RABAAH, 21 MAC 2017 – Majlis pembacaan
hadis dalam program IQ ’17 berjaya menarik sejumlah besar kehadiran mahasiswa
Malaysia di Mesir. Bukan sahaja anak-anak-anak Johor malah berjaya menarik
kehadiran warga Malaysia yang lain. Majlis pembacaan hadis ini membuka kitab
‘Sahih Bukhari’ dalam kitab fitnah yang dibacakan oleh Syeikh Rif’at Fauzi bin
Abdul Mutalip. Syeikh telah membaca mensyarahkan sebanyak 10 bab dalam kitab
fitnah tersebut. Syeikh turut mengingatkan kepada semua pelajar agar sentiasa
berwaspada dengan fitnah-fitnah akhir zaman.
“Seronoknya
jika program IQ ini dapat dianjurkan pada setiap tahun”. Ujar salah seorang
peserta yang hadir dalam majlis tersebut. Hadirin dan hadirat yang hadir juga
dilihat begitu teruja dan bersemangat dengan kehadiran syeikh dengan
bertanyakan pelbagai soalan-soalan yang berkaitan dengan fitnah akhir zaman. –
al-Jauhar.
" KEBERSAMAAN MENGUKUH KESATUAN "
" MEMBENTUK GENERASI MITHALI "
" KEBERSAMAAN MENGUKUH KESATUAN "
" MEMBENTUK GENERASI MITHALI "
No comments:
Post a Comment