OLEH : AIZAT BIN SHAHADAN
UNIT PENGETAHUAN DAN BIMBINGAN BKPJM 16/17
Islam merupakan agama yang bersifat syumul, merentangi seluruh
dimensi kehidupan sama ada politik, sosial, ekonomi dan ianya telah
diterjemahkan secara praktis di zaman Rasulullah S.a.w dan kerajaan islam
selepas kewafatannya.
Dalam Islam, peperangan mempunyai motif yang bertepatan dengan
kehendak syarak. Misi utama peperangan adalah meruntuhkan kekufuran yang melata
di atas muka bumi, menentang kesyirikan dan menegakkan tauhid sebagaimana
firman Allah yang bermaksud : “ Dan
perangilah mereka itu sehingga tiada ada fitnah dan sehingga agama itu
semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada lagi
permusuhan melainkan terhadap orang-orag
islam.” (Surah al Baqarah :193).
Sesungguhnya bukanlah matlamat peperangan dalam Islam untuk memaksa penganut agama lain
untuk beriman dengan Islam sebagaimana yang dituduh oleh golongan orentalis
yang mengatakan Islam tersebar dengan mata pedang.
Matlamat peperangan ini adalah untuk meruntuhkan jahiliyah yang
merantai pemikiran dan kehidupan manusia dan Islam memberi kewajaran untuk
berperang sekirannya musuh Islam menyerang dan cuba menguasai umat Islam apatah
lagi musuh yang cuba memalingkan aqidah umat Islam sebagaimana matlamat
penjajahan barat. Allah berfriman yang bermaksud: “ Dan perangilah kerana
menegakkan dan mempertahankan agama
Allah swt akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh
(dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah swt tidak suka kepada
orang-orang yang menceroboh” (Surah
Al Baqarah :190)
Tambahan pula, adakah kita lupa dengan sejarah silam atas perilaku
penjajah dengan segala pakej kezaliman dengan menindas umat Islam seperti
mengenakan cukai yang tinggi, memperhambakan umat Islam seperti di negara
Afrika, Asia barat dan Nusantara, memijak syariat Islam yang membahagikan bumi umat Islam ssesuka hati mereka. Dalam kontek peperangan, konsep jihad dan mati
syahid telah menjadi motivasi yang besar kepada umat islam, malah disyairkan seperti
kes di bumi Acheh sehingga anak-anak kecil membesar dengan kecintaan kemuliaan
mati syahid. Mati syahid ialah gambaran sebaik-baik kematian iaitu para
shuhada akan diampunkan dosanya, dapat memasuki syurga tanpa hisab, dapat
memberi shafaat kepada 70 orang yang lain, dapat terbang ke mana-mana di dalam
syurga, mereka tidak merasa sakit semasa ruh keluar dari jasad. Ulama-ulama
yang mengarang kitab berkaitan dengan jihad ada juga sentiasa menekankan soal kemuliaan dan kelebihan mati
syahid.
Allah
tujuan kami
Rasulullah
tauladan kami
Al
Qur’an penuntun kami
Jihad
jalan kami
Syahid
cita-cita kami tertinggi
Itu
adalah lima lafaz kaum muslimin yang perlu kita segarkan kembali. Banyak orang
yang ragu-ragu atau tidak berani mengaplikasikannya. Hanya menjadi muslim yang
duduk melihat kezaliman berlaku di depan mata dan tidak bersuara apabila
berlaku hak dan batil, bahkan bukan menjadi muslim yang mendokong pejuangan
Islam.
Kesimpulannya,jika semua itu dapat kita terapkan dalam kehidupan, Insya-Allah kematian terindah bakal menjemput kita pada saat kita menjadi hamba Allah yang beriman dan menegakkan agama Islam seterusnya terlaksanalah cita-cita tinggi yang kita idamkan selama ini untuk bergelar syahid.
Marilah kita bersama pasakkan niat seluruh aktiviti seperti belajar,berpersatuan,muzakarah berkelompok, bekerja, dan seumpamanya sebagai gerak kerja Islam.Wa Allahu A'lam.
No comments:
Post a Comment