SETIAUSAHA IJTIMA' FIKRI '17
19 - 21 Mac 2017 - Ijtima’ Fikri ’17 (IQ ’17) anjuran Badan
Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir yang berlangsung selama 3 hari di
Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah telah menyediakan pelbagai pengisian yang
menarik. Istimewanya, pengisian dan thaqafah yang telah disusun khas buat mahasiswa
dan mahasiswi Johor di Perlembahan Nil menampilkan pengisi-pengisi hebat dalam
bidangnya. Pengisian-pengisian yang mencakupi pelbagai bidang ilmu ini juga
mendapat sambutan baik di kalangan mahasiswa Johor di Mesir. Pengisian pada
hari pertama bertajuk ‘Evolusi Pemikiran dan Kepercayaan Menurut Manhaj Ahli
Sunnah Wal Jemaah’ telah disampaikan sendiri oleh Ustaz Adam Bin Ibrahim selaku
Pegawai Atase Pendidikan Negeri Johor. Pengisian ini menyentuh berkaitan aqidah
dan kepercayaan sepanjang sejarah dunia Islam.
Antara pengisian lain yang dimuatkan
dalam IQ ’17 ini ialah slot yang disampaikan oleh Ustaz Zahari Bin Ali
berkaitan ‘Ghazwah Rasulullah SAW’. Beliau memberi pengisian melalui pendekatan
bercerita sirah secara santai telah berjaya membangkitkan semangat para peserta
dalam mencontohi perjuangan Rasulullah SAW. Secara keseluruhannya IQ’ 17
memuatkan sekurang-kurang 5 bidang ilmu iaitu Tauhid, Sirah, Fiqh, Faraid dan
Hadis.-Al-Jauhar-
No comments:
Post a Comment