Setiausaha
KEMUDI ‘17
MERSING, 27 Julai
2017 - Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir telah mengadakan satu
program Bakti Siswa yang diberi nama Kem Motivasi Diri 2017 (KEMUDI '17).
Program yang berbentuk motivasi kecemerlangan pelajar ini telah berlangsung
dengan jayanya selama 2 hari bertempat di Maahad Tahfiz Al-Khairiah, Mersing.
Antara objektif program KEMUDI' 17 ini dianjurkan adalah bertujuan untuk
menyuntik semangat motivasi dalam kalangan pelajar disamping melahirkan pelajar
yang cemerlang dari aspek akademik dan pengajian Islam.
Program ini telah
dirasmikan oleh wakil MATAM, Ustaz Ariff Maricar. Di sebelah petang pula,
aktiviti indoor game telah diadakan dalam kalangan pelajar seterusnya pengisian
diskusi kitab 'Qiraah Manhaj Hayah' yang telah dibentangkan oleh Ustaz Shaker
Naem bin Aris, mantan Bendahari BKPJM 15/16.Pada hari kedua, program dimulakan
dengan program tazkirah subuh sebagai makanan rohani sebelum melakukan aktiviti
luar bagi Membentuk kekuatan jasmani bagi melahirkan pelajar yang cerdas dan
berdaya saing. Seterusnya program diteruskan lagi dengan slot motivasi diri,
pengenalan Al-Azhar as-Syarif dan pengenalan BKPJM.
Majlis penutup diadakan pada sebelah petang yang telah dihadiri
oleh beberapa wakil alumni Johor seterusnya majlis penutupan dirasmikan oleh
Ust. Mohd Hidris Bin Shaari selaku Pengerusi Pertubuhan Al-Khairiah Mersing.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa wehdah bersama para pelajar. Pihak BKPJM
berharap dengan terlaksananya program Bakti Siswa ini dapat menyumbang sedikit
sebanyak perkongsian thaqafah dan pengalaman kepada kepada para pelajar
sekaligus mengeratkan ukhuwah yang terjalin antara MATAM dan BKPJM. - Wartawan
BKPJM.
“
KEBERSAMAAN MENGUKUH KESATUAN “
“ MEMBENTUK
GENERASI MITHALI “
No comments:
Post a Comment