(Timbalan Unit Dakwah BKPJM 2016/2017)
KAHERAH,12 DISEMBER
2016 (ISNIN) – Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM 2016/2017 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan
Negeri Johor telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul di Dewan Asrama Pelajar
Johor,Hayyu Thamin.Antara objektif sambutan ini dianjurkan adalah untuk
melahirkan perasaan kasih sayang terhadap Rasulullah SAW dan menghayati sirah
perjuangan baginda dalam berdakwah.
Program bermula pada
jam 4.00 petang dan disambut penuh meriah dengan kehadiran lebih 150 anak-anak
Johor yang mengalunkan Selawat,Qasidah dan bacaan Maulid Dibaie yang memuji
junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Usai solat Isyak berjemaah,majlis sambutan
diteruskan dengan ucapan Ustaz Muhammad Arif Bin Hamzah selaku Yang Di-Pertua
BKPJM dan ucapan Ustaz Khairi Bin Jalaluddin,Pegawai Atase Pendidikan Negeri
Johor.Setelah itu,majlis diteruskan lagi dengan Ceramah Maulidur Rasul yang
telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ariff Bin Haron.Mantan YDP BKPJM
2015/2016 ini telah menyampaikan ceramah dengan tajuk “Ukhuwah Islamiah Asas
Penyatuan Ummah “ yang bertepatan dengan tema Maulidur Rasul peringkat
kebangsaan bagi tahun 1438H.Antara isi ceramah beliau adalah dengan menyebutkan
tentang akhlak Rasulullah SAW dalam perjuangan yang sentiasa sabar dalam
menghadapi mehnah dan ujian.Baginda meminta pertolongan dan hanya bergantung
harap semata-mata kepada Allah SWT.
Alhamdulillah,majlis
telah berakhir pada sekitar jam 9 malam dengan sedikit jamuan yang
disediakan.Semoga program ini dapat melahirkan generasi khairul ummah yang
mampu untuk meneruskan perjuangan Nabi Muhammad SAW dan menjadikan beliau
sebagai uswatun hasanah dalam menjalani kehidupan seharian.-Wartawan BKPJM-
“ KEBERSAMAAN MENGKUH KESATUAN “
“ MEMBENTUK GENERASI MITHALI “
No comments:
Post a Comment