Thursday, August 24, 2017

DR. KHAIRUL ANUAR GONDOL GELARAN MASTER CHEF AZHARI J-BAZAR '17


KAHERAH, 14 OGOS 2017 – Antara aktiviti menarik yang diadakan dalam J-BAZAR '17 ialah pertandingan gubahan makanan atau lebih dikenali dengan nama “Master Chef”.  Para peserta telah diminta untuk menyediakan sandwich serta menggubah dan menghias mengikut kreativiti masing-masing dengan hanya menggunakan bahan yang disediakan sahaja. Setiap peserta Master Chef dilihat begitu bersungguh-sungguh dalam menyediakan makanan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.


Akhirnya, juara pertandingan  Master Chef pada tahun ini telah disandang oleh Dr Khairul Anuar Bin Jaafar daripada PERUBATAN Cawangan Mansurah. Manakala tempat kedua pula disandang oleh Ustaz Hasnul Hakimi Bin Hussein dan tempat ketiga oleh Ust Muhammad Aidil Bin Ramlee. - Wartawan BKPJM-

1000 JAYAKAN J-BAZAR '17

OLEH :NORDIYANA BINTI MOHD AKHIR
SETIAUSAHA JOHOR NATION FOOD FIESTA BKPJM 2017
                                        

KAHERAH, 23 Ogos 2017 – Pada 13-15 Ogos yang lalu Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir baru-baru ini telah menganjurkan sebuah program mega yang diberi nama Johor Nation Food Fiesta 2017 (J-Bazar ’17). Program ini telah berlangsung selama 3 hari di Masjid Salam, Hayyu Asyir. Pada hari pertama, program dimulakan dengan majlis perasmian J-Bazar '17 yang telah dirasmikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Johor Ustaz Adam bin Ibrahim.

Tema J-Bazar ‘17 pada kali ini ialah “Memperkasa Ekonomi, Mengerat Ukhuwah”. Dengan itu pengarah program telah meletakkan empat objektif utama yang ingin dicapai daripada penganjuran program ini. Objektif-objektif tersebut ialah memperkasakan ukhuwah di antara mahasiswa Johor di Mesir, memperluaskan medan dakwah dan ilmiah bagi mahasiswa, meningkatkan ekonomi BKPJM dan memberi pengalaman dan meningkatkan thaqafah kepada mahasiswa dalam bidang perniagaan.
Sambutan pengunjung ke program J-Bazar '17 pada kali ini sangat menggalakkan dengan kehadiran yang dianggarkan sekitar 1000 orang sepanjang 3 hari program berlangsung. Dengan kunjungan yang ramai tersebut telah membantu pihak penganjur dalam mencapai objektif program yang telah disasarkan oleh peringkat BKPJM.


Bazar Johor yang dianjurkan pada kali ini turut dimuatkan dengan pengisian-pengisian yang menarik. Antaranya ialah pendedahan rawatan awal kecemasan, pertandingan Master Chef Azhari, persembahan tarian dabus, konsert nasyid serta aktiviti-aktiviti sampingan sepanjang bazar berlangsung seperti booth medical check-up, pameran BKPJM, mini games dan jualan amal (PROSMA) oleh Unit Kebajikan dan Kemanusiaan. Pihak BKPJM berharap semoga program berbentuk keusahawanan ini dapat terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang. - Wartawan BKPJM-

Monday, August 21, 2017

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI



KELANGSUNGAN PROGRAM BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

11 Ogos 2017(Jumaat). Perjumpaan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri telah diadakan bertempat di Asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Hayyu Sabiek Kaherah. Perbincangan  yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM)  adalah bertujuan  menyelaraskan beberapa program  mega secara bersama. 

Perbincangan ini bagi menekankan berkenaan kelangsungan kebersamaan Badan Kebajikan Anak Negeri dalam membawa  kebajikan kepada ahli disamping memperkukuhkan ukhuwah diantara mahasiswa/wi sebagaimana yang telah di bawa dalam resolusi Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri yang lepas.

Sebagaimana program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini, peringkat yang Dipertua telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa program sama ada melibatkan semua negeri atau beberapa negeri sahaja. Ia adalah mengikut kepada kesesuaian dan manfaat yang boleh diberikan kepada ahli. 

Segala makluman berkenaan dengan program-program tersebut  akan dimaklumkan melalui media rasmi Badan Kebajikan Anak Negeri.
 
Semoga kerjasama yang dijalinkan ini akan memberi manfaat kepada semua ahli dalam  memahami makna sebenar kesatuan dan meletakkan semangat ukhuwah islamiah dalam setiap pelaksanaan  gerak kerja.


.:: Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan ::.
.:: Kebersamaan Mengukuh Kesatuan ::.
.:: Membentuk Generasi Mithali ::.
.:: Kebajikan dan Perpaduan ::.

Thursday, August 3, 2017

BAKTI SISWA BKPJM BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA


Oleh : Ustaz Mohamad Azrul Bin Raf'an
Setiausaha KEMUDI ‘17

 MERSING, 27 Julai 2017 - Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir telah mengadakan satu program Bakti Siswa yang diberi nama Kem Motivasi Diri 2017 (KEMUDI '17). Program yang berbentuk motivasi kecemerlangan pelajar ini telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari bertempat di Maahad Tahfiz Al-Khairiah, Mersing. Antara objektif program KEMUDI' 17 ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menyuntik semangat motivasi dalam kalangan pelajar disamping melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek akademik dan pengajian Islam.



 Program ini telah dirasmikan oleh wakil MATAM, Ustaz Ariff Maricar. Di sebelah petang pula, aktiviti indoor game telah diadakan dalam kalangan pelajar seterusnya pengisian diskusi kitab 'Qiraah Manhaj Hayah' yang telah dibentangkan oleh Ustaz Shaker Naem bin Aris, mantan Bendahari BKPJM 15/16.Pada hari kedua, program dimulakan dengan program tazkirah subuh sebagai makanan rohani sebelum melakukan aktiviti luar bagi Membentuk kekuatan jasmani bagi melahirkan pelajar yang cerdas dan berdaya saing. Seterusnya program diteruskan lagi dengan slot motivasi diri, pengenalan Al-Azhar as-Syarif dan pengenalan BKPJM.


Majlis penutup diadakan pada sebelah petang yang telah dihadiri oleh beberapa wakil alumni Johor seterusnya majlis penutupan dirasmikan oleh Ust. Mohd Hidris Bin Shaari selaku Pengerusi Pertubuhan Al-Khairiah Mersing. Majlis diakhiri dengan bacaan doa wehdah bersama para pelajar. Pihak BKPJM berharap dengan terlaksananya program Bakti Siswa ini dapat menyumbang sedikit sebanyak perkongsian thaqafah dan pengalaman kepada kepada para pelajar sekaligus mengeratkan ukhuwah yang terjalin antara MATAM dan BKPJM. - Wartawan BKPJM.

“ KEBERSAMAAN MENGUKUH KESATUAN “

“ MEMBENTUK GENERASI MITHALI “

Thursday, July 13, 2017

MENGORAK JALINAN DAN KEMBARA DI BUMI MESIR


Oleh : Farah Atiqah Binti Abdul Manan

RABAAH, 9 Julai 2017 - Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi  Baru (USMB) Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir telah mengadakan sebuah program istimewa untuk mahasiswa/wi 2017 yang diberi nama JALINAN '17. Program tersebut telah diadakan pada 8 Julai 2017 yang  bertempat di Asrama Pelajar Johor Rabaah (APJ 4).

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/wi baru tentang keadaan dan cara hidup di Mesir dan memberi penjelasan dan bimbingan berkaitan pengajian. Selain itu, program ini juga bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa/wi Johor di Mesir. Bertepatan dengan tema program ‘Merai, Mewarnai’, program ini dianjurkan bagi menyambut kedatangan mahasiswa/wi baru ke perlembahan Nil ini.

Program JALINAN '17 ini telah dirasmikan oleh En Adam bin Ibrahim selaku Pegawai Atase Pendidikan Negeri Johor Mesir. Dalam ucapannya beliau turut memberi nasihat dalam panduan dan langkah asas keselamatan di Mesir.

Program yang dijalankan ini di muat kan dengan sebanyak  6 slot yang begitu menarik iaitu :
Slot 1 : Al-Azhar : Kiblat Ilmu Dunia
Slot 2 : Penjagaan Kesihatan di Negara 2 Musim
Slot 3 : Hisbah & Panduan Keselamatan
Slot 4 : Ramah Mesra bersama pimpinan BKPJM
Slot 5 : Tazkirah Maghrib - Apa Kewajipan Pemuda Muslim Hari Ini?
Slot 6 : Mari Mengenali Biah Solehah dan Bait Muslim

Program ini juga turut diselitkan dengan GKB berkaitan ‘Taaruf’ bertujuan memberi kesempatan kepada mahasiswa/wi berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mendalam sekaligus mengeratkan ukhuwah dalam kalangan mereka di perlembahan Nil ini.

Oleh yang demikian, BKPJM berharap dengan terlaksananya program ini dapat mengukuh kebersamaan dalam kesatuan dan memberi suntikan semangat dalam kalangan mahasiswa/wi baru bagi meneruskan pengajian di Bumi Para Anbiya’ ini.

"Merai, Mewarnai"
“KEBERSAMAAN MENGUKUH KESATUAN“
“MEMBENTUK GENERASI MITHALI“

Sunday, July 2, 2017

MERIAH RAYA DI PERANTAUAN



HAYYU SABI', 25 Jun - Menjelang pagi satu Syawal 1438H, anak-anak Johor yang berada di ardul kinanah ini telah bersama-sama menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri di Masjid Musa an-Nusair, Hayyu Sabi'. Masjid ini telah turut dipenuhi oleh penuntut-penuntut ilmu di Mesir daripada seluruh anak-anak negeri di sekitar Hayyu Sabi'. Kemeriahan ini telah menguatkan lagi tali persaudaraan dan ukhuwah anak-anak Johor serta ukhuwah bersama seluruh anak-anak negeri yang berada di Mesir. - Wartawan BKPJM.

14 NEGERI TEMA DI AIDILFITRI



RABAAH, 27 Jun - Tema beraya di 14 negeri merupakan tema yang telah dipilih bagi meraikan hari raya aidilfitri pada tahun ini. Tema ini dipilih bertujuan mengingatkan bahawa Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja disambut oleh anak-anak Johor tetapi kemeriahannya juga disambut di seluruh negeri di Malaysia.

Dewan Rabaah Asrama Pelajar Johor telah dihias dengan Pelayaran 14 negeri di Aidilfitri di bahagian ikhwah serta rumah kampung berkonsepkan minangkabau di bahagian akhawat. Tema ini menjadi lambang hari raya Aidilfitri telah disambut oleh seluruh umat Islam setelah sebulan berpuasa. Suasana raya dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil-wakil daripada BKAN taakhi BKPJM iaitu KPIPM (Perak) dan KPP (Perlis).

Program Senandung Kasih di Aidilfitri kali ini dimeriahkan oleh 2 hos yang begitu mencuit hati iaitu Ustaz Muhammad Ayub Bin Azizol dan Ustaz Muhammad Zahid Bin Mohamad Nor. Pelbagai pengisian menarik ditonjolkan di sepanjang program ini berlangsung. Antaranya tayangan video telemovie raya, sketsa Aidilfitri dan persembahan khas AJKT BKPJM. - Wartawan BKPJM.

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...