25 April: Sekurang-kurangnya 35 orang, termasuk 8 orang
kanak-kanak terbunuh di Aleppo dalam pertempuran antara tentera kerajaan dan
pemberontak.
26 April: Serangan ke atas hospital Al-Quds membunuh
beberapa kakitangan perubatan dan orang awam lain. Bilangan yang terkorban
semakin meningkat.
27 April: Serangan udara bertalu-talu ke atas kawasan yang
dikawal oleh pemberontak di Bandar kedua Syria di Aleppo dan sebuah Bandar di
barat mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang.
28 April: Serangan masih diteruskan dan serangan ini telah membunuh satu-satunya doktor pakar
kanak-kanak di Hospital Al-Quds Aleppo. Satu fatwa telah dikeluarkan yang
membenarkan kaum muslimin di Aleppo tidak menunaikan solat jumaat di masjid dan
hanya menunaikan solat fardu Zohor di rumah.
29 April: Sekurang-kurangnya 10 orang awam maut dalam
serangan terbaru rejim zalim Bashaar Nusairiah dan sekutunya yang menyasarkan
penempatan awam di El Fardous Aleppo. Rejim Bashaar telah menggugurkan bom ke
atas salah sebuah masjid di Aleppo, Masjid Uwais Al-Qarni di penempatan awam
As-Sukkary. Dalam keadaan Aleppo diserang begitu hebat sejak seminggu ini, 150
tentera Amerika sudah berada di Utara Raqqa.
30 April: Serangan udara ke atas Aleppo semakin hebat,
selagi umat Islam di Bandar Aleppo
enggan tunduk kepada pemerintahan Nusairiah dan Syiah. Kematian demi kematian
terus berlaku kepada kaum muslimin.
1 Mei: Hanya dalam masa 8 hari rejim Bashaar dan sekutunya
telah melakukan 260 serangan udara. 110 artileri, 18 peluru berpandu dan 68 bom
telah digunakan untuk membunuh rakyat yang tidak berdosa. Kira-kira 200 orang
awam telah berjaya dibunuh oleh rejim Bashaar diseluruh Aleppo.
2 Mei: kapal terbang rejim Al-Assad cuba menyerang ambulans
yang digunakan oleh penduduk Aleppo untuk membawa mangsa serangan ke hospital.
Tiada kemalangan nyawa direkodkan dalam serangan ambulans.
4 Mei: semalam Bandar Daraa, yang merupakan wilayah yang
berhampiran dengan Aleppo juga telah dibom oleh tentera rejim Bashaar.
Penyembelihan dan pembuliaan tentera zalim Bashaar ini telah berlarutan lebih
daripada 5 tahun.
6 Mei: Penjara HAMA diserbu rejim kejam Bashaar dengan
menggunakan gas pemedih mata dan tembakan ganas. Penjara HAMA menempatkan 860
orang tahanan politik tanpa perbicaraan semenjak sekian lama. Pada 2hb mei yang
lalu ia telah berjaya dikuasai oleh tahanan yang berjaya menawan beberapa orang
pengawal penjara rejim dan membuka semua pintu sel. Namun malam tadi, ianya
telah diserbu oleh rejim semula untuk menguasai penjara tersebut.
sumber : syria care
No comments:
Post a Comment