PERUTUSAN AIDILFITRI
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR
JOHOR DI MESIR 2017M/1438H
اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ كَبِيرًا.
الۡحَمۡدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبۡحَانَ اللَّهِ بُكۡرَةً وَأَصِيلًا. نَحۡمَدُهُ سُبۡحَانَهُ وَتَعَالَى حَمۡدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ
مَزِيدَهُ. يَا رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ كَمَا يَنۡبَغِي لِجَلَالِ وَجۡهِكَ وَعَظِيمِ سُلۡطَانِكَ.
أَمَّا بَعدُ.
فَيَا عِبَادَ اللَّهِ اتَّقُوا اللَّهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ الزَّادِ التَّقۡوَىٰ. فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ.
Wahai
hamba Allah SWT..
Bertaqwalah kepada Allah SWT dengan mengikut segala perintahNya
dan meninggalkan segala larangannNya dan carilah bekalan. Maka sesungguhnya
sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah SWT. Maka bertaqwalah
kepada Allah SWT wahai mereka yang mempunyai aqal fikiran supaya kamu Berjaya
di dunia dan di akhirat.
Sahabat
dan Sahabiah, Ahli-ahli Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir serta
seluruh anak-anak Johor yang dikasihi sekalian,
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat
kita bersama dalam sebulan Ramadan menjadi tetamu Allah SWT. Bulan yang dihidangkan
dengan pelbagai makanan jasadiah,
aqliyah dan ruhiyah bagi membina diri menjadi beriman yang sempurna dan
bertaqwa.
Hari ini kita menyambut hari raya Aidilfitri setela
sudah menunaikan ibadat puasa selama sebulan yang juga merupakan salah satu
daripada rukun-rukun Islam. Yang terpenting adakah kita telah berusaha untuk
mencapai tujuan berpuasa yang telah dinyatakan oleh Allah SWT dengan FirmanNya
:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن
قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٨٣ [سورة البقرة : ١٨٣]
Maksudnya
: Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sepertimana di
wajibkan ke atas orang-orang yang lebih terdahulu daripada kamu supaya kamu
bertaqwa.
Maka perlu diketahui bahawa antara sifat orang yang
bertaqwa adalah menjadikan al-Quran itu sebagai sebenar-benar petunjuk bahkan
panduan dalam kehidupan sebagaimana Firman Allah SWT :
ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢ [سورة البقرة : ٢]
Bermaksud : Kitab (Al-quran) ini tidak ada syak lagi
menjadi petunjuk kepada orang-orang bertaqwa.
Kitab Al-Quran inilah menjadi petunjuk ke jalan yang
betul yang diminta dalam bacaan Al-Fatihah yang menjadi rukun dalam semua
sembahyang. Sama ada wajib atau sunat, termasuk sembahyang jenazah yang tidak
ada rukuk dan sujud.
Jalan yang betul yang dinyatakan di dalam Al-quran
hendaklah mengikut cara dan petunjuk daripada Rasulullah SAW yang dipilih Allah
sebagai rasul kepada seluruh manusia akhir zaman ini. Perkara ini hanyalah
diterima dan diamalkan oleh orang-orang yang bertaqwa sahaja. Mereka yang
menjadikan Al-quran itu petunjuk kepada semua perkara dalam urusan kehidupannya
sama ada perkara ibadat berhubung dengan Allah SWT dan juga urusan yang berhubung
kehidupan di dunia semuanya. Tidaklah menjadikan Al-quran itu petunjuk dalam
sebahagian urusan sahaja atau memilih sebahagian dan menolak sebahagian yang
lain.
Allah telah memberi amaran yang sangat keras kepada
kaum yahudi bani Israil yang tidak menerima semua perkara daripada kitab Allah
SWT supaya menjadi pengajaran kepada kita semua, iaitu firman Allah SWT :
أَفَتُؤۡمِنُونَ بِبَعۡضِ
ٱلۡكِتَٰبِ وَتَكۡفُرُونَ بِبَعۡضٖۚ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفۡعَلُ ذَٰلِكَ مِنكُمۡ
إِلَّا خِزۡيٞ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ يُرَدُّونَ
إِلَىٰٓ أَشَدِّ ٱلۡعَذَابِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ ٨٥ أُوْلَٰٓئِكَ
ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا بِٱلۡأٓخِرَةِۖ فَلَا يُخَفَّفُ
عَنۡهُمُ ٱلۡعَذَابُ وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ ٨٦ [سورة البقرة : ٨٥-٨٦]
Maksudnya
: Adakah kamu beriman (percaya) kepada sebahagian daripada kitab dan kamu kufur
(tidak percaya) kepada sebahagian yang lain, maka tidak ada balasan bagi mereka
berbuat begitu melainkan hidup di dunia dan pada hari akhirat nnti dimasuki ke
dalam Azab yang sangat pedih (di dalam neraka) dan Allah tidak lalai daripada
apa yang telah kamu lakukan. Mereka itu ialah orang-orang yang membeli
kehidupan dunia sahaja dengan membayar (meninggalkan bekalan) kehidupan di hari
akhirat. Maka tidaklah diringankan daripada azab (neraka dan azab dunia ) dan
Allah tidak memberi pertolongan kepada mereka.
Hadirin
dan Hadirat yang dirahmati Allah SWT,
Pada hari ini di tanah air kita terdapat golongan
orang-orang yang berusaha supaya hukum Allah SWT diamalkan dengan sepenuhnya
yang mana perkara tersebut menepati apa yang terdapat di dalam Al-quran dan
Sunnah Rasulullah SAW. Syariat yang pernah dilaksanakan dahulunya akan tetapi
telah dibuang oleh penjajah sejak sekian lama abadnya. Walaupun tanah air kita
telah berjaya meletakkan di dalam perlembagaan melalui rundingan bahawa islam
adalah agama rasmi bagi negara, tetapi di dalam perlembagaan itu juga masih ada
halangan-halangan yang menyekat kuasa dan hukum-hukum Islam. Diantaranya ialah
perkara yang disebut dengan akta 355 daripada perlembagaan negara yang
menjadikan mahkamah syariah bagi pengadilan orang-orang Islam disekat kuasanya.
Ini adalah ujian Allah SWT kepada orang Islam di
negara kita ini, sejauh manakah kepercayaan kita kepada syariat Allah SWT.
Ingatlah firman Allah SWT di dalam Al-quran :
وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم
بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن
يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ
أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا
مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ ٤٩ أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ
أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ ٥٠ [سورة المائدة : ٤٩-٥٠]
Maksudnya
: Dan hendaklah kamu berhukum di kalangan kamu dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah SWT dan jangan sekali-kali mengikut segala kemahuan hawa nafsu
mereka. Dan berwaspadalah kamu daripada tipu daya mereka supaya kamu
meninggalkan sebahagian daripada apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada
kamu. Maka jika sekiranya mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah SWT
hendak mengenakan kepada mereka sebahagian daripada dosa-dosa mereka dan
sesunguhnya ramai kalangan manusia itu menjadi orang0orang yang fasik. Adakah
mereka mahukan hukuman jahiliah? Padahal siapakah yang lebih baik hukumannya
daripada Allah SWT dari segi hukuman nya kepada orang-orang yang
yakin(percaya).
Para
kekasih Allah SWT sekalian,
Di bulan Ramadan, Allah SWT telah mendidik kita dengan
ibadah puasa dengan meninggalkan makan minum dan kemahuan hawa nafsu yang
dihalalkan di waktu siang hari pada bulan-bulan yang lain. Tujuannya adalah
supaya kita sedar akan hakikat kehidupan manusia yang merupakan hamba kepada
tuhannya. Kita menjadi manusia dengan adanya aqal fikiran mencari ilmu dan
pengenalan hidup. Juga rezeki harta dan kemahuan adalah pemberian Allah SWT.
Kita adalah hamba-hambaNya. Maka hendaklah memperhambakan diri kepadaNya menandakan
kesyukuran kepadaNya. Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ
رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
٢١ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فِرَٰشٗا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءٗ وَأَنزَلَ
مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَخۡرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزۡقٗا لَّكُمۡۖ
فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادٗا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٢٢ [سورة البقرة : ٢١-٢٢]
Maksudnya
: Wahai manusia , sembahlah (Perhambakan diri kamu) kepada tuhan yang telah
menjadikan kamu dan orang-orang yang lebih dahulu daripada kamu supaya kamu
bertaqwa. Dialah yang telah menjadikan bumi untuk kamu seperti hamparan yang
tetap dan menjadikan langit seperti binaan. Lalu dia menurunkan daripada langit
itu air hujan, maka keluar daripadanya buah-buahan yang menjadi rezeki kepada
kamu. Maka janganlah kamu jadikan bersama Allah itu sekutu-sekutu yang sama
sepertinya dalam keadaan kamu mengetahuinya.
Alhamdulillah…
Di malam yang mulia ini juga kita bertakbir memuliakan
Allah dengan mengulang-ulang peristiwa Ahzab dengan menyebut lafaz :
وَهَزَمَ
الأَحۡزَابَ
وَحۡدَهُ
(Maksudnya): Dan Allah membinasakan
kumpulan Ahzab dalam keadaannya Maha Esa.
Allah yang Maha Esa telah mengalahkan
barisan pakatan kumpulan kafir musyrikin. Golongan ahli al-kitab (yahudi) dan
orang-orang munafiq yang berjuang menghalang Islam itu supaya ditinggikan dan
berusaha menghapuskan Islam dengan berbagai tipudaya. Ia menginggatkan kita
pada hari itu juga adanya kumpulan ahzab campuran musyrikin, ahli kitab dan
orang-orang munafiq yang mengaku Islam.
Tindakan Rasulullah s.a.w. memilih cara memaafkan
dan perdamaian menyebabkan akhirnya mereka yang bermusuh itu menerima Islam.
Inilah petunjuk Allah didalam al-Quran :
ٱدۡعُ
إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلۡهُم
بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ
وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ ١٢٥ [سورة النحل : ١٢٥]
(Maksudnya) : Berdakwahlah (serukan) kepada
jalan tuhanmu (Islam) dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik, dan berhujah
dengan mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya tuhan kamu lebih
mengetahui sesiapa yang terus sesat daripada jalannya dan dia juga lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat hidayahnya.
Mahasiswa/wi Al-Azhari sekalian,
Di dalam kita menikmati hidup di bumi
anbia’ ini, ditambah dengan nikmat kesatuan hati dalam BKPJM ini. Marilah kita
memperkuatkan ukhuwah sesama kita dengan melaksanakan gerak kerja Amal Islami
yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Setiap amalan kita dengan tujuan
meninggikan syariat Allah SWT itu di nilai di sisiNya sebagai pahala dan kejayaan
yang amat besar balasanNya. Firman Allah SWT:
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى
الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ
هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara
kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menuruh berbuat segala perkara
yang maaruf (baik), serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)
dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang Berjaya.
Dengan itu marilah kita terus menjadikan BKPJM
sebagai wadah kesatuan anak-anak Johor di perlembahan nil ini. BKPJM bersama
dengan Badan kebajikan Anak Negeri yang lain, lantas ini memberikan satu nikmat
yang sangat besar kepada kita untuk melakukan segala perkara kebaikan yang di
redhai oleh Allah SWT. Semoga perkara tersebut diterima sebagai amalan baik olehNya.
Sahabatku yang dirahmati Allah SWT
sekalian,
Di bulan Syawal yang berbahagia ini
hendaklah kita saling mengingati akan betapa besarnya nikmat persaudaraan yang
dianjurkan di dalam Islam. Tanda iman seseorang ialah dia kasih kepada saudara
seagama dengannya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasulullah
SAW :
لَا يُؤۡمِنُ أَحَدُكُمۡ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحَبُّ لِنَفۡسِهِ. [رواه البخاري]
Bermaksud : Tidak beriman seseorang kamu
sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya
sendiri.
Akhirnya, saya Muhammad Arif Bin Hamzah
mewakili kepimpinan BKPJM menyusun 10 jari memohon kemaafan zahir dan batin
sekiranya sepanjang kami memandu bahtera kesatuan ini terdapat kesalahan dan
kesilapan di dalam tindakan mahupun tutur bicara samada sengaja mahupun
sebaliknya. Tegur dan perbetulkan kami jika kami melakukan kesilapan dan sokong
dan dokonglah kami apabila kami melaksanakan kebaikan.
Di kesempatan ini, kami juga ingin
mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah.
كل عام وانتم بالخير
تقبل الله منا جميعا
#Sesuci Ramadan Seindah Syawal
#Kebersamaan Mengukuh Kesatuan
Sekian, Terima kasih.
ما أصابك من حسنة فمن الله وما أصابك من سيئة فمن
نفسي. أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم وبالله التوفيق
والهداية السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
No comments:
Post a Comment