Monday, June 6, 2016

IHTIRAM '16 : Ruh & Sinar Ramadhan



IHTIRAM '16 :RUH & SINAR RAMADHAN


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلوة والسلام علئ اشرف الانبياء والمرسلين وعلئ اله وصحبه وسلم..

قال الله تعالئ:"ياءيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب علئ الذين من قبلكم لعلكم تتقون"

Ertinya: Wahai orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang² sebelum kamu agar kamu bertakwa

Alhamdulillah,tetamu yang dirindui Ramadhan tiba lagi.Kehadiran Ramadhan Al-Mubarak sentiasa dinanti-nantikan oleh jiwa-jiwa beriman yang kasih dan mengharapkan pengampunan Allah SWT.Sepertimana yang kita ketahui,setiap tahun Umat Islam diseluruh dunia akan menyambut bulan Ramadan dengan  berpuasa kerana puasa merupakan salah satu daripada rukun Islam.Lantaran itu,pentingnya setiap insan yang bergelar muslim untuk sedar dan memahami objektif terbesar kewajipan berpuasa adalah untuk mencapai tahap ketaqwaan  dan keredhaan Allah.Bertepatan dengan firman ALLAH SWT dalam Al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (Surah Al Baqarah: 183)

Ramadhan merupakan anugerah terbaik daripada Allah kerana di dalamnya terkandung 1001 keistimewaan dan hikmah.Dari sudut saintifik dalam Islam,sekiranya kita mengkaji akan kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan,kita pasti akan mengetahui betapa banyaknya manfaat yang akan diperolehi  dalam pelbagai aspek fizikal,mental dan lebih-lebih lagi berhubung kerohanian.Antara manfaatnya ialah:

1)Puasa adalah displin agama yang sangat baik
2)Dapat melatih fikiran dan tubuh untuk mengatasi kesulitan.
3)Dapat mengawal perasaan negatif seperti marah dan lain-lain

Selain itu,Ramadhan merupakan medan terbaik kita supaya sentiasa melakukan kebaikan kerana pahalanya berlipat ganda seperti berdoa,sedekah dan perbuatan-perbuatan baik dan menahan diri dari melakukan kejahatan.Hasilnya,ianya dapat membantu diri kita supaya tidak hanya sibuk mengejar duniawi malah juga menitikberatkan soal ukhrawi.Oleh itu,dengan adanya bulan Ramadan umat Islam dapat   meningkatkan lagi keimananan dan keintiman hubungan diri seorang hamba dengan penciptaNYA yang hakiki.Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Riwayat Al-Bukhari (38)

Ramadhan dimana merupakan bulan yang diturunkan Al-quran juga adalah saat terbaik untuk  mendidik kita kembali menajamkan naluri kejiwaan kita untuk terus menerus berdamping dengan Sang Pencipta dengan meningkatkan rahmat Allah,kesabaran,ketabahan,kerendahan hati,kesederhanaan dan pengorbanan dalam diri.Bukti cinta hamba kepada ALLAH maka dirinya bukan hanya sanggup mengorbankan makan dan minum tetapi dia juga sanggup mengorbankan hidupnya untuk tuhan.

Lantaran itu,diatas kesedaran betapa bernilainya Ramadhan maka Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir di bawah Unit Dakwah dan Tarbiah mengambil inisiatif untuk meneruskan program yang akan  dijalankan setiap tahun di bulan Ramadhan dengan  mengadakan program yang diberi nama ‘Ihya Tarbawi Ramadan’(IHTIRAM 16’) dengan tema yang telah disepakati barisan pimpinan BKPJM pada tahun ini  iaitu ‘Menyingkap Ibrah Melestarikan Ukhuwah’.Insha Allah,pelbagai aktiviti menarik dalam program telah disusun di peringkat BKPJM yang akan digerakkan oleh Eksekutif Ihtiram agar program dapat berjalan dengan baik.Antara pengisiannya ialah:

-Tazkirah
-Diskusi kitab
-Qiamulail
-Iftar Jamaie
-Sahur Jamaie
-Solat terawih dan lain-lain

Akhir kata,semoga pengisian ini dapat kita mempertingkatkan lagi amalan kita di Bulan Ramadhan pada tahun ini. Saya selaku Ketua Dakwah dan Tarbiah serta seluruh barisan pimpinan AJKT  dan HEWI BKPJM 15/16 menyeru agar seluruh anak Johor yang berada di Perlembahan Nil untuk sama-sama  turun padang bagi menjayakan program yang bermanfaat ini.Saya juga berharap program ini dapat berjalan dengan baik agar keberkatan dan keredhaan Allah akan diperolehi.In Shaa Allah.Selamat menjalani ibadah puasa.Ramadhan Kareem.WaAllahu A’lam.

Disediakan Oleh,
Fathurrahman Bin Mohd Salleh
Ketua Unit Dakwah dan Tarbiah

Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir 2015/2016

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...