Thursday, August 24, 2017

1000 JAYAKAN J-BAZAR '17

OLEH :NORDIYANA BINTI MOHD AKHIR
SETIAUSAHA JOHOR NATION FOOD FIESTA BKPJM 2017
                                        

KAHERAH, 23 Ogos 2017 – Pada 13-15 Ogos yang lalu Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir baru-baru ini telah menganjurkan sebuah program mega yang diberi nama Johor Nation Food Fiesta 2017 (J-Bazar ’17). Program ini telah berlangsung selama 3 hari di Masjid Salam, Hayyu Asyir. Pada hari pertama, program dimulakan dengan majlis perasmian J-Bazar '17 yang telah dirasmikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Johor Ustaz Adam bin Ibrahim.

Tema J-Bazar ‘17 pada kali ini ialah “Memperkasa Ekonomi, Mengerat Ukhuwah”. Dengan itu pengarah program telah meletakkan empat objektif utama yang ingin dicapai daripada penganjuran program ini. Objektif-objektif tersebut ialah memperkasakan ukhuwah di antara mahasiswa Johor di Mesir, memperluaskan medan dakwah dan ilmiah bagi mahasiswa, meningkatkan ekonomi BKPJM dan memberi pengalaman dan meningkatkan thaqafah kepada mahasiswa dalam bidang perniagaan.
Sambutan pengunjung ke program J-Bazar '17 pada kali ini sangat menggalakkan dengan kehadiran yang dianggarkan sekitar 1000 orang sepanjang 3 hari program berlangsung. Dengan kunjungan yang ramai tersebut telah membantu pihak penganjur dalam mencapai objektif program yang telah disasarkan oleh peringkat BKPJM.


Bazar Johor yang dianjurkan pada kali ini turut dimuatkan dengan pengisian-pengisian yang menarik. Antaranya ialah pendedahan rawatan awal kecemasan, pertandingan Master Chef Azhari, persembahan tarian dabus, konsert nasyid serta aktiviti-aktiviti sampingan sepanjang bazar berlangsung seperti booth medical check-up, pameran BKPJM, mini games dan jualan amal (PROSMA) oleh Unit Kebajikan dan Kemanusiaan. Pihak BKPJM berharap semoga program berbentuk keusahawanan ini dapat terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang. - Wartawan BKPJM-

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...