Saturday, August 26, 2017

[ MAKLUMAN | Suruhanjaya Pilihan Raya BKPJM 2017 ]

Assalamualaikum W.B.T.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Dengan ini dimaklumkan bahawa barisan AJKT BKPJM sesi 2016/2017 telah bersetuju melantik :

- Pengarah SPR : Saudara Nik Mohammad Azhari bin Nik Salleh
+201151166735

- Timbalan Pengarah SPR : Saudari Amiratulhanifah Binti Ismail
+201281432136

Bersama pegawai-pegawai SPR yang terpilih :

Ikhwah :
1) Mohamad Ainuddin Bin Mohd Ishak
2) Muhammad Zikrie Bin Zakariya
3) Muhammad Qaiyim Bin Muhamad Fahmi

Akhawat :
1) Nur Iman Munirah Binti Mohamad Husaini
2) Adibah Binti Mohamad Anuar
3) Nurul Jannah Binti Anuar

Sehubungan dengan itu, gerak kerja SPR BKPJM ini akan bermula dalam jangka masa yang terdekat.

Berikut merupakan Struktur Organisasi Suruhanjaya Pilihanraya Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 2017.


"BERSIH, TELUS & AMANAH"

Jabatan Setiausaha Agung (JASA) 
BKPJM sesi 2016/2017

.::Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan::.
.::Kebersamaan Mengukuh Kesatuan::.
.::Membentuk Generasi Mithali::.
.::Kebajikan dan Perpaduan::.

Thursday, August 24, 2017

BAZAR BKPJM MENDAPAT PUJIAN PIHAK BERWAJIB



KAHERAH, 15 Ogos 2017 - J-Bazar '17 anjuran Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir telah mendapat pujian di peringkat Pegawai Atase Pendidikan Negeri Johor dan pihak Education Malaysia Egypt (EME). Program yang diberi nama Johor Nation Food Fiesta BKPJM 2017 menerima komen positif daripada Pegawai EME iaitu Ustaz Ahmad Zakuan Bin Md Khudzairi selaku Pemangku Menteri Penasihat (Pendidikan), Education Malaysia Egypt.

Beliau menyifatkan penganjuran program bazar ini sangat bagus diadakan untuk menyuburkan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar seterusnya mengucapkan syabas atas penganjuran J-BAZAR ’17. Harapannya, dengan adanya komen positif ini moga-moga program beunsur keusahawanan ini akan dapat dianjurkan pada masa yang akan datang. -Wartawan BKPJM

BKPJM TERUSKAN KERJASAMA HARMONI DENGAN PERUBATAN


KAHERAH, 16 OGOS 2017 – Sepanjang program Johor Nation Food Fiesta BKPJM berlangsung telah bagi sebuah booth bagi sesi 'Medical Check Up' kepada para pengunjung. Di samping dapat memeriksa kesihatan semasa, pengunjung juga dapat mengisi masa dengan info-info kesihatan sambil menjamu selera di bazar.


Kumpulan Medical team yang bertugas telah dibahagikan mengikut hari yang ditetapkan. Kumpulan-kumpulan tersebut terdiri daripada Zagazig Medical Team pada hari pertama, Mansourah Medical Team pada hari kedua dan Al-Azhar Medical Team pada hari terakhir program. I'm pak nya, dengan adanya kerjasama antara PERUBATAN dan BKPJM dalam sesu medical check-up ini telah mengukuhkan hubungan luar kedua-dua belah pihak. - Wartawan BKPJM

GANDINGAN NASYID KPIPM DAN BKPJM MENGERAT JALINAN TAAKHI


KAHERAH, 15 OGOS 2017 – Malam penutup J-Bazar ’17 telah diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid al-Jauhar selaku wakil dari BKPJM  (JOHOR) dan jemputan BKAN taakhi KPIPM (Perak) kumpulan Usrah al-Muhazirun. Kumpulan nasyid al-Jauhar tampil hebat dengan membuat 3 persembahan lagu manakala kumpulan Usrah al-Muhazirun tidak kurang hebatnya apabila tampil bersemangat dengan membuat 2 persembahan lagu.


Antara objektif penganjuran konsert nasyid ini adalah untuk lebih mengeratkan lagi jalinan ukhuwah taakhi yang sedia terjalin. Pengunjung yang hadir juga dilihat begitu terhibur dengan konsert yang dijalankan. "Pastikan BKPJM anjurkan lagi konsert ni pada tahun depan." Ujar salah seorang pengunjung J-Bazar '17. - Wartawan BKPJM-

DR. KHAIRUL ANUAR GONDOL GELARAN MASTER CHEF AZHARI J-BAZAR '17


KAHERAH, 14 OGOS 2017 – Antara aktiviti menarik yang diadakan dalam J-BAZAR '17 ialah pertandingan gubahan makanan atau lebih dikenali dengan nama “Master Chef”.  Para peserta telah diminta untuk menyediakan sandwich serta menggubah dan menghias mengikut kreativiti masing-masing dengan hanya menggunakan bahan yang disediakan sahaja. Setiap peserta Master Chef dilihat begitu bersungguh-sungguh dalam menyediakan makanan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.


Akhirnya, juara pertandingan  Master Chef pada tahun ini telah disandang oleh Dr Khairul Anuar Bin Jaafar daripada PERUBATAN Cawangan Mansurah. Manakala tempat kedua pula disandang oleh Ustaz Hasnul Hakimi Bin Hussein dan tempat ketiga oleh Ust Muhammad Aidil Bin Ramlee. - Wartawan BKPJM-

1000 JAYAKAN J-BAZAR '17

OLEH :NORDIYANA BINTI MOHD AKHIR
SETIAUSAHA JOHOR NATION FOOD FIESTA BKPJM 2017
                                        

KAHERAH, 23 Ogos 2017 – Pada 13-15 Ogos yang lalu Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir baru-baru ini telah menganjurkan sebuah program mega yang diberi nama Johor Nation Food Fiesta 2017 (J-Bazar ’17). Program ini telah berlangsung selama 3 hari di Masjid Salam, Hayyu Asyir. Pada hari pertama, program dimulakan dengan majlis perasmian J-Bazar '17 yang telah dirasmikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Johor Ustaz Adam bin Ibrahim.

Tema J-Bazar ‘17 pada kali ini ialah “Memperkasa Ekonomi, Mengerat Ukhuwah”. Dengan itu pengarah program telah meletakkan empat objektif utama yang ingin dicapai daripada penganjuran program ini. Objektif-objektif tersebut ialah memperkasakan ukhuwah di antara mahasiswa Johor di Mesir, memperluaskan medan dakwah dan ilmiah bagi mahasiswa, meningkatkan ekonomi BKPJM dan memberi pengalaman dan meningkatkan thaqafah kepada mahasiswa dalam bidang perniagaan.
Sambutan pengunjung ke program J-Bazar '17 pada kali ini sangat menggalakkan dengan kehadiran yang dianggarkan sekitar 1000 orang sepanjang 3 hari program berlangsung. Dengan kunjungan yang ramai tersebut telah membantu pihak penganjur dalam mencapai objektif program yang telah disasarkan oleh peringkat BKPJM.


Bazar Johor yang dianjurkan pada kali ini turut dimuatkan dengan pengisian-pengisian yang menarik. Antaranya ialah pendedahan rawatan awal kecemasan, pertandingan Master Chef Azhari, persembahan tarian dabus, konsert nasyid serta aktiviti-aktiviti sampingan sepanjang bazar berlangsung seperti booth medical check-up, pameran BKPJM, mini games dan jualan amal (PROSMA) oleh Unit Kebajikan dan Kemanusiaan. Pihak BKPJM berharap semoga program berbentuk keusahawanan ini dapat terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang. - Wartawan BKPJM-

Monday, August 21, 2017

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI



KELANGSUNGAN PROGRAM BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

11 Ogos 2017(Jumaat). Perjumpaan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri telah diadakan bertempat di Asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Hayyu Sabiek Kaherah. Perbincangan  yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM)  adalah bertujuan  menyelaraskan beberapa program  mega secara bersama. 

Perbincangan ini bagi menekankan berkenaan kelangsungan kebersamaan Badan Kebajikan Anak Negeri dalam membawa  kebajikan kepada ahli disamping memperkukuhkan ukhuwah diantara mahasiswa/wi sebagaimana yang telah di bawa dalam resolusi Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri yang lepas.

Sebagaimana program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini, peringkat yang Dipertua telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa program sama ada melibatkan semua negeri atau beberapa negeri sahaja. Ia adalah mengikut kepada kesesuaian dan manfaat yang boleh diberikan kepada ahli. 

Segala makluman berkenaan dengan program-program tersebut  akan dimaklumkan melalui media rasmi Badan Kebajikan Anak Negeri.
 
Semoga kerjasama yang dijalinkan ini akan memberi manfaat kepada semua ahli dalam  memahami makna sebenar kesatuan dan meletakkan semangat ukhuwah islamiah dalam setiap pelaksanaan  gerak kerja.


.:: Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan ::.
.:: Kebersamaan Mengukuh Kesatuan ::.
.:: Membentuk Generasi Mithali ::.
.:: Kebajikan dan Perpaduan ::.

Thursday, August 3, 2017

BAKTI SISWA BKPJM BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA


Oleh : Ustaz Mohamad Azrul Bin Raf'an
Setiausaha KEMUDI ‘17

 MERSING, 27 Julai 2017 - Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir telah mengadakan satu program Bakti Siswa yang diberi nama Kem Motivasi Diri 2017 (KEMUDI '17). Program yang berbentuk motivasi kecemerlangan pelajar ini telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari bertempat di Maahad Tahfiz Al-Khairiah, Mersing. Antara objektif program KEMUDI' 17 ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menyuntik semangat motivasi dalam kalangan pelajar disamping melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek akademik dan pengajian Islam.



 Program ini telah dirasmikan oleh wakil MATAM, Ustaz Ariff Maricar. Di sebelah petang pula, aktiviti indoor game telah diadakan dalam kalangan pelajar seterusnya pengisian diskusi kitab 'Qiraah Manhaj Hayah' yang telah dibentangkan oleh Ustaz Shaker Naem bin Aris, mantan Bendahari BKPJM 15/16.Pada hari kedua, program dimulakan dengan program tazkirah subuh sebagai makanan rohani sebelum melakukan aktiviti luar bagi Membentuk kekuatan jasmani bagi melahirkan pelajar yang cerdas dan berdaya saing. Seterusnya program diteruskan lagi dengan slot motivasi diri, pengenalan Al-Azhar as-Syarif dan pengenalan BKPJM.


Majlis penutup diadakan pada sebelah petang yang telah dihadiri oleh beberapa wakil alumni Johor seterusnya majlis penutupan dirasmikan oleh Ust. Mohd Hidris Bin Shaari selaku Pengerusi Pertubuhan Al-Khairiah Mersing. Majlis diakhiri dengan bacaan doa wehdah bersama para pelajar. Pihak BKPJM berharap dengan terlaksananya program Bakti Siswa ini dapat menyumbang sedikit sebanyak perkongsian thaqafah dan pengalaman kepada kepada para pelajar sekaligus mengeratkan ukhuwah yang terjalin antara MATAM dan BKPJM. - Wartawan BKPJM.

“ KEBERSAMAAN MENGUKUH KESATUAN “

“ MEMBENTUK GENERASI MITHALI “

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...