Thursday, March 23, 2017

KENYATAAN YDP BKAN : KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

KENYATAAN YDP BKAN : KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI


22 Mac 2017 - Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan pelajar Malaysia di Mesir yang menyediakan platform dalam membincangkan perihal permasalahan-permasalahan yang berlaku dalam kalangan mahasiswa. Antaranya adalah berkenaan pendidikan, kebajikan, dan keselamatan.

Pada Ahad 19 Mac 2017 yang lalu, telah diadakan pertemuan berkala barisan Yang di-Pertua BKAN yang bertempat di perpustakaan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Ustaz Abdul Wafi Bin Alias. Antara perbincangan yang diutarakan adalah berkenaan kesatuan mahasiswa di Mesir. Oleh itu, seluruh Yang di-Pertua BKAN sebulat suara bersepakat untuk menganjurkan sebuah perhimpunan mega mahasiswa Malaysia di Mesir dengan nama Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri. Kongres ini dianjurkan bagi mendapatkan suara ahli berkaitan permasalahan yang berlaku di peringkat BKAN masing-masing. Selain itu, sidang mesyuarat juga telah membincangkan bagi pemilihan jawatankuasa Koordinator Majlis Gabungan Anak Negeri bagi sesi yang baru setelah segenap setahun perjalanan jawatankuasa tersebut.

Bagi memastikan program tersebut berjalan lancar, sidang mesyuarat telah bersepakat untuk melantik pengarah dan timbalan pengarah dalam kalangan Jawatankuasa Koordinator Majlis Gabungan BKAN iaitu Ustaz Muhammad Hilmi Bin Hussin Shokri dan Ustazah Norliyana Binti Mohd Akhir. Perjalanan program ini akan dipantau dari semasa ke semasa oleh barisan Yang di-Pertua BKAN sendiri.

Semoga hasrat kesatuan yang ingin dicapai ini dapat memebuahkan semangat kebersamaan mahasiswa/wi Islam dalam mendepani segala ujian dan mehnah dengan sebaiknya.

'Muafakat Asas Kejayaan'

Wednesday, March 8, 2017

PEMUDA YANG DINANTI




OLEH : USTAZAH AMALINA SYAHIRAH BINTI HAMIDUN
UNIT DAKWAH DAN TARBIAH HEWI BKPJM 2016/2017

شباب اليوم رجال الغد * بنات اليوم أمهات الغد
Pemuda hari ini adalah pemimpin masa depan * Pemudi hari ini adalah pembimbing masa depan

Menurut Profesor Dr. Yusof Al-Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam kontemporari yang tersohor menyatakan,”Apabila kita mahu melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi remajanya pada hari ini. Sekiranya golongan remaja hari ini adalah dalam kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara pada masa akan datang adalah sebuah negara yang aman.

Ibnu Jauzi turut menyatakan,”Wahai para pemuda, kerahkanlah potensi diri kamu selagi masih muda kerana aku belum pernah melihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh generasi muda.

                   Menelusuri sejarah kegemilangan Islam, peranan orang muda begitu signifikan kepada perjuangan Rasulullah SAW. Ramai dalam kalangan  Assabaqunal Awwalun (orang yang mula-mula memeluk islam) terdiri daripada golongan pemuda dan remaja. Antaranya Ali bin Abi Talib, Saad bin Abi Waqqas, dan ramai lagi. Selain itu, kehebatan para pemuda islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Usamah bin Zaid, Tariq bin Ziad, Ashabul Kahfi, Ashabul Ukhdud dan ramai lagi.

                  Di dalam Al-Quran, Allah telah membentangkan satu kisah untuk tatapan pemuda Islam sepanjang zaman. Kisah yang mengambarkan pemuda yang beriman dan dengan penuh cekal mempertahankan prinsip hidup mereka. Dalam usia yang masih muda mereka sudah mengenal betapa tingginya nilai iman dan agama sehingga mereka tidak sanggup menggadaikannya walaupun dengan tawaran harta benda yang mahal. Mereka lebih rela mempertahankan iman dan agama mereka biarpun terpaksa hidup dalam buangan dan terasing. Bahkan jika terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun mereka sanggup melakukannya.Allah memuji mereka dalam firmanNya :

Ingatlah ketika pemuda-pemuda berlindung di dalam gua, lalu mereka berdoa : Wahai Tuhan Kami,berilah Rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini). 
( Al-Kahfi:10 )

Sampai kepada firman Allah, ”Sesungguhnya mereka itu adalah para pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka,dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. ( Al-Kahfi:13 )

Kisah Ashabul kahfi ini, mengambarkan segenap ciri pemuda Islam yang sebenar iaitu:

1) Keimanan yang teguh dan mempunyai prinsip hidup sebagai seorang muslim.
2) Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku kehidupan.
3) Berani berhadapan dengan segala cabaran.
4) Setiakawan dalam mengharungi cabaran.
5) Yakin kepada diri.
6) Sanggup berkorban.                                                                                                                                                   
Allah mengabdikan kisah mereka di dalam Al-Quran sebagai ibrah bagi para pemuda, dimana kerosakan yang terjadi pada kaum mereka tidak sedikitpun menggoyahkan keimanan mereka.

Ketahuilah para pemuda kamu adalah batu bata dalam perjuangan Islam, kerana itu kamu mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan memperbanyakkan amalan sunat.
Semoga kamu semua menjadi perwira islam, perwira yang kenal agama yang unggul, yang beribadat dan berjihad, memperbaiki kekurangan diri sendiri di samping berdakwah kepada Allah SWT.

Wallahu A'lam.

Friday, March 3, 2017

BKPJM melahirkan penulis




KAHERAH, 3 Mac 2017 - Para 25 Februari yang lepas, Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKPJM 2016/2017 telah menganjurkan program Bengkel Penulisan bertemakan " From Heart To Heart ". Bengkel ini berlangsung di Musolla Rumah Selangor Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Pihak program telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam penyertaan di mana turut berjaya menarik perhatian selain daripada anak-anak Johor. Program yang berlangsung selama satu hari ini mendapat penyertaan seramai lebih 40 orang peserta sebelum penyertaan ditutup.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk mencungkil dan menggilap bakat ahli dalam bidang penulisan sekaligus dapat melahirkan penulis yang berkualiti dalam kalangan mahasiswa/wi di Mesir. Bengkel ini juga dianjurkan bertujuan untuk membuka ruang kepada seluruh ahli BKPJM dalam melatih kemahiran penulisan sekaligus sebagai usaha untuk menerbitkan semula majalah dan bahan-bahan penulisan bercetak BKPJM.

Bengkel ini dimulakan dengan slot yang menerangkan tentang asas penulisan dan langkah-langkah untuk memulakan sesuatu penulisan yang berkesan oleh Dr. Amirul Azmeer bin Asmadi, mahasiswa tahun 5 perubatan Al-Azhar. Antara perkongsian menarik dalam bengkel ini ialah teknik penggunaan gaya bahasa pelbagai dalam penulisan seperti retoris, personifikasi, hiperbola dan banyak lagi untuk menarik minat pembaca dalam sesebuah penulisan. Tambahan lagi latihan dan praktikal yang berterusan sangat penting untuk melahirkan seorang penulis yang hebat. Usaha ini perlu diteruskan bagi kesinambungan legasi dakwah para Nabi dan ulama-ulama terdahulu dalam menyampaikan ilmu dab mengharapkan ganjaran pahala Allah S.W.T.

Program ini diakhiri dengan ucapan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah, YDP Badan kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 2016/2017. YDP BKPJM sangat berharap agar peserta yang keluar daripada bengkel ini benar-benar dapat menjadi penulis yang berjaya. Pihak BKPJM merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta bengkel dan berharap BKPJM dapat tampil sebagai medium yang mampu melahirkan bakat-bakat penulisan hebat seterusnya mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. - Wartawan BKPJM.

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...