OLEH : MUHAMMAD ZAHID MOHAMAD NOR
SETIAUSAHA URUS SETIA MAHASISWA BARU (USMB) 2017
KAHERAH, 20 April 2017 - Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi
Baru (USMB) Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir pada tahun ini telah
menyambut ketibaan mahasiswa baru pada 15 dan 16 April yang lalu di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kaherah. Jumlah besar mahasiswa/wi yang tiba pada tahun
ini ialah seramai 101 orang berbeza dengan bilangan tahun-tahun sebelum ini.
Mereka telah diterbangkan dengan dua sesi penerbangan berasingan iaitu pada 15
April seramai 30 orang manakala pada 16 April seramai 71 orang. Semua
mahasiswa/wi yang bakal menyambung pengajian dalam Fakulti Pengajian Islam di
Universiti Al-Azhar ini adalah dibawah seliaan pengurusan Majlis Agama Islam
Negeri Johor (MAINJ).
Kedatangan mahasiswa/wi
ini telah diiringi sendiri oleh pegawai-pegawai MAINJ yang diketuai oleh YB
Dato' Haji Hashim bin Yahya selaku Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Ketibaan mereka serta rombongan delegasi MAINJ telah disambut mesra oleh Ustaz
Adam bin Ibrahim selaku Pegawai Atase Pendidikan Negeri Johor di Mesir. YDP dan
Ketua Hewi BKPJM serta beberapa pimpinan dan ahli jawatankuasa pelaksana USMB
BKPJM turut sama menyambut ketibaan mereka sekitar jam 5.00 petang waktu
tempatan. Seterusnya mereka telah dibawa ke Asrama Pelajar Johor Rabaah dan
disana para aktivis BKPJM dan anak-anak Johor di Mesir telah turut bersama
turun padang membantu mengangkat bagasi dan beg para mahasiswa/wi baru ke bilik
penempatan masing- masing.
Para mahasiswa/wi ini
juga dimaklumkan akan menduduki Imtihan Qobul pada akhir April ini bagi menentukan
peringkat mustawa markaz bahasa sebelum memasuki pengajian tahun 1 fakulti
pengajian Islam, Universiti Al-Azhar. Semoga mereka beroleh kejayaan yang
cemerlang dan akan bersungguh- sungguh dalam menuntut ilmu di bumi Mesir yang
barakah ini. - al-Jauhar.
“ KEBERSAMAAN MENGUKUH KESATUAN “
“ MEMBENTUK GENERASI MITHALI “
No comments:
Post a Comment