السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأبياء والمرسلين وعلى اله
وصحبه أجمعين أما بعد,
Firman Allah SWT melalui Surah At-Tahrim ayat 6 yang berbunyi :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ
وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ
غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا
يُؤْمَرُونَ - 66:6
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah
diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia
dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang
keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala
yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala
yang diperintahkan.
Mutakhir ini, dunia mahasiswa/wi Mesir digemparkan dengan isu keselamatan yang begitu membimbangkan. Ini
rentetan kes penahanan beberapa mahasiswa/wi yang gagal memperbarui visa
belajar di Mesir. Sehubungan dengan itu, pihak BKPJM menggesa dan menasihatkan
kepada semua mahasiswa/wi agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan
kerajaan Mesir.
Dalam menghadapi situasi yang getir ini
pihak BKPJM telah menggariskan beberapa perkara penting dalam pekeliling
keselamatan untuk panduan semua mahasiswa/wi di Mesir. Pekeliling keselamatan
yang digariskan tersebut adalah seperti berikut :
1. 1) Patuhi pekeliling
keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan
Pejabat Atase Pendidikan Negeri.
2. 2) Pastikan visa hidup
dan sentiasa diperbaharui sebaik tamat tempoh.
3. 3) Menghadkan
pergerakan jika visa anda tamat tempoh.
4. 4) Pastikan bawa
bersama pasport dan kad pelajar ketika keluar rumah.
5.
Elakkan bergerak
secara bersendirian.
6. 5) Jika memandu
kenderaan, pastikan anda memiliki lesen memandu dan cukai jalan kenderaan yang
sah.
7. 6) Tidak keluar rumah
pada waktu malam kecuali kecemasan dan urusan mustahak.
8. 7) Jika berlaku sebarang
permasalahan sila dapatkan bantuan dengan segera dengan menghubungi Pegawai
Atase Pendidikan Negeri Johor, YDP BKPJM dan Ketua Jabatan Hisbah BKPJM.
Pihak BKPJM juga ada mengeluarkan
pekeliling keselamatan (am), pekeliling keselamatan (demonstrasi) dan
langkah-langkah keselamatan sebelum keluar rumah dan memandu atau menunggang
kenderaan. Oleh itu, saya selaku YDP BKPJM sesi 16/17 berharap agar semua
mahasiswa/wi Johor khususnya dapat mematuhi pekeliling keselamatan yang telah
dikeluarkan demi kesejahteraan bersama.
Sekian. Terima kasih.
Hormat dari saya
Muhammad Arif Bin Hamzah
Yang di-Pertua
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir
16/17
No comments:
Post a Comment