Kaherah,
15 FEBRUARI 2016– Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir sesi 2015/2016
telah mengadakan Jaulah Sinai bagi ikhwah dan Jaulah Dumyat bagi akhawat di
bawah program mega Johorean Grand Gathering (J-GEGAR’16) dengan bertemakan
“Together We Are An Ocean”,
Objektif
program ini dilaksanakan adalah untuk
memperkasakan tautan ukhuwah Islamiah antara anak-anak Johor daripada pengajian
Islam mahupun sains kesihatan. Dan menyemarakkan slogan “Setia Bersamamu
BKPJM”. Di samping itu dapat memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah
serta dapat mengambil pengajaran dan ibrah dari sirah Nabi Musa.
Jaulah
ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada seluruh anak Johor yang
berada di Mesir. Seramai 38 orang peserta ikhwah yang menyertai jaulah ke Sinai
dan 48 orang peserta akhawat, turut disertai 4 pasangan mutazawwijin ke Dumyat.
Rombongan
ke Sinai dan Dumyat bertolak seawal jam 3.00 pagi seusai melaksanakan qiamulail
dan Solat Sunat Musafir. Perjalanan ke Dumyat mengambil masa lebih kurang 5 jam
untuk sampai ke destinasi dan selamat
tiba pada jam 8.00 pagi. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun oleh eksekutif
pengisian sepanjang program di Dumyat untuk semua peserta. Program jaulah
Dumyat ini diakhiri dengan sedikit ucapan penutup dari Ketua Hewi, Ustazah
Nurizzah Sofea binti Ismail, dan penyampaian hadiah bagi pemenang dalam acara sukaneka
yang telah diadakan di pantai gadidah..
Perjalanan
ke Sinai pula mengambil masa hampir separuh hari dan terus menuju ke Kubu
Israel melalui terowong Ahmad Hamdi dan kemudian menuju ke Uyun Musa. Banyak tempat bersejarah yang dapat dilawati
antaranya Maqam Nabi Harun, Pancaran
Lembu Samiri serta Wadi Arbain, sebuah lembah pertemuan 40 orang Nabi, dan
beberapa lagi tempat-tempat bersejarah yang berdekatan.
Perjalanan
diteruskan ke Dahab. Pelbagai aktiviti
dapat dilakukan di sini, antaranya bermain ‘snorkling’, menaiki ‘ATV’ dan lain-lain. Aktiviti terakhir sebelum
rombongan bertolak pulang ke Kaherah ialah menaiki “Glass boat” yang mana dapat
melihat keindahan alam semula jadi di Teluk Aqabah.
Alhamdulillah,
dengan izinNya perjalanan jaulah ini berjalan dengan lancar. Pihak pelaksana
program Johorean Grand Gathering merakamkan jutaan terima kasih kepada para
peserta yang menyertai jaulah pada kali ini. Semoga objektif, misi dan visi
yang digariskan dapat tercapai dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada
Allah S.W.T