Tuesday, August 30, 2016

SPORT DAY MENCUNGKIL BAKAT MAHASISWI JOHOR DALAM SUKAN




Sport Day Mencungkil Bakat Mahasiswi Johor dalam Sukan
Kaherah, 27 Ogos 2016 -Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI) Bkpjm 2015/2016 di bawah Unit Perumahan Hewi (Lajnah Kebudayaan,Kesenian dan Sukan) telah mengadakan Sport Day bertempat di Nadi Syabab Hayyu Sadis.Program ini diadakan bertujuan mencungkil bakat dan kemahiran terpendam yang dimiliki oleh mahasiswi Johor dalam arena sukan.Di samping itu ianya diadakan bagi mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswi Johor dan memupuk semangat kesukanan dikalangan mahasiswi Johor sekaligus dapat memanfaatkan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah.
Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan dalam program ini seperti Dodgeball,Netball dan Skipping Giant.Program bermula sekitar jam 3.00 petang dengan acara warm up terlebih dahulu.Kemudian diteruskan dengan pembahagian kumpulan dan penerangan bagi setiap permainan kepada para peserta sebelum bermulanya permainan Dodgeball,Netball dan Skipping Giant.Seramai 27 orang mahasiswi Johor telah turun padang bagi menjayakan program sukan ini termasuk mahasiswi baru.Program diakhiri dengan kalam penutup oleh Ustazah Siti NorFatehah Binti Mohd Anuar selaku pemangku Unit Perumahan(Lajnah Kebudayaan,Kesenian dan Sukan Hewi) 2015/2016 dan sesi bergambar mahasiswi pada pukul 5.30 petang.
Akhirnya,Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI BKPJM 2015/2016) berharap dan menyeru kepada semua mahasiswi Johor untuk turut serta bersama menyertai program yang akan dianjurkan oleh BKPJM seperti program sukan ini pada masa akan datang kerana akal yang sejahtera itu juga datangnya daripada tubuh badan yang sihat. Tambahan pula, mafhum hadis turut menyatakan “Mukmin yang kuat itu lebih dicintai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah”. saMoga dengan terlaksana program sukan yang lebih bersifat ‘outdoor’ ini dapat mengasah bakat yang dimiliki oleh mahasiswi Johor untuk lebih kehadapan pada masa akan datang dalam sukan dan mengeratkan ukhuwah yang telah terbina antara mahasiswi Johor.Wa Allahu A’lam.
“MAHASISWI RABBANI DAN BERKETERAMPILAN”

Friday, June 24, 2016

IHYA' TARBAWI RAMADHAN 2016



Aktiviti sepanjang Ihya' Tarbawi Ramadhan

















Penyerahan Syantah Ramadhan








Kaherah, 13 Jun 2016 - Unit Kebajikan dan Kemanusiaan BKPJM 2015/2016 telah mengadakan Penyerahan Syantah Ramadhan untuk seluruh anak-anak Johor di Mesir pada .

Antara objektif penyerahan Syantah Ramadhan adalah:

  1. membantu ahli dalam membuat persediaan dalam menjalani Ramadhan.
  2. menghidupkan suasana memberi dalam bulan Ramadhan.
  3. mengeratkan hubungan ahli dan pimpinan BKPJM.
  4. memberi peluang kepada mana-mana pihak untuk menyalurkan sumbangan sempena bulan mulia ini.    
Penyerahan Syantah Ramadhan telah diagihkan kepada 20 buah rumah ikhwah, 10 buah rumah akhawat dan 13 pasangan mutazawwijin di dalam program IHTIRAM. Syantah Ramadhan yang diberikan berupa barangan keperluan dapur untuk menjalani ibadah puasa.


''Menyingkap Ibrah Melestari Ukhwah"


:: Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan ::
:: Keilmuan Memangkin Kesatuan Islam ::
:: Kebajikan dan Perpaduan ::

Thursday, June 23, 2016



Wallpaper Unit Sambutan dan Rehlah BKPJM 2015/2016

ZAKAT FITRAH 1437 H / 2016




PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH 1437 H / 2016 

Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Johor yang berada di Mesir, Zakat Fitrah pada tahun 1437 H adalah bernilai LE8.00.
Nilai tersebut merujuk kepada ketetapan jumlah terendah yang telah dikeluarkan oleh Darul Ifta' Mesir. Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang ingin membuat pembayaran zakat adalah seperti berikut :
1. Ahli boleh membayar zakat fitrah sendiri di mana-mana masjid (Lajnah Zakat) di Mesir.
2. Ahli juga boleh membayar kepada persatuan iaitu Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) melalui Bendahari (Lajnah Ekonomi) bagi ikhwah dan Bendahari HEWI (Lajnah Ekonomi HEWI) bagi akhawat.

* Kutipan bayaran zakat ini akan disalurkan kepada ahli yang kurang berkemampuan.
  Bayaran boleh dibuat bermula 23 Jun 2016 (17 Ramadhan 1437) hingga 7 Julai 2016                        (1 Syawal 1437).


:: Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan ::
:: Keilmuan Memangkin Kesatuan Islam ::
:: Kebajikan dan Perpaduan ::

Monday, June 6, 2016

IHTIRAM '16 : Ruh & Sinar Ramadhan



IHTIRAM '16 :RUH & SINAR RAMADHAN


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلوة والسلام علئ اشرف الانبياء والمرسلين وعلئ اله وصحبه وسلم..

قال الله تعالئ:"ياءيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب علئ الذين من قبلكم لعلكم تتقون"

Ertinya: Wahai orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang² sebelum kamu agar kamu bertakwa

Alhamdulillah,tetamu yang dirindui Ramadhan tiba lagi.Kehadiran Ramadhan Al-Mubarak sentiasa dinanti-nantikan oleh jiwa-jiwa beriman yang kasih dan mengharapkan pengampunan Allah SWT.Sepertimana yang kita ketahui,setiap tahun Umat Islam diseluruh dunia akan menyambut bulan Ramadan dengan  berpuasa kerana puasa merupakan salah satu daripada rukun Islam.Lantaran itu,pentingnya setiap insan yang bergelar muslim untuk sedar dan memahami objektif terbesar kewajipan berpuasa adalah untuk mencapai tahap ketaqwaan  dan keredhaan Allah.Bertepatan dengan firman ALLAH SWT dalam Al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (Surah Al Baqarah: 183)

Ramadhan merupakan anugerah terbaik daripada Allah kerana di dalamnya terkandung 1001 keistimewaan dan hikmah.Dari sudut saintifik dalam Islam,sekiranya kita mengkaji akan kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan,kita pasti akan mengetahui betapa banyaknya manfaat yang akan diperolehi  dalam pelbagai aspek fizikal,mental dan lebih-lebih lagi berhubung kerohanian.Antara manfaatnya ialah:

1)Puasa adalah displin agama yang sangat baik
2)Dapat melatih fikiran dan tubuh untuk mengatasi kesulitan.
3)Dapat mengawal perasaan negatif seperti marah dan lain-lain

Selain itu,Ramadhan merupakan medan terbaik kita supaya sentiasa melakukan kebaikan kerana pahalanya berlipat ganda seperti berdoa,sedekah dan perbuatan-perbuatan baik dan menahan diri dari melakukan kejahatan.Hasilnya,ianya dapat membantu diri kita supaya tidak hanya sibuk mengejar duniawi malah juga menitikberatkan soal ukhrawi.Oleh itu,dengan adanya bulan Ramadan umat Islam dapat   meningkatkan lagi keimananan dan keintiman hubungan diri seorang hamba dengan penciptaNYA yang hakiki.Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Riwayat Al-Bukhari (38)

Ramadhan dimana merupakan bulan yang diturunkan Al-quran juga adalah saat terbaik untuk  mendidik kita kembali menajamkan naluri kejiwaan kita untuk terus menerus berdamping dengan Sang Pencipta dengan meningkatkan rahmat Allah,kesabaran,ketabahan,kerendahan hati,kesederhanaan dan pengorbanan dalam diri.Bukti cinta hamba kepada ALLAH maka dirinya bukan hanya sanggup mengorbankan makan dan minum tetapi dia juga sanggup mengorbankan hidupnya untuk tuhan.

Lantaran itu,diatas kesedaran betapa bernilainya Ramadhan maka Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir di bawah Unit Dakwah dan Tarbiah mengambil inisiatif untuk meneruskan program yang akan  dijalankan setiap tahun di bulan Ramadhan dengan  mengadakan program yang diberi nama ‘Ihya Tarbawi Ramadan’(IHTIRAM 16’) dengan tema yang telah disepakati barisan pimpinan BKPJM pada tahun ini  iaitu ‘Menyingkap Ibrah Melestarikan Ukhuwah’.Insha Allah,pelbagai aktiviti menarik dalam program telah disusun di peringkat BKPJM yang akan digerakkan oleh Eksekutif Ihtiram agar program dapat berjalan dengan baik.Antara pengisiannya ialah:

-Tazkirah
-Diskusi kitab
-Qiamulail
-Iftar Jamaie
-Sahur Jamaie
-Solat terawih dan lain-lain

Akhir kata,semoga pengisian ini dapat kita mempertingkatkan lagi amalan kita di Bulan Ramadhan pada tahun ini. Saya selaku Ketua Dakwah dan Tarbiah serta seluruh barisan pimpinan AJKT  dan HEWI BKPJM 15/16 menyeru agar seluruh anak Johor yang berada di Perlembahan Nil untuk sama-sama  turun padang bagi menjayakan program yang bermanfaat ini.Saya juga berharap program ini dapat berjalan dengan baik agar keberkatan dan keredhaan Allah akan diperolehi.In Shaa Allah.Selamat menjalani ibadah puasa.Ramadhan Kareem.WaAllahu A’lam.

Disediakan Oleh,
Fathurrahman Bin Mohd Salleh
Ketua Unit Dakwah dan Tarbiah

Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir 2015/2016

Saturday, May 7, 2016

SIRI SERANGAN TERHADAP ALEPPO



Siri serangan terhadap ALEPPO

25 April: Sekurang-kurangnya 35 orang, termasuk 8 orang kanak-kanak terbunuh di Aleppo dalam pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak.

26 April: Serangan ke atas hospital Al-Quds membunuh beberapa kakitangan perubatan dan orang awam lain. Bilangan yang terkorban semakin meningkat.

27 April: Serangan udara bertalu-talu ke atas kawasan yang dikawal oleh pemberontak di Bandar kedua Syria di Aleppo dan sebuah Bandar di barat mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang.

28 April: Serangan masih diteruskan dan serangan ini  telah membunuh satu-satunya doktor pakar kanak-kanak di Hospital Al-Quds Aleppo. Satu fatwa telah dikeluarkan yang membenarkan kaum muslimin di Aleppo tidak menunaikan solat jumaat di masjid dan hanya menunaikan solat fardu Zohor di rumah.

29 April: Sekurang-kurangnya 10 orang awam maut dalam serangan terbaru rejim zalim Bashaar Nusairiah dan sekutunya yang menyasarkan penempatan awam di El Fardous Aleppo. Rejim Bashaar telah menggugurkan bom ke atas salah sebuah masjid di Aleppo, Masjid Uwais Al-Qarni di penempatan awam As-Sukkary. Dalam keadaan Aleppo diserang begitu hebat sejak seminggu ini, 150 tentera Amerika sudah berada di Utara Raqqa.

30 April: Serangan udara ke atas Aleppo semakin hebat, selagi  umat Islam di Bandar Aleppo enggan tunduk kepada pemerintahan Nusairiah dan Syiah. Kematian demi kematian terus berlaku kepada kaum muslimin.

1 Mei: Hanya dalam masa 8 hari rejim Bashaar dan sekutunya telah melakukan 260 serangan udara. 110 artileri, 18 peluru berpandu dan 68 bom telah digunakan untuk membunuh rakyat yang tidak berdosa. Kira-kira 200 orang awam telah berjaya dibunuh oleh rejim Bashaar diseluruh Aleppo.

2 Mei: kapal terbang rejim Al-Assad cuba menyerang ambulans yang digunakan oleh penduduk Aleppo untuk membawa mangsa serangan ke hospital. Tiada kemalangan nyawa direkodkan dalam serangan ambulans.

4 Mei: semalam Bandar Daraa, yang merupakan wilayah yang berhampiran dengan Aleppo juga telah dibom oleh tentera rejim Bashaar. Penyembelihan dan pembuliaan tentera zalim Bashaar ini telah berlarutan lebih daripada 5 tahun.

6 Mei: Penjara HAMA diserbu rejim kejam Bashaar dengan menggunakan gas pemedih mata dan tembakan ganas. Penjara HAMA menempatkan 860 orang tahanan politik tanpa perbicaraan semenjak sekian lama. Pada 2hb mei yang lalu ia telah berjaya dikuasai oleh tahanan yang berjaya menawan beberapa orang pengawal penjara rejim dan membuka semua pintu sel. Namun malam tadi, ianya telah diserbu oleh rejim semula untuk menguasai penjara tersebut. 

                                                                                                                            sumber : syria care

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...