا إِن نَّتَّبِعِ الْهُدَىٰ مَعَكَ نُتَخَطَّفْ
مِنْ أَرْضِنَا ۚ أَوَلَمْ نُمَكِّن لَّهُمْ حَرَمًا آمِنًا يُجْبَىٰ
إِلَيْهِ ثَمَرَاتُ كُلِّ شَيْءٍ رِّزْقًا مِّن لَّدُنَّا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ
لَا يَعْلَمُونَ [٢٨:٥٧]
Maksudnya : Dan
mereka berkata : Jika sekiranya kami mengikut petunjuk Bersamamu, nescaya kami
akan dibinasakan (oleh musuh) daripada berada dalam negeri kami ini. (Allah
berkata) : Tidaklah mereka sedar bahawa Kamilah yang menempatkan mereka di
tanah haram (Makkah) yang aman yang diberi kepada mereka kedatangan berbagai
jenis buah-buahan., yang merupakan rezeki daripada sisi kami, tetapi kebanyakan mereka tidak mengerti
(seperti tidak mengetahui).
Adalah diluar daripada akal pemikiran
manusia bahawa Rasulullah SAW yang telah memulakan dakwahnya kepada seluruh
alam ini daripada bumi Makkah yang kering kontang jauh daripada manusia telah
berjaya menyebarkan Islam ke seluruh dunia pada hari ini walaupun Rasullulah
SAW sudah wafat meninggalkan dunia. Para sahabatnya telah berjaya menjatuhkan
Parsi dan Rom, dua kuasa besar dunia yang kuat dengan bala tentera dan paling
banyak hartanya, serta ramai rakyat jelatanya, akhirnya Islam menjadi kuasa
besar yang memerintah sebahagian besar muka bumi ini.
Malangnya, Hari ini kita menyaksikan pula
umat Islam dalam keadaan yang sangat lemah, bukan sahaja negeri-negeri umat islam
dijajah dan dikuasai oleh musuh-musuh Islam, mereka juga telah membahagikan
bumi islam sesama mereka. Memperhambakan rakyatnya dan merampas hasil buminya
yang baik. Digunakan pula untuk membunuh umat Islam, samaada secara langsung
menyerangnya, atau melagakan umat Islam membunuh sesama sendiri. Walaupun
dikatakan sudah merdeka, tetapi hidungnya masih dicucuk seperti lembu dicucuk
hidungnya. Boleh diheret ke mana sahaja mengikut kehendak penjajah itu.
Sebab utama perkara ini berlaku adalah umat
Islam pada hari ini tidak lagi beramal dengan semua ajaran Islam! Walaupun
ibadat sembahyang, puasa, zakat, haji, zikir dan doanya cara Islam, tetapi cara
hidupnya dalam urusan siasah, ekonomi, dan pergaulan tidak mengikut hukum
syariat Islam dengan sepenuhnya. Inilah dia amaran Allah kepada umat di zaman
dahulu apabila mereka tidak beramal dan mengikut Islam semuanya seperti di
dalam kitab taurat yang diceritakan di dalam Alquran.
Firman Allah
dalam surah al-Baqarah ayat 85-86 berbunyi
ۚ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَن يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ
الدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ
الْعَذَابِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ [٢:٨٥]
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
بِالْآخِرَةِ ۖ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ
يُنصَرُونَ [٢:٨٦]
Maksudnya :
Adakah kamu beriman dengan setengah daripada kitab (Taurat) dan kamu kufur
daripada setengah yang lain. Maka tiada balasan bagi mereka yang berbuat begitu,
melainkan Kenistaan (menjadi hina) dalam kehidupan dunia dan di hari akhirat
nanti dicampakkan kedalam azab (neraka) ke atas mereka dan mereka tidak diberi
pertolongan oleh Allah SWT.
Ahli-ahli Badan
Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir yang dikasihi sekalian
Hari ini kita menyambut hari raya aidiladha
bersama umat Islam yang mengerjakan haji, mereka menyahut seruan Allah SWT yang
diucapkan oleh nabi Ibrahim AS setelah mendirikan ka’bah, semenjak beberapa
ribu tahun yang lalu. Hari ini juga terdapat dikalangan umat Islam yang mampu
menyembelih binatang Qurban, menghidupkan ajaran Allah yang dimulakan oleh nabi
Ibrahim AS yang bersedia mengorbankan anak yang disayanginya Ismail AS kerana
perintah Allah SWT. Dan Allah menerima amalan orang yang ikhlas niatnya bukan
pada sembelihan tersebut. Akan tetapi Allah melihat kepada Ketaqwaan dan
keimanannya dalam melaksanakan segala perintah yang diberikan. Allah SWT
berfirman lagi dalam surah Haj ayat ke-31 :
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن
يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ
مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ [٢٢:٣٧]
Maksudnya : Allah
SWT tidaklah menjadikan (menerima) daging dan darah (binatang qurban itu)
tetapi Allah SWT menerima taqwa yang ada pada kamu. Begitulah Allah menjadikan
kamu dapat memelihara binatang itu untuk kamu supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir
memuliakannya) menandakan kesyukuran kerana hadiahnya kepada kamu menjadi Islam
dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang
mengerjakan amalan yang baik.
Akhirnya, di malam yang mulia ini, marilah
sama-sama meningkatkan keimanan kita kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir
Takbir, Tahlil dan Tahmid sebagai tanda kesyukuran di atas
nikmat yang diberikan kepada kita. Seterusnya marilah sama-sama kita
mengorbankan diri dan jiwa kita ke jalan Allah SWT dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan gerak kerja Islam dan menjadikan BKPJM sebagai salah satu wasilah
dalam mempraktikkan kesyumulan Islam di dalam kehidupan kita. Inshaa Allah.
Di kesempatan yang diberikan ini Saya Muhammad
Arif Bin Hamzah mewakili barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan HEWI BKPJM mengucapkan
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1438H. Semoga kehadiran Aidil Adha pada
tahun ini akan dapat meningkatkan iman kita sebagai seorang muslim yang
benar-benar mengamalkan Islam sebagai cara hidup bukan ibadat semata-mata.
Teruskan berdoa mudah-mudahan pada tahun-tahun akan kita semua dapat menjadi
tetamu Allah bagi mengerjakan ibadah Haji di tanah haram kota suci Makkah al-Mukarramah.
كل عام وانتم بالخير
تقبل الله منا جميعا
#Ibrah Dihayati Ukhuwah
Terpatri
#Kebersamaan Mengukuh Kesatuan
Sekian, Terima kasih.
ما أصابك من حسنة فمن الله وما أصابك من سيئة فمن
نفسي. أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم وبالله التوفيق والهداية
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
No comments:
Post a Comment