Showing posts with label Berita HEWI. Show all posts
Showing posts with label Berita HEWI. Show all posts

Tuesday, April 18, 2017

SISWI GATHERING 2.0 : MERIBAT UKHUWAH KEKELUARGAAN



OLEH : NORDIYANA BINTI MOHD AKHIR
SETIAUSAHA JABATAN FASILITATOR,UNIT DAKWAH DAN TARBIAH BKPJM 16/17

KAHERAH, 9 April 2017 - Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir di bawah Jabatan Fasilitator, Unit Dakwah dan Tarbiah HEWI BKPJM dengan kerjasama Lajnah Kebudayaan, Keseniaan dan Sukan HEWI BKPJM 2016/2017 telah mengadakan program usrah gabungan bagi semua peringkat mahasiswi Johor di bumi Mesir yang bertempat di Asrama Pelajar Johor Rabaah (APJ4).

Antara aktiviti menarik yang telah diadakan ialah : J-Robik, Siapa Dia, Bowling Air, Grow Your Mind dan tazkirah maghrib bertajuk 'Pemuda Ashabul Kahfi' yang telah disampaikan oleh wakil naqibat iaitu Ustazah Siti Fatimah Binti Saidan serta persembahan nasyid oleh Soutul Jauharah.

Objektif program ini diadakan adalah untuk menjayakan usrah gabungan setiap peringkat dan membina tautan ukhwah sesama anak Johor serta menambahkan thaqafah sesama ahli. Semoga program ini dapat memberikan kefahaman Islamiah sekaligus mengukuhkan ikatan ukhuwah Islamiah dalam kalangan mahasiswi Johor.

“ KEBERSAMAAN MENGUKUH KESATUAN “

“ MEMBENTUK GENERASI MITHALI “

Friday, December 16, 2016

BERITA HEWI : JAULAH SEKITAR TAMAN-TAMAN SYURGA PARA AULIYA’



Disediakan Oleh : Ustazah Solihah Binti Rosli
(Unit Sambutan dan Rehlah,Lajnah Kebudayaan,Kesenian dan Sukan HEWI BKPJM 2016/2017)

KAHERAH, 14 DISEMBER 2016 – Unit Sambutan Dan Rehlah HEWI BKPJM 2016/2017 telah menganjurkan Jaulah Maqam Di Sekitar Kaherah pada hari Ahad, 11 Disember 2016 yang lalu dengan jayanya. Peserta yang turut serta bersama adalah seramai 37 orang siswi beserta 2 orang musyrif siswa.

Jaulah makam di sekitar Kaherah ini diadakan bersempena imtihan yang bakal menjelang tiba yang bertujuan untuk meneroka bumi Musa A.S dan bumi para Auliya’ ini.Di samping itu, jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli BKPJM serta menghayati ibrah dan sirah para auliya’ terdahulu. Selain itu, ahli dapat memahami perjuangan para salafussoleh terutamanya kesungguhan para ulama’ dalam menuntut ilmu dan sekaligus mengingatkan kita bahawa kematian itu pasti dan hampir.

Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 12 jam bermula pada jam 8.15 pagi dan tiba semula di APJ4 pada jam 8 malam.Makam pertama yang kami lawati adalah makam Syeikh Soleh Al-Jaafari dan perjalanan terakhir kami di Jabal Muqattam.Sebanyak 38 buah makam yang telah kami lawati, dan di setiap makam yang kami singgah telah diberi penerangan secara ringkas oleh Ustazah Hanisah Bin Abd Rani Dan Ustazah Siti Norfatihah Binti Mohamad Anuar.

Semua peserta dilihat puas dengan pengisian jaulah yang dianjurkan pada kali ini dan dilihat semakin bersemangat setelah mengetahui sejarah berkenaan kembara ilmu para Ulama’ terdahulu di perlembahan Nil ini.Semoga jaulah kali ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat peserta yang turut serta dalam menjayakannya. 

" MEMBENTUK GENERASI MITHALI "

Tuesday, August 30, 2016

SPORT DAY MENCUNGKIL BAKAT MAHASISWI JOHOR DALAM SUKAN




Sport Day Mencungkil Bakat Mahasiswi Johor dalam Sukan
Kaherah, 27 Ogos 2016 -Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI) Bkpjm 2015/2016 di bawah Unit Perumahan Hewi (Lajnah Kebudayaan,Kesenian dan Sukan) telah mengadakan Sport Day bertempat di Nadi Syabab Hayyu Sadis.Program ini diadakan bertujuan mencungkil bakat dan kemahiran terpendam yang dimiliki oleh mahasiswi Johor dalam arena sukan.Di samping itu ianya diadakan bagi mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswi Johor dan memupuk semangat kesukanan dikalangan mahasiswi Johor sekaligus dapat memanfaatkan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah.
Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan dalam program ini seperti Dodgeball,Netball dan Skipping Giant.Program bermula sekitar jam 3.00 petang dengan acara warm up terlebih dahulu.Kemudian diteruskan dengan pembahagian kumpulan dan penerangan bagi setiap permainan kepada para peserta sebelum bermulanya permainan Dodgeball,Netball dan Skipping Giant.Seramai 27 orang mahasiswi Johor telah turun padang bagi menjayakan program sukan ini termasuk mahasiswi baru.Program diakhiri dengan kalam penutup oleh Ustazah Siti NorFatehah Binti Mohd Anuar selaku pemangku Unit Perumahan(Lajnah Kebudayaan,Kesenian dan Sukan Hewi) 2015/2016 dan sesi bergambar mahasiswi pada pukul 5.30 petang.
Akhirnya,Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI BKPJM 2015/2016) berharap dan menyeru kepada semua mahasiswi Johor untuk turut serta bersama menyertai program yang akan dianjurkan oleh BKPJM seperti program sukan ini pada masa akan datang kerana akal yang sejahtera itu juga datangnya daripada tubuh badan yang sihat. Tambahan pula, mafhum hadis turut menyatakan “Mukmin yang kuat itu lebih dicintai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah”. saMoga dengan terlaksana program sukan yang lebih bersifat ‘outdoor’ ini dapat mengasah bakat yang dimiliki oleh mahasiswi Johor untuk lebih kehadapan pada masa akan datang dalam sukan dan mengeratkan ukhuwah yang telah terbina antara mahasiswi Johor.Wa Allahu A’lam.
“MAHASISWI RABBANI DAN BERKETERAMPILAN”

Tuesday, March 8, 2016

Hari Wanita Sedunia : Keizzahan Wanita Dalam Islam



HARI WANITA SEDUNIA : KEIZZAHAN WANITA  DALAM ISLAM

Tanggal 8 Mac 2016 merupakan tarikh yang telah terpilih untuk menyambut Hari Wanita Sedunia bagi meraikan kehadiran  & sumbangan para wanita.Hari Wanita Sedunia yang disambut pada hari ini bertemakan global iaitu ‘Janji Untuk Kesamarataan’ atau dalam istilah bahasa Inggeris ialah ‘Pledge For Parity’. Sambutan ini telah disambut & diterima oleh sebahagian wanita di dunia akan kewujudan entiti hak & tanggungjawab seorang wanita.

Walau bagaimanapun, kita sebagai insan bergelar wanita Islam perlulah menyedari & memahami bahawasanya kita meraikan Hari Wanita ini sebagai memperingati betapa istimewanya hak wanita yang telah diberikan oleh Allah SWT dalam Islam dan bukannya meraikan kejayaan menuntut hak sebagai seorang wanita. Para ulama telah banyak menulis buku dan melakukan perbahasan berkaitan ketinggian kedudukan dan hak wanita dalam Islam. Kedudukan wanita dalam Islam boleh dilihat dari dua sudut dan perspektif yang berbeza iaitu:

11) Dari perspektif kemanusiaan: Ini membincangkan kedudukan wanita dalam Islam yang memiliki kriteria-kritiria manusia seperti juga lelaki
22) Dari perspektif kewanitaan: Ini membincangkan  keadaan wanita yang membezakannya dengan lelaki dengan ciri-ciri khas kewanitaannya.

Lalu Islam memberi wanita hak kemanusiaan secara kukuh & menjaga kriteria-kriteria kewanitaannya secara sempurna tanpa mengabaikan kedua-duanya. Hujah ini dikuatkan lagi dengan kalam daripada Ustaz Al-Bahi Al-Khauli dalam karangan beliau yang bertajuk ‘Al-Islam Wa Al Mar’ah Al-Mua’shirah’ bahawa Islam telah meletakkan kedudukan wanita sama sahaja dengan lelaki dalam seluruh hak dan kewajipan sebagai manusia.Islam juga tidak mengabaikannya dari keadaan fitrah semulajadinya dan tidak melampaui yang telah digariskan oleh alam bagi seorang wanita.Selain itu,nas-nas dari Al-quran juga mengukuhkan lagi pandangan Islam terhadap wanita yang memberinya kedudukan yang sangat tinggi,mulia & terhormat diantaranya ialah:

Maka tuhan mereka memperkenankan permohonannya( dengan berfirman):
‘Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu,baik laki-laki atau perempuan kerana sebahagian kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain
(Surah Al-Imran :195)

Sekiranya kita selusuri sejarah serta kisah srikandi Islam terdahulu,keizzahan wanita telah pun terlihat melalui kehidupan srikandi Islam seperti Hawa,Siti Hajar,Balqis,Zulaikha,Sumayyah & lain-lain.Keizzahan wanita Islam juga telah terbukti melalui biografi Nabi Muhammad s.a.w yang penuh dengan puluhan ribu wanita hebat bermula daripada bonda beliau sendiri iaitu Siti Aminah,Siti Khadijah,Aishah dan semua ummahatun mukminin,Fatimah & adik beradik perempuannya serta ibu-ibu susuan,ibu saudara & para sahabiyyah seluruhnya.Di dalam Al-quran juga Allah telah mengangkat keizzahan wanita dengan tercatatnya nama-nama serta kisah srikandi Islam yang boleh dijadikan sebagai ikutan & pengajaran buat wanita zaman ini seperti Saidatina Mariam,Asiah,Safiah dan lain-lain.Dalam Islam juga, hukum & tatacara berkaitan wanita & hak telah dijelaskan dengan terperinci dalam surah An-Nur & An-Nisa’.

Kesimpulannya,jelaslah bahawa kini yang menjadi perbahasan adalah soal perlaksanaan bukannya undang-undang,hukum & tuntutan hak kerana Islam telah lama mengangkat keizzahan wanita dalam pelbagai aspek semenjak dahulu lagi.Maka diri kita sebagai wanita perlulah faham betapa pentingnya menjaga keizzahan yang telah dianugerahkan dari Ilahi seterusnya berusaha menyebarkan manfaat di dunia buat diri,keluarga serta masyarakat untuk syiar Islam.Buat lelaki,ucapkan terima kasih juga buat insan-insan bergelar wanita yang telah banyak berjasa di sekeliling kalian terutama ibu kerana mereka merupakan madrasah pertama setiap anak-anak.Ketahuilah wanita,muliamu kerana Islam maka berbahagialah.Selamat Hari Wanita Antarabangsa.WaAllahu’Alam.


‘MAHASISWI RABBANI & BERKETERAMPILAN’

Wednesday, December 30, 2015

Jejaki Dunia Tarbawi ( JDT ) Akhawat

JEJAKI DUNIA TARBAWI (JDT) AKHAWAT



KAHERAH, 12 Disember 2015 – Unit Sambutan Dan Rehlah HEWI Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah menganjurkan ziarah maqam auliya’untuk adik-beradik akhawat BKPJM.
   Seawal jam 6.30 pagi, akhawat mula berkumpul di Asrama Pelajar Johor Rabaah dan perjalanan bermula pada jam 7.15 pagi. Banyak maqam yang dapat dikunjung di sekitar Kaherah ini, antaranya maqam Imam Syafiee, maqam Sayyidah Nafisah dan banyak lagi . Setiap maqam yang diziarahi telah diberi penerangan ringkas oleh Ustazah Haslinda, Ustazah Hanisah dan Ustaz Ainuddin. Ziarah makam ini diakhiri dengan melihat pemandangan yang cantik di Jabal Mukhattam. Pada jam 7 malam semua akhawat Johor selamat tiba di Asrama Pelajar Johor Rabaah.
 Dengan adanya program seperti ini dapat menambahkan thaqafah berkaitan sejarah setiap makam dan mengeratkan lagi ukhuwah dikalangan ahli serta boleh diteruskan pada masa akan datang. -aljauhar-



Monday, December 14, 2015

Senarai Nama Musyrif sesi 2015 - 2016






Berikut adalah senarai nama musyrif yang telah dilantik oleh
Unit Kebajikan & Kemanusiaan sesi 2015/2016.
Sebarang permasalahan boleh merujuk kepada :

* Ustaz Norhalim Bin Lokman ( +201204792685 )
* Ustazah Siti Norfatihah Binti Mohd Anuar ( +201209792753 )

Kempen Pelancaran Jom Musyrif

KEMPEN PELANCARAN JOM MUSYRIF



KAHERAH,6 NOV- Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di  Mesir (BKPJM) 14/15  dibawah Unit Kebajikan dan Kemanusiaan  telah menganjurkan satu program yang diberi nama ‘JOM MUSYRIF’. Antara objektifnya ialah membantu  dan juga menjaga keselamatan dalam  kalangan ahli. ‘KEMPEN JOM MUSYRIF’ telah dirasmikan oleh Yang diPertua BKPJM, saudara Usamah Bin Aris.
                  Antara pengisian yang disusun oleh pihak penganjur ialah penerangan etika musyrif yang disampaikan oleh saudara  Wan Mohd Aniq Azizi Fitri Bin Zainudin dan Ustaz Muhammad  Arif Bin Haron  dan sesi soal jawab mengenai masalah musyrif dalam kalangan ahli serta jualan button ‘JOM MUSYRIF’.

            Akhirnya, majlis melabuhkan tirai dengan penyerahan watikah perlantikan kepada barisan musyrif yang telah dilantik. Diharapkan dengan berlangsungnya program ini, dapat membina satu sifat kerjasama dan  toleransi dalam kalangan ahli serta  dapat menjaga kebajikan ahli di Ardhu Kinanah ini.

Isu Dakwaan Berlaku Penipuan Bayaran Asrama Di Kaherah




KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR
14 JULAI 2015

ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH

Mesyuarat Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pada hari ini yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad ‘Asri Bin Mohd Salim Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2014/2015 telah mengambil beberapa pertimbangan dalam isu berkenaan dengan dakwaan berlaku penipuan bayaran asrama di Kaherah yang telah tersebar berikutan kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah dan Palestin bertarikh pada 13 Julai 2015 dan telah mencapai kesepakatan seperti berikut :
       Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) menafikan berlaku penipuan sebagaimana yang dilaporkan sepanjang pengurusan BKAN kepada pelajar-pelajar baru ke Mesir setiap tahun. Pengurusan yang dilaksanakan di peringkat BKAN berjalan dengan telus dan dipantau dari semasa ke semasa oleh Yang Dipertua BKAN.­­

       BKAN memohon pihak kedutaan agar memberikan penjelasan jelas dan terperinci berkaitan dakwaan yang berlaku. Justeru kenyataan umum yang dikeluarkan itu telah menimbulkan pelbagai persepsi yang kurang baik kepada BKAN dan telah mewujudkan suasana yang tidak selesa dalam kalangan ahli BKAN terutama di laman-laman sosial.

       BKAN bersetuju akan menyusun satu pertemuan khas dengan pihak Duta Besar Malaysia ke Kaherah dan Palestin untuk menuntut penjelasan lanjut berkaitan perkara tersebut.

       BKAN menasihatkan seluruh ahli agar bertenang dan tidak menimbulkan sebarang provokasi di laman-laman sosial dan tidak mengambil tindakan melulu.


ANAS BIN MOHD BHUKHARI (YANG DIPERTUA BKASM)
MOHAMMAD BIN MOHAMAD ZIN (YANG DIPERTUA KPKM)
SYAHID SYAMIL BIN RAMLI (YANG DIPERTUA BKMIP)
USAMAH BIN ARIS      (YANG DIPERTUA BKPJM)
AHMAD RABBANI BIN ISMAIL   (YANG DIPERTUA BKKIMM)
AHMAD WALIYUDDIN BIN JOHARI  (YANG DIPERTUA KPT)
MOHD JASRY RAIMY BIN JOHARI   (YANG DIPERTUA BKPPPM)
MUHAMMAD ‘ASRI BIN MOHD SALIM  (YANG DIPERTUA KPIPM)
MUHAMMAD YASIN BIN AWANG   (YANG DIPERTUA BKAWM)
AHMAD MAHIR BIN C. NASRUDDIN (YANG DIPERTUA KPP)
MOHD SHAFIQ BIN MOHD NASER  (YANG DIPERTUA MKKK)



"THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG"
"MAHASISWI RABBANI DAN BERKETERAMPILAN"

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"

BKPJM KELUARGA KITA
BERSAMA BERSATU

BERSAMA BERSATU DI BAWAH WADAH KESATUAN PMRAM




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد,

Baru-baru ini, kita mendengar pemakluman yang telah dibuat oleh Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir berkaitan dengan pendaftaran PMRAM dibawah Hal Ehwal Kementerian Kemasyarakatan Mesir telah dibekukan dalam ucapan beliau di Persidangan Khas PMRAM pada 29 Mac 2015 yang lalu. Berita pemakluman ini amat mengejutkan semua pihak samada di seluruh ahli dibawah Badan Kebajikan Anak-anak Negeri ataupun di Dewan Perwakilan Mahasiswa.

Pemakluman ini menimbulkan pelbagai reaksi dari semua peringkat masyarakat yang berada di Mesir, samaada di peringkat pimpinan-pimpinan cawangan mahupun ahli.
Pembekuan pendaftaran ini adalah sebuah berita yang menyedihkan dan menimbulkan kemarahan dikalangan ahi-ahli PMRAM, ini kerana bukan sekadar disebabkan proses penyelarasan Hal Ehwal  Kemasyarakatan Mesir terhadap NGO-NGO yang berdaftar akan tetapi seolah-olah ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk mengganggu perjalanan PMRAM dan memecahbelahkan kesatuan anak-anak melayu yang berada di Mesir ini di bawah PMRAM.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir adalah sebuah gerakan mahasiswa yang telah ditubuhkan lama bermula pada tahun 1930 yang membawa agenda kesatuan dan kebajikan dikalangan anak –anak melayu. PMRAM yang telah bergerak selama 85 tahun ini, bertunjangkan dengan dasar yang benar iaitu al-quran dan assunnah bagi menaungi anak-anak melayu, tambahan pula PMRAM membawa agenda, menitikberatkan semua aspek iaitu dari sudut Thaqafah, Tarbiah,Ekonomi, sukan dan sebagainya yang menjuruskan kepada kefahaman Islam yang syumul. Namun, gerakan mahasiswa ini yang tidak sunyi daripada pelagai mehnah dan tribulasi yang dilakukan oleh tangan-tangan jahat untuk menjatuhkan kesatuan yang berada dibawah gerakan mahasiswa bernama "PMRAM".

Oleh itu, saya selaku Yang di Pertua Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir  14/15 yang diamanahkan untuk mengemudi kesatuan anak-anak johor yang berada dibawah wadah Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir  mengutuk sekeras-keras dan mengecam sekiranya wujud pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk memecahbelahkan kesatuan anak-anak melayu dibawah wadah kesatuan PMRAM.  Barisan pimpinan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 14/15 menyeru kepada seluruh anak-anak Johor untuk sama-sama mempertahankan PMRAM dan bersama-sama mengembleng tenaga untuk bersama dibawah kesatuan PMRAM dan menjayakan 4 resolusi yang telah disepakati bersama didalam Persidangan Khas PMRAM . Sekian terima kasih.

#BERSAMA BERSATU  I  KITA PMRAM  I BKPJM KELUARGA KITA  I SETIABESAMAMU BKPJM

KEBAJIKAN DAN PERPADUAN
"THAQAFAH CEMERLANG
KESATUAN GEMILANG"


Usamah bin Aris
Yang Di Pertua,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 14/15.

Mahasiswa Baru Sesi 2009 Tiba di Lapangan Terbang

KAHERAH, 4 September 2009: Seramai 28 mahasiswa mahasiswi baru pengajian Islam selamat sampat tepat jam 3.45 pagi (waktu Mesir) di terminal dua Lapangan Terbang Antarabangsa di Kaherah. 

Seramai 13 mahasiswi dan 15 mahasiswa disambut oleh Lajnah Khas Sambutan Mahasiswa Baru Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (LKSMB BKPJM) 2009. Sambutan mereka dilapangan terbang diketuai oleh Ketua Unit Sambutan, Ustaz Sufiyan Saufi Nawawi dan beberapa ahlijawatankuasanya.

Turut menyertai sambutan tersebut ialah Pegawai Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir, Tuan Haji Ahmad Hanif bin Hj Naim, Yang Dipertua BKPJM saudara Basir Mohamed, Ketua HEWI BKPJM saudari Khairunnisaa Zulkarnain, Wakil Badan Pengurus PMRAM saudara Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan, Penasihat BKPJM saudara Amaluddin bin Arshad serta dua orang wakil HEWI PMRAM.

Mahasiswa baru kesemuanya ditempatkan di Asrama Pelajar Johor di Raba'ah Al Adawiyah, Kaherah. Pihak LKSMB BKPJM telah menyusun program selama 3 hari bagi mereka iaitu Hari Pengetahuan dan Silaturrahmi (HPS). Program tersebut bagi mendedahkan kepada mereka beberapa pengetahuan penting apabila mereka berada di sini. Antaranya berkenaan dengan Universiti Al Azhar sendiri, keselamatan, kesihatan dan sebagainya.

Bazar Selat Tebrau

Sabtu,20 Mac 2009 - Bazaria Johor menjelma kembali dengan beraneka juadah yang baru tersedia, bermula pada 15 mac yang lalu. 

Kali ini ia diberi nama 'Bazar Selat Tebrau' yang pasti menjanjikan pelbagai juadah enak masakan Selat Tebrau. 

GERAI

Sebanyak 13 buah gerai telah dibuka,.4 daripada gerai tersebut merupakan gerai akhawat manakala yang selebihnya dari kalangan ikhwah.Bazar yang selamat dijalankan selama 4 hari berturut-turut itu telah mendapat keuntungan yang besar bagi menjana ekonomi BKPJM. Ia bermula pada jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 11.00 malam.

JUADAH DAN KEJUTAN

Pelbagai juadah telah dijual antaranya Satey, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Roti Canai dan sebagainya termasuk Kuew Teaw yang paling banyak mendapat sambutan. Sementara itu pertandingan juga telah diadakan seperti teka gula-gula, makan buah epal, cabutan bertuah dan pertandingan gerai terbaik. Pada kali ini, gerai terbaik telah dimenangi oleh gerai A & A kitchen dibawah kelolaan Ustaz Roslan Hamim dan Ustaz Azrin Saion manakala pertandingan lain pula seperti teka gula-gula telah dimenangi ustazah Siti Amaliatun Solehah dan makan buah epal telah dimenangi oleh Ustazah Farah Atikah.

SAMBUTAN

Walaupun pada hari pertama bazar kurang mendapat sambutan, namun kedatangan coster daripada muhafazah Iskandariah pada hari kedua telah menghangatkan lagi suasana Bazar Selat Tebrau. Kemeriahan bazar ini diceriakan lagi dengan kehadiran mahasiswa-mahasiswi Mesir dari seluruh negeri termasuk juga sebahagiannya daripada muhafazah yang berdekatan. Pemilihan lagu juga dibuat dikalangan ikhwah mahupun akhawat. Ramai yang mengambil kesempatan ini dengan membuat pemilihan lagu sambil memberi ucapan kepada rakan -rakan mereka.

KESIMPULAN

"Semoga ukhuwah kita terjalin hingga ke akhir hayat." inilah harapan daripada salah seorang ahli jawatan kuasa bazar iaitu Ustazah Syarifah Masykurah. Semoga dengan harapan ini dapatlah kita mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita tanpa perlu ada persengketaan. Program ini berakhir dengan membersihkan kawasan tersebut sebelum pulang ke rumah mereka.

Berpindah Ke Rumah Johor di Rabaah

BERITA TERBARU RUMAH JOHOR BARU

RABU,4 FEBRUARI 2009 - AJKT BKPJM Bahagian Perumahan, Ustaz Farhan Tamin telah mengadakan perjumpaan bersama para Ahli HEWI BKPJM bersama beberapa orang ustaz yang akan turut menghuni Rumah Johor Baru pada Isnin lepas bertarikh 2 Februari 2009 selepas solat Maghrib. Perjumpaan bertempat di Dewan Ibnu Sina ini tidak mengambil masa yang lama. Ustaz Farhan memberi penerangan ringkas mengenai Rumah Johor Baru dan memberikan sedikit pesanan untuk semua bakal penghuni Rumah Johor Baru. Badan Pengurus (BP) PMRAM, Ustaz Syafiq Zulakifli turut sama menghadirkan diri. Pertemuan diakhiri dengan bacaan Tsbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.


PERJUMPAAN RINGKAS BERSAMA HEWI BKPJM

RABU, 4 FEBRUARI 2009 - Para Ahli HEWI BKPJM telah menghadiri perjumpaan bersama Ketua HEWI BKPJM, Ustazah Amelia Mustafa dan AJKT HEWI BKPJM Bahagian Perumahan, Ustazah Shahidah Mohamad selepas Isyak. Pertemuan ringkas ini dibuat di Perpustakaan Asrama Pelajar Johor (APJ) pada 2 Februari 2009 hari Isnin. Penerangan yang lebih mendalam mengenai Rumah Johor Baru Rabaah dan pembahagian penghuni setiap aras serta membincangkan kemuskilan dan menjawab soalan yang diajukan tentang perkara yang tidak difahami. Ustazah Amelia Mustafa mengumumkan nama penghuni bagi setiap aras. Semua yang hadir berpuas hati dengan penerang an dab jawapan yang diberikan. Perjumpaan ditamatkan dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.


GOTONG - ROYONG PERDANA

RABU, 4 FEBRUARI 2009 - Satu gotong-royong perdana telah diadakan di Asrama Pelajar Johor (APJ), Hayyu Tamin pada 3 Februari 2009 hari Selasa pukul 10 pagi.Seramai 40 orang pelajar Ikhwah telah bekerjasama bagi menjayakan program ini dan program telah berjalan dengan lancar dan berakhir sebelum Zuhur. Mereka memindahkan semua barang - barang akhwat dan ikhwah yang akan menduduki Rumah Johor Baru Rabaah dan dibantu 2 buah lori yang telah membawa barangan itu ke sana. HEWI BKPJM menyediakan jamuan menyelerakan buat semua.

Pelancaran Dana Syaqah PMRAM dan Tabung Filantrofi Massa Peringkat BKPJM


SEMINAR ANTARABANGSA BUDAYA DAN PEMIKIRAN MESIR – MALAYSIA (SAMIM)

TARIKH:21 OGOS 2006.
TEMPAT :DEWAN IBNU SINA, ASRAMA PELAJAR JOHOR HAIYU THAMIN
JAM :8.00 MALAM – 11.30 MALAM.

SESI 1 (8.00-9.45 MALAM)

1.DEMOKRASI DAN PEMBANGUNAN ISLAM DI MALAYSIA
-Mohd Izani Mohd Zain (UUM)

2.TAFSIR REFORMIS MESIR DAN KESANNYA TERHADAP PERKEMBANGAN PENGAJIAN TAFSIR DI MALAYSIA.
-Dr. Mustafa Bin Abdullah (UM)

3.PENGARUH NASIONALISME MESIR KE ATAS PERJUANGAN PRA KEMERDEKAAN TANAH MELAYU.
-Muhammad Pisol Mat Isa (UTP)

4KEIMANAN DAN KETAKWAAN DALAM ISLAM HADHARI:SATU TINJAUAN
-Prof Madya Dr. Mudasir Rosder (UKM)

SESI 2 (10.00-11.30 MALAM)

1.PERANAN SISWAZAH MESIR MENTERJEMAHKAN PEMIKIRAN AL-QARDAWI DALAM FEQH DAN DAKWAH NUSANTARA
-Prof Madya Aminuddin Ruskam Al Dawamy (UTM)

2.PEMIKIRAN TAJDID MUHAMMAD ABDUH:PENGARUH PEMIKIRANNYAKE ATAS SYEIKH ABU BAKAR AL-ASYAARI
-Muhammad Pisol Mat Isa (UTP)

3.JARINGAN KEILMUAN TIMUR TENGAALAM MELAYU DALAM PENGHASILAN KARYA-KARYA RAJA ALI HAJI
-Sri Rahayu Ismail (UPM)

4.PENGARUH GERAKAN ISLAM MESIR TERHADAP GERAKAN ISLAM MALAYSIA
-Kamaruddin Haji Salleh (UKM)



PENGANJURA BERSAMA

JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM
MALAYSIA

JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH

BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR

KEHADIRAN ANDA KEBANGGAAN KAMI

KURSUS BLOG DAN DESIGN BKPJM '07

KURSUS BLOG DAN DESIGN BKPJM '07

TARIKH: 3-4 SAFAR 1428 BERSAMAAN 21-22 FEBRUARI 2007

MASA: 1.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG (RABU 21/02/07)
9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG (KHAMIS 22/02/07)

TEMPAT: ASRAMA PELAJAR JOHOR, HAYYU THAMIN

YURAN PENYERTAAN: LE 8.00 (KERTAS KERJA DAN JAMUAN)

PENGISIAN: MEMBINA WEBLOG, PUBLISHER DAN ADOBE PHOTOSHOP


ANJURAN:
LAJNAH PENERANGAN DAN PENERBITAN
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR

Program PERMATA

Kaherah - Diatas dasar untuk merapatkan ukhwah menjalin silaturahim, maka HEWI BKPJM telah menganjurkan PERMATA atau yasinan dirumah ahli.

Majlis tersebut telah diadakan di rumah Ust Khairunnizam pada 9 Mac yang lalu dan di rumah Qasr Saadah pada 16 Mac 2006.


Selain daripada yasinan majlis tersebut juga diisi dengan beberapa pengisian lain antaranya Tazkirah ringkas, ucapan tuan rumah, ucapan daripada HEWI BKPJM dan sebagainya.


Majlis tersebut secara keseluruhannya mendapat sambtan dari ahli HEWI sendiri.
Kaherah 23 & 24 Mac 2006 - Dibawah anjuran Unit Dakwah & Tarbiyah HEWI BKPJM telah mengadakan Ijtima Mahasiswi Kali ke 2 pada 23-24 Mac 2006.Program tersebut telah diadakan di Dewan Ibnu Sina Asrama Pelajar Johor Haiyu Thamin.

Program tersebut telah diseliakan oleh usrah pelajar baru telah menyediakan beberapa pengisian antaranya Debat Perdana, Sukan, Cari Harta Karun, Kotak beracun dan berbagai-bagai lagi. 


Menurut Timbalan Ketua HEWI BKPJM, Ustazah Raudhah "ijtima kali ini adalah lanjutan dari ijtima mahasiswi kali pertama dan sambutan daripada ahli HEWI amat menggalakkan dan mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan."

 Program tersebut berakhir pada hari Jumaat pada jam 8.30 pagi.

KEMPEN "Nyah Hubungan Tak Syar'ie"

Abdeen 23 MacUnit Dakwah & Tarbiah telah melancarkan kempen "Nyah Hubungan Tak Syar'ie" dengan kerjasama pihak Bait Muslim pada awal Mac yang lalu. 

Kempen ini bertujuan mencegah mahasiswa/wi daripada terjebak ke kancah maksiat. 

Menurut Ustaz Yohanaz Misuan, pengerusi Bait Muslim BKPJM, "kempen ini perlu dipandang serius oleh semua ahli.Ia dirasakan penting lantaran isu-isu yang timbul akibat hubungan tidak syar'ie dikalangan azhari/rat semakin menjadi-jadi.Tambahan pula ada yang memandang enteng hubungan tak syar'ie ini, sehingga terdapat mereka yang diberkas ketika berdua-duaan di dalam sebuah rumah. Tidak dinafikan, setiap manusia mempunyai naluri untuk berkasih dan dikasihi, sepatutnya sebagai azhari/rat memandu diri dengan panduan Ilahi demi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku lagi."

Disamping itu, ustaz Azman Shaari, Ketua UDT menasihati agar ahli tidak melayari laman-laman web yang tidak syar'ie.

Program Islamic Circle Mendapat Sambutan Yang Menggalakkan

CKaherah, 2 Mac 2006 - Unit Tarbiyah dan Dakwah BKPJM bersama dengan UDT HEWI BKPJM telah mengadakan program Islamic Circle (IC) buat kali pertama pada tahun ini. 

Program yang disasarkan kepada gabungan halaqah ilmiah itu telah dirasmikan oleh TYDP BKPJM Ust Muhd Hairi Hamzah dan ditutup rasmi oleh Ustaz Mohd Fairuz Tamjis.

Program sepanjang 1 hari itu juga, padat diisi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya Diskusi Kitab ‘WajibatussYababul Yaum’ dan Talk Show bertajuk ‘Kepentingan Usrah’ dan diakhiri dengan Qiamullail dan Solat Subuh keesokan harinya.


Alhamdulillah program mendapat sambutan kumpulan sasar serta berjalan dengan lancar.

Sejarah Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM)


Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir merupakan satu-satunya persatuan bagi pelajar Johor di Republik Arab Mesir. Ianya telah ditubuhkan semenjak 30 tahun yang lalu dengan nama Tabung Derma Pelajar Islam Johor (TDPIJ) dan kemudiannya ditukar dengan BKPJM pada November 1982.

1970: Penubuhan TDPIJ. Peranannya hanya dimainkan oleh ketuanya sahaja bagi mengadakan hubungan dengankerajaan Johor dan pihak-pihak berkenaan disamping bertugas mengumpul derma dan mengagihkannya kepada pelajar yang layak.

1971: Meluaskan peranannya yang asal disampaing mengadakan kelas-kelas bimbingan dan tafaqquh serta majlis-majlis sambutan.

1976: Berusaha untuk mendapatkan rumah khususnya untuk pelajar Johor Asrama Pelajar Johor (APJ) dengan membuat pengutan derma daripa ahli, masyarakat di tanah air, jemaah haji dan lain-lain disamping menghantar beberapa orang wakil pelajar yang diketuai oleh saudara Mudasir bin Mistar untuk menemui Menteri Besar Johor YAB Dato’ Abdul Ajib bin Ahmad.

1981: Membantu pihak kedutaan bagi mencari rumah yang sesuai dan mengawasai sepanjang pembinaan rumah tersebut dengan menubuhkan AJK khas bagi tujuan tersebut.

1982: Mengadakan persiapan bagi majlis perasmian Asrama Pelajar.
  • Mengadakan majlis sambutan kunjungan Sultan Johor dan rombongan
  • TDPIJ dibubarkan pada November 1982 dan digantikan dengan BKPJM
  • Menyambut Kerajaan Negeri Johor yang diketuai oleh YAB Dato Abdul Ajib bin Ahmad MB Johor. Menyerahkan memorandum bagi mendapatkan peruntukan surau, dewan dan maktabah.
1988: Mengadakan sambutan kunjungan rombongan kerajaan Ngeri Johor yang diketuai YAB Dato Muhyidin bin Mohd Yassin MB Johor.

1989: Membantu Jabatan Penuntut Malaysia dan Maahad Johor bagi urusan memperbaharui pengiktirafan sijil Maahad Johor oleh pihak Al Azhar.

1993: Menyambut kunjungan Yayasan Islam Johor dan Majlis Agama Islam Johor yang diketuai oleh YB Dato Ahmad bin Abdullah (Exco Agama Islam Negeri Johor).

1994: Mengadakan majlis sambutan kunjungan rombongan rasmi MAIJ dalam misi perundingan dengan Al Azhar untuk menubuhkan Universiti Al Azhar berkembar di Negeri Johor.

1995: Mengadakan majlis sambutan di atas kunjungan rasmi kerajaan Negeri Johor yang diketuai oleh YB Dato Ahmad bin Abdullah (Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Johor) dalam misi perundingan semula bagi menubuhkan Universiti Al Azhar berkembar di Johor.
  • Mengadakan majlis sambutan kunjungan yang diketuai oleh Ustaz Amin bagi urusan memperbaharui pengiktirafan sijil Al Attas.

1996: Mengadakan majlsi sambutan di atas kunjungan rasmi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang diketuai oleh Dato Rahmat Abd Rahman (Pengurus Besar YPJ) dalam misi perundingan membaik pulih APJ.

1997: Projek membaikpulih APJ bermula pada bulan Februari hasil dari peruntukan penuh YPJ.

1998: Mengadakan Program Bakti Siswa kali pertama di Taman Seri Penggeram, Batu Pahat pada bulan Ogos.

1999: Menyambut kunjungan rombongan MAIJ yang diketuai oleh Sophibus Samahah Dato Noh Gadot.

2000: Pelancaran Buletin Al Jauhar dan Homepage BKPJM oleh Presiden PMRAM Ustaz Mohd Nizam bin Mohd Noh.

2002: Sabutan tiga dekat BKPJM pada bulan September serta menyambut kedatangan MAIJ oleh Sohibus Samahah Dato Noh Gadot.
  • Mengadakan majlis ramah mesra bersama YB Dato Khalid Nordin (Timb Menteri Kerjaraya)
2003: Mengadakan sambutan di atas kunjungan rasmi Pengarah Jabatan Agama Johor YB Dato Ishak Amin dan rombongan.

2004: Pendaftaran rasmi BKPJM di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.
2005: Pembaikpulihan APJ dan perasmian Rumah Johor di Iskandariah sempena kunjungan hoirmat YAB Dato Abdul Ghani Othman, MB Johor serta rombongan kerajaan Negeri Johor ke Ardhil Kinanah.

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...