Tuesday, March 8, 2016

Hari Wanita Sedunia : Keizzahan Wanita Dalam Islam



HARI WANITA SEDUNIA : KEIZZAHAN WANITA  DALAM ISLAM

Tanggal 8 Mac 2016 merupakan tarikh yang telah terpilih untuk menyambut Hari Wanita Sedunia bagi meraikan kehadiran  & sumbangan para wanita.Hari Wanita Sedunia yang disambut pada hari ini bertemakan global iaitu ‘Janji Untuk Kesamarataan’ atau dalam istilah bahasa Inggeris ialah ‘Pledge For Parity’. Sambutan ini telah disambut & diterima oleh sebahagian wanita di dunia akan kewujudan entiti hak & tanggungjawab seorang wanita.

Walau bagaimanapun, kita sebagai insan bergelar wanita Islam perlulah menyedari & memahami bahawasanya kita meraikan Hari Wanita ini sebagai memperingati betapa istimewanya hak wanita yang telah diberikan oleh Allah SWT dalam Islam dan bukannya meraikan kejayaan menuntut hak sebagai seorang wanita. Para ulama telah banyak menulis buku dan melakukan perbahasan berkaitan ketinggian kedudukan dan hak wanita dalam Islam. Kedudukan wanita dalam Islam boleh dilihat dari dua sudut dan perspektif yang berbeza iaitu:

11) Dari perspektif kemanusiaan: Ini membincangkan kedudukan wanita dalam Islam yang memiliki kriteria-kritiria manusia seperti juga lelaki
22) Dari perspektif kewanitaan: Ini membincangkan  keadaan wanita yang membezakannya dengan lelaki dengan ciri-ciri khas kewanitaannya.

Lalu Islam memberi wanita hak kemanusiaan secara kukuh & menjaga kriteria-kriteria kewanitaannya secara sempurna tanpa mengabaikan kedua-duanya. Hujah ini dikuatkan lagi dengan kalam daripada Ustaz Al-Bahi Al-Khauli dalam karangan beliau yang bertajuk ‘Al-Islam Wa Al Mar’ah Al-Mua’shirah’ bahawa Islam telah meletakkan kedudukan wanita sama sahaja dengan lelaki dalam seluruh hak dan kewajipan sebagai manusia.Islam juga tidak mengabaikannya dari keadaan fitrah semulajadinya dan tidak melampaui yang telah digariskan oleh alam bagi seorang wanita.Selain itu,nas-nas dari Al-quran juga mengukuhkan lagi pandangan Islam terhadap wanita yang memberinya kedudukan yang sangat tinggi,mulia & terhormat diantaranya ialah:

Maka tuhan mereka memperkenankan permohonannya( dengan berfirman):
‘Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu,baik laki-laki atau perempuan kerana sebahagian kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain
(Surah Al-Imran :195)

Sekiranya kita selusuri sejarah serta kisah srikandi Islam terdahulu,keizzahan wanita telah pun terlihat melalui kehidupan srikandi Islam seperti Hawa,Siti Hajar,Balqis,Zulaikha,Sumayyah & lain-lain.Keizzahan wanita Islam juga telah terbukti melalui biografi Nabi Muhammad s.a.w yang penuh dengan puluhan ribu wanita hebat bermula daripada bonda beliau sendiri iaitu Siti Aminah,Siti Khadijah,Aishah dan semua ummahatun mukminin,Fatimah & adik beradik perempuannya serta ibu-ibu susuan,ibu saudara & para sahabiyyah seluruhnya.Di dalam Al-quran juga Allah telah mengangkat keizzahan wanita dengan tercatatnya nama-nama serta kisah srikandi Islam yang boleh dijadikan sebagai ikutan & pengajaran buat wanita zaman ini seperti Saidatina Mariam,Asiah,Safiah dan lain-lain.Dalam Islam juga, hukum & tatacara berkaitan wanita & hak telah dijelaskan dengan terperinci dalam surah An-Nur & An-Nisa’.

Kesimpulannya,jelaslah bahawa kini yang menjadi perbahasan adalah soal perlaksanaan bukannya undang-undang,hukum & tuntutan hak kerana Islam telah lama mengangkat keizzahan wanita dalam pelbagai aspek semenjak dahulu lagi.Maka diri kita sebagai wanita perlulah faham betapa pentingnya menjaga keizzahan yang telah dianugerahkan dari Ilahi seterusnya berusaha menyebarkan manfaat di dunia buat diri,keluarga serta masyarakat untuk syiar Islam.Buat lelaki,ucapkan terima kasih juga buat insan-insan bergelar wanita yang telah banyak berjasa di sekeliling kalian terutama ibu kerana mereka merupakan madrasah pertama setiap anak-anak.Ketahuilah wanita,muliamu kerana Islam maka berbahagialah.Selamat Hari Wanita Antarabangsa.WaAllahu’Alam.


‘MAHASISWI RABBANI & BERKETERAMPILAN’

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...