DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD SYAZMI BIN KAMARI
SETIAUSAHA CREATE OUR
TALENT (CREATIVE ‘18)
RABAAH, 11 MAC 2018
– Program (CREATIVE ’18) pada hari kedua diteruskan lagi dengan bengkel Pengucapan Awam. Para peserta diberikan pendedahan
tentang cara-cara hendak menjadi seorang mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang
dalam memberikan pengucapan.
CREATIVE ’18 diteruskan dengan bengkel Kaligrafi atau pun juga
dikenali sebagai seni menulis khat dengan meggunakan alatan-alatan yang tertentu.
Kaligrafi terbahagi kepada enam jenis iaitu Nasakh, Tsuluth,
Diwani, Riq’ah farisi dan Kufi.
Para
peserta sedang dilatih untuk melakukan pengucapan awam.
|
Bengkel ini banyak membincangkan peranan dan
penggunaan kaligrafi dalam menjaga ketamadunan Islam. Setiap jenis kaligrafi mempunyai
cara penggunaannya yang tersendiri dan peranan yang berbeza; daripada menulis
ulang al-Quran sehinggalah menulis surat kepada seorang raja.
Bengkel terakhir bagi hari kedua ialah bengkel Sony Vegas Pro. Para peserta diberikan pendedahan
tentang fungsi-fungsi tombol bagi
kegunaan menyunting video. Slot ini dihadiri oleh ramai peserta yang
berminat untuk mengetahui cara-cara yang betul bagi mencipta video dan
menambahkan effect kepada video tersebut.
No comments:
Post a Comment