Sunday, October 30, 2016

Artikel: Proses dan Perjalanan Permainan Skim Kutu




Definisi Permainan Kutu

Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, permainan kutu didefinisikan sebagai simpanan sukarela secara bersama dan berkala pada kadar yang sama.

“Skim kutu ini berdasarkan konsep taa’wun (membantu) dan pinjaman ikhlas di mana wang simpanan ini akan diperoleh setiap ahli yang terlibat dengan kontrak permainan kutu mengikut tarikh dipersetujui secara kolektif dan bayaran diterima oleh setiap ahli adalah mengikut giliran serta jumlahnya adalah sama.
Hukum Dari Sudut Undang-Undang Malaysia

menurut AKTA 28 AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 , ia ditafsirkan sebagai :

"kumpulan wang kutu" ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama sepeti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada berbagai-bagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hweiatau tontine.
Setelah meneliti akta yang berkaitan, jelas termaktub seperti berikut :-

Seksyen 3. Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.
Maka adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebih itiga tahun atau kedua-duanya.
Justeru, amat jelas lagi bersuluh kegiatan skim simpanan kutu ini adalah salah dan tidak dibenarkan di sisi undang-undang.

Tinjauan Syariah

Untuk menentukan hukum Syariah adalah amat mudah dalam hal yang telah diputuskan 'salah' oleh undang-undang negara. Selagi mana peruntukan undang-undang itu tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-hadis, ia akan diiktiraf sebagai haram juga di sisi Syariah.

Namun jika andai ngin memahaminya skim kutu ini dari sudut proses dan caranya ,sama ada ia diterima oleh Syariah atau tidak. Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan umum berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya dilihat urus aturan 'kutu' ini adalah harus. ( Namun keharusan ini telah dibataskan oleh akta wang kutu di atas tadi).

Ini adalah kerana wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaan itu apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.

Namun demi memastikannya halal, perlulahmemastikansemuaahlikumpulanbolehdipercayai, dikenalidanmembuataqadbertulisbagi protect kemaslahatansemua. Tanpanya, permainanterdedahkepadapenipuandangharar.

Kesimpulannya, skim 'kutu' antarasesamarakan yang dipercayaidalamjumlah yang terhaddanmunasabahsertabertulisadalahharusdisebabkaniahanyalahaktivitipinjammeminjam.
Aktivitisalingmemberipinjamdengannilaidanjumlah yang samaadalahharus. Antarahujjahnyaadalahsepertiberikut :-

Pertama : Keharusan kaedah :-
أسلفني وأسلفك

Ertinya : "Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak" (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)

Menurut mazhab Maliki, konsep ini dianggap makruh apabila ia memberikan manfaat kepada yang pemberi hutang lalu ia haram, tetapi jika manfaat diperolehi oleh peminjam iaa dalah harus.
Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim 'kutu' ini.

Kedua :Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.

Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Syariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.

Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jika pun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu ‘Suftajah'. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan IbnQayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad  (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisadwal Mal, NazihHammad, hlm 230).

Ketiga :Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.

Namun di dalam hal ini tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.

Ibn Qayyim berkata :-

والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم

Ertinya : "Syariat melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya" ('I'lam al-Muwaqqi'en, 1/386)

Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231).

 Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran

Permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

Namun, berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas 'undian' atau disebut dalam bahasa 'Arab sebagai Qur'ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Rasulullah SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.

Kesimpulan

Jika dilihat dari sudut

proses dan perjalanan skim kutu ini semata-mata, ia adalah harus menurut pandangan Islam, namun diwaktu wujudnya akta rasmi yang melarang. Ia secara rasminya dianggap haram dari sudut hukum Islam atas dasar "kewajipan taat kepada pemerintah dalam hal yang tidak berkait dengan maksiat dan demi kemaslahatan umum yang dilihat oleh pemerintah".

Disediakan Oleh :
Bendahari ( Unit Perumahan )
Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar  Johor di Mesir sesi 2016/2017

Saturday, October 29, 2016

KEPIMPINAN DALAM ISLAM



Pemimpin dan kepimpinan merupakan persoalan seharian dalam kehidupan bermasyarakat. Kemajuan dan kemunduran masyarakat, salah satunya juga boleh dipengaruhi oleh para pemimpinnya. Justeru itu, tidak mustahillah sekiranya kita banyak mendapati teori tentang pemimpin dan kepimpinan mula berkembang dan banyak diperbahaskan.
Islam meletakkan persoalan pemimpin dan kepimpinan sebagai salah satu persoalan pokok dalam ajarannya. Beberapa pedoman dan panduan telah digariskan untuk melahirkan pemimpin yang diredhai oleh  Allah SWT yang membawa kepada kemaslahatan serta menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat kelak.
Sejarah islam membuktikan betapa pentingnya tampuk kepimpinan bermula dari para nabi dan rasul terdahulu yang telah memimpin kaum mereka, seperti mana hadis Rasulullah s.a.w telah bersabda mafhumnya:
“Sesungguhnya kaum-kaum terdahulu telah diurus tadbir oleh nabi-nabi mereka

Nabi SAW juga menyebutkan bahawa setiap daripada kita merupakan pemimpin dan seorang pemimpin mempunyai amanah berat yang pasti akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan oleh mereka di hari akhirat kelak, maksudnya:
“ Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan dipertanggungjawabkan mengenai orang yang dipimpin”
(Muttafaqunalaihi)

Oleh yang demikian,kita mestilah mengetahui ciri-ciri, adab-adab serta akhlak seorang pemimpin mengikut acuan Islam.Antaranya ialah seorang pemimpin seharusnya mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam iaitu sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab dalam memegang sebuah amanah dan lantikan,  mampu dalam mentadbir dan mengurus orang yang dipimpin serta berlaku adil dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab.

Dr Mustafa Masyhur di dalam karangannya yang bertajuk “Jalan dakwah antara Qiadah dan Jundiyah” ada menyebutkan bahawasanya seorang pemimpin Islam mestilah mengambil Rasulullah Saw sebagai contoh tauladan yang paling utama dalam segenap hal mengenai pimpinan dari sekecil-kecil perkara hatta perkara yang paling besar.
Diantara adab-adab dan akhlak yang seharusnya lazim wujud di kalangan pemimpin ialah pemimpin mestilah mengenal ahlinya dan pandai bergaul agar hadirnya sifat mahabbah antara pemimpin dan ahli. Seorang pemimpin juga mestilah mengetahui kemampuan ahli sebelum diberikan tugasan dan amanah kepada mereka kerana dengan mengenal pasti kemampuan akan mendatangkan sifat istiqamah dan melicinkan gerak kerja. Selain itu, seorang pemimpin mestilah mempunyai kesungguhan dalam membentuk ahli dari sudut kerohanian dan tarbiyah, agar dapat melahirkan ahli yang faham dalam melaksanakan tugas ikhlas semata-mata kerana Allah, dan dapat mendengar serta taat dengan segala arahan pemimpin yang telah diberikan.
Di samping itu, pemimpin juga mestilah mempunyai sifat dan akhlak selaku seorang pimpinan agar memperoleh pertolongan dan bantuan daripada Allah sepanjang ia memegang sebuah amanah. Pertama pemimpin mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah, kerana dengan ikhlas akan melahirkan rasa tunduk semata-mata kerana Allah, dan tidak mengharapkan habuan di dunia. Kedua, seseorang pemimpin mestilah mempunyai sifat lemah lembut dan berprinsip dalam diri, kerana Allah SWT telah menyebutkan dalam surah Al-Imran ayat 159 yang bermaksud:
“ Maka disebabka nrahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berkasa rhati, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkan mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”.

Seterusnya pemimpin mestilah mempunyai azam yang tinggi dan berserah kepada Allah, seperti mana firman Allah SWT dalam surah Al- Imran ayat 159:
“Sekiranya kamu telah berazam dalam keputusan tersebut, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal”

Secara tuntasnya, berdasarkan ciri-ciri, akhlak serta adab dalam kepimpinan Islam di atas maka seharusnya bagi diri kita selaku hamba yang bergelar pemimpin walau dalam kehidupan kita sendiri untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri serta berusaha mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W agar dapat membentuk kesatuan Islam dalam bermasyarakat dan bersama-sama dalam meraih keredhaan Allah SWT. Bergeraklah dalam sebuah kesatuan kerana ianya sangat disukaioleh Allah SWT berdasarkan firmanNYA:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”
(Surah As-Soff:4)

WaAllahuA’lam.

Disediakan Oleh: Ustaz Muhammad Ariff Bin Haron
( Mantan YDP BKPJM Sesi 2015/2016 )


Thursday, October 27, 2016

Sejarah : Kejatuhan Khilafah Kerajaan Turki Uthmaniyyah




[ SEJARAH KEJATUHAN KHILAFAH KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH ]
Tahun 1924 merupakan antara detik hitam yang paling menyedihkan dalam sejarah Islam. Detik ini bukan sahaja menyaksikan jatuhnya empayar Uthmaniyyah, namun sistem khilafah, juga empayar Islam juga secara keseluruhannya. Peristiwa yang perit ini terjadi gara-gara angkara musuh Allah yang bertopengkan manusia iaitu Mustafa Kamal Atartuk laknatullah. Dia juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam merancang kejatuhan khilafah melalui empat teknik rahsia iaitu kaedah hutang, melalui revolusi Arab 191 perjanjian Skyes-Picot dan juga melalui kekalahan Jerman dalam perang Dunia Pertama. Semua faktor ini amat berkait rapat dengan kejatuhan sistem khilafah. Sama ada kita sedar ataupun tidak, semua ini sebuah konspirasi yang terancang. Ini merupakan bukti sentiasa adanya kuasa dan usaha untuk menjatuhkan Islam.

Namun begitu jangan kita lupa, di sebalik peristiwa hitam ini, adanya seorang pemerintah yang benar benar berusaha untuk mempertahankan Islam ketika itu, iaitu khalifah Abdul Hamid II. Pada zaman pemerintahannya, wujud banyak anasir luar yang menekan Turki. Antaranya termasuklah negara Barat, Yahudi, dan Freemasonry. Namun begitu, ternyata aturan dan tekanan yang disusun pihak musuh lebih kuat. Pada tahun 1909, sebuah konspirasi pembunuhan telah dilakukan, dan Sultan Abdul Hamid II telah dituduh sebagai dalang. Akhirnya beliau dijatuhkan dan dilucutkan jawatan seorang khalifah. Peristiwa ini memudahkan lagi rancangan pihak zionis untuk menjatuhkan system Khilafah secara total. Mereka meletakkan satu gambaran yang hebat di mata rakyat untuk menjadi hero – Mustafa Kamal Atartuk.

Begitulah detik runtuhnya Kerajaan Turki Uthmaniyyah, yang memberi kesan kepada keadaan muslim seluruh dunia pada hari ini. Allah menjanjikan kemenangan berpihak kepada Islam di akhir nanti. Namun begitu, adakah kita tergolong dalam orang menjayakan kemenangan Islam pada hari itu. Atau sekadar menjadi penumpang.
Kamal atartuk mengetuai beberapa siri peperangan menjadikan imej Kamal Atartuk semakin bersinar di mata rakyat. Ini memudahkan lagi usaha mereka untuk menjatuhkan kekhalifahan di Turki. Akhirnya, pada detik 3 Mac 1924, jatuhlah system khilafah, menjadikan Umat Islam semakin lemah tanpa pemimpin. Mustafa tidak berhenti sekadar itu. Pelbagai undang undang baru digubal untuk menghilangkan terus imej Islam sebenar di Turki ;sekularisme. Azan ditukar Bahasa Turkin. Tulisan rumi dijadikan tulisan utama. Pemakaian tudung diharamkan. Kalendar hijri ditukar kepada masihi, dan banyak lagi.


DISEDIAKAN OLEH :

UNIT TAFAQUH & THAQAFAH, UNIT PENGETAHUAN DAN BIMBINGAN BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JOHOR DI MESIR 2016/2017

Tuesday, October 4, 2016

Pemenang Pertandingan Kuiz Rehlah







[ PERTANDINGAN KUIZ REHLAH ]
KAHERAH, 3 September 216 - Pada 24 September yang lepas, Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah mengadakan satu Pertandingan Kuiz Rehlah anjuran Unit Travel di bawah Unit Sambutan dan Rehlah BKPJM sesi 15/16 yang diketuai oleh Ustaz Saifullah bin Abd Wahab.
Hasil daripada pertandingan tersebut, pihak USR telah memilih 5 pemenang awal bagi ikhwah dan 5 pemenang awal bagi akhawat. Nama pemenang adalah seperti berikut :
( Ikhwah )
1. Ust Yahya bin Samsul
2. Ust Basok Baharuddin bin Muhammad
3. Ust Zulhilmi bin Omar
4. Ust Alimul Hakim bin Alizar
5. Ust Nazirul Munir bin Puniran
( Akhawat )
1. Ustazah Nur Khairiyah binti Kusnan
2. Ustazah Shukrinah Natasya binti Alam Shah
3. Ustazah Nurul Syafiqah binti Tuah Janji
4. Ustazah Nor Diyana binti Mohd Akhir
5. Ustazah Fatin Afifah binti Azman
BKPJM mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang menyertai pertandingan kuiz rehlah tersebut. Semoga dengan pertandingan seperti ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dari kalangan ahli BKPJM khususnya.
Akhirnya, sempena Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-34 tahun ini, pihak USR sekaligus menunjukkan satu sokongan 'Road to MAT ' untuk sama-sama kita hadir pada MAT BKPJM kali ke-34 yang akan diadakan pada Oktober ini.
.:: Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan ::.
.:: Keilmuan Memangkin Kesatuan Islam :;.
.:: Kebajikan dan Perpaduan ::.

Thursday, September 22, 2016

Nahar’16 Menghayati Erti Pengorbanan





KAHERAH, 12,13 & 14 September 2016 - Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir telah mengadakan sambutan kebesaran bagi umat Islam iaitu Sambutan Hari Raya Eidul Adha 1437 hijri. NAHAR’16 merupakan program anjuran BKPJM pada kali ini dengan tema “التضحية اساس الوحدة”.
Ahli jawatankuasa Nahar’16 telah menyusun aktiviti yang diadakan sepanjang program yang berlangsung selama 2 hari di Wisma Nusantara. Untuk hari yang pertama ke semua anak-anak Johor telah menunaikan Solat Hari Raya di Masjid Ad Da'wah yang berhampiran dengan Wisma Nusantara bagi memudahkan perjalanan sembelihan disini.
Seusai solat sunat hari raya, anak-anak Johor telah berkumpul di Wisma Nusantara untuk aktiviti sembelihan dan rewang. Pada tahun ini sebanyak 40 ekor kambing telah dikorbankan. Sekitar jam 10 pagi sembelihan dan melapah binatang korban telah dilaksanakan oleh mahasiswa. Sementara itu, mahasiswi telah mula bergotong royong untuk rewang dan melapah daging. Semua mahasiswa/wi Johor baru turut serta dalam membantu rewang kali ini. Aktiviti sembelihan,melapah daging dan rewang siap sekitar jam 6 petang. Dan selepas maghrib aktiviti pengagihan daging korban kepada semua anak Johor telah diberikan. Daging korban telah diagihkan sebanyak 50 bungkus kepada anak-anak Johor di sekitar kaherah. Dan sebanyak 9 ekor telah diagihkan kepada fakir miskin warga tempatan.
Program diteruskan untuk hari yang kedua, sekitar jam 9 pagi ajk pelaksana telah memenuhi Wisma Nusantara bagi membuat persiapan sebelum program. Bermula daripada persiapan dewan sehingga persediaan menyediakan juadah untuk rumah terbuka petang nanti. Kesemua ajk pelaksana bertungkus lumus bagi menjayakan program ini. Tepat jam 2 petang hingga 4 petang rumah terbuka telah dihadiri oleh tetamu VIP daripada BKAN lain. Tidak ketinggalan rumah terbuka ini turut dihadiri oleh Ustaz Khairi Jalalludin dan keluarganya. Dan pada jam 4 petang hingga 6 petang rumah terbuka telah dibuka untuk semua anak-anak Johor bagi menjamu selera. Program diserikan dengan tayangan video-video BKPJM sebelum ini dan persembahan nasyid jemputan daripada Subro. Setelah selesai jamuan, ajk pelaksana telah sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan Wisma Nusantara selepas digunakan.
Akhirnya, besarlah harapan daripada BKPJM supaya program ini dapat mengukuhkan lagi kesatuan anak-anak Johor dibawah naungan Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir . BKPJM mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh adhoc pelaksana, ajk dan semua yang turut membantu dalam melaksanakan program ini. Pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya.


.: Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan:.
.: Keilmuan Memangkin Kesatuan Islam:.
.: Kebajikan dan Perpaduan:.

Friday, September 16, 2016

KENYATAAN BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI KALI KE-II


[ KENYATAAN BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI KALI KE-II ] SAMBUTAN MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN DAN GRADUASI BKAN JUMAAT, 16 SEP 2016 - Perjumpaan kali ke dua bersama Yang Dipertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) telah diadakan di Asrama Rumah Pulau Pinang Hayyu Sabie, Kaherah, Mesir. Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Ustaz Asraf bin Alias selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bertujuan bagi merancang satu program secara bersama yang melibatkan mahasiswa/wi yang cemerlang dan graduan khususnya di dalam pengajian islam. Program yang melibatkan seluruh jurusan pengajian islam ini adalah bagi meraikan mahasiswa/wi diperingkat anak-anak Negeri bersama BKAN-BKAN negeri masing-masing di dalam satu majlis yang melibatkan semua peringkat. Selain itu, ia merupakan satu penghargaan yang besar khususnya kepada graduan-graduan yang bakal berkhidmat di tanah air apabila pulang ke Malaysia kelak. Majlis akan diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu dari kalangan guru-guru di pengajian Al-Azhar serta tetamu jemputan yang akan menyerikan lagi kemeriahan didalam majlis tersebut. Semoga perancangan program yang bakal dilaksanakan ini dapat meningkatkan lagi tahap mutu kecemerlangan mahasiswa/wi Al-Azhar khususnya dan semangat di dalam mengejar impian dan cita-cita yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat kelak. HADIR, ASRAF BIN ALIAS (YANG DIPERTUA BKASM) MUHAMMAD ARIFF BIN HARON (YANG DIPERTUA BKPJM) AHMAD MAHIR BIN C. NASRUDDIN (YANG DIPERTUA KPP) MOHAMMAD AINUDIN BIN MOHD ISHAK (YANG DIPERTUA KPIPM) SYED MOHAMMAD HANIF BIN SYED HASSAN (YANG DIPERTUA KPKM) AHMAD RAZIN BIN MOHD FAUZI (YANG DIPERTUA BKKIMM) AMIR NORDIN BIN A.RAHIM (YANG DIPERTUA BKMIP) AMMAR MUJAHID BIN AB RASHID (YANG DIPERTUA MKKK) MUHAMAD IMAN BIN FADZIL (YANG DIPERTUA BKPPPM) ADAM SYUKRI BIN MOHAMAD (YANG DIPERTUA BKAWM) TIDAK HADIR, MOHD FARID BIN AZMI (YANG DIPERTUA KPT)

:: Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan ::.
.:: Keilmuan Memangkin Kesatuan Islam ::.
.:: Kebajikan dan Perpaduan ::

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...