Oleh
:Ustazah Nurul Fadhilah Mohd Jais
(Setiausaha
Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM 2016/2017)
KAHERAH, 15 Disember 2016 - Unit Pengetahuan dan Bimbingan
BKPJM 16/17 dengan kerjasama Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2016/2017
telah menganjurkan program “Bengkel Persediaan Imtihan” sempena imtihan fasa 1
yang telah berlangsung di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Baitul Ridzuan(Wisma
B).Bengkel yang melibatkan semua lapisan anak-anak Johor dan Perak di Mesir ini dianjurkan bersempena
dengan imtihan fasa 1 yang hampir tiba.
Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi
penerangan kepada mahasiswa/wi berkaitan teknik menjawab peperiksaan Universiti Al-Azhar dan sebagai persediaan
kepada mahasiswa/wi dalam menduduki peperiksaan dengan pendedahan berkenaan
penggunaan uslub bahasa Arab.Bengkel ini juga dianjurkan untuk memberi semangat
dan motivasi kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi imtihan di samping merapatkan
ukhuwah di kalangan mahasiswa/wi Mesir.
Bengkel dimulakan dengan slot yang menerangkan tentang
kaedah pembacaan kitab, cara membuat ayat Bahasa arab dengan baik dan lain-lain
lagi yang telah disampaikan oleh Ustazah Ulfatun Nadzirah Binti Tugiman Razaq. Antara intipati pengisian beliau ialah teknik
menjawab soalan dengan baik antaranya merujuk soalan-soalan yang lepas, mengenalpasti
bilangan soalan dan mengingati tajuk soalan.Tambahannya lagi, ikhlas dalam menuntut ilmu dengan berniat
kerana Allah Taala dan berterusan melaksanakan amal. Tips yang paling penting dalam menuntut ilmu
ialah faham dan ikhlas akan matlamat
utama dan menyeru kepada orang lain, melazimi diri untuk sentiasa hadir ke
kuliah dan tolong menolong antara satu
sama lain.
Program ini seterusnya
diakhiri dengan ucapan oleh Ustaz Muhammad Arif Bin Hamzah, YDP BKPJM 16/17 dan
Ustaz Khairul Naim Bin Abdul Razak, YDP KPIPM 16/17. Antara isi ucapan kedua-dua YDP ialah yakin
dengan Allah,fokus pada usaha, sentiasa memberi manfaat pada diri dan orang
lain dan sentiasa mendoakan kejayaan sahabat-sahabat yang lain.-Wartawan BKPJM-
“
KEBERSAMAAN MENGUKUH KESATUAN “
“ MEMBENTUK
GENERASI MITHALI “
No comments:
Post a Comment