KAHERAH, 4 September 2009: Seramai 28 mahasiswa mahasiswi baru pengajian Islam selamat sampat tepat jam 3.45 pagi (waktu Mesir) di terminal dua Lapangan Terbang Antarabangsa di Kaherah.
Seramai 13 mahasiswi dan 15 mahasiswa disambut oleh Lajnah Khas Sambutan Mahasiswa Baru Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (LKSMB BKPJM) 2009. Sambutan mereka dilapangan terbang diketuai oleh Ketua Unit Sambutan, Ustaz Sufiyan Saufi Nawawi dan beberapa ahlijawatankuasanya.
Turut menyertai sambutan tersebut ialah Pegawai Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir, Tuan Haji Ahmad Hanif bin Hj Naim, Yang Dipertua BKPJM saudara Basir Mohamed, Ketua HEWI BKPJM saudari Khairunnisaa Zulkarnain, Wakil Badan Pengurus PMRAM saudara Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan, Penasihat BKPJM saudara Amaluddin bin Arshad serta dua orang wakil HEWI PMRAM.
Mahasiswa baru kesemuanya ditempatkan di Asrama Pelajar Johor di Raba'ah Al Adawiyah, Kaherah. Pihak LKSMB BKPJM telah menyusun program selama 3 hari bagi mereka iaitu Hari Pengetahuan dan Silaturrahmi (HPS). Program tersebut bagi mendedahkan kepada mereka beberapa pengetahuan penting apabila mereka berada di sini. Antaranya berkenaan dengan Universiti Al Azhar sendiri, keselamatan, kesihatan dan sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Terbaru
Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...

-
HUKUM BERMAIN ALAT MUZIK BERTALI Islam tidak menghalang untuk umatnya berhibur, akan tetapi setiap hiburan perlu bersandar dengan ...
-
PERSPEKTIF ISLAM DALAM MEMPERTAHANKAN HAK Dalam Islam kita perlu menjaga dan mempertahankan hak, harta dan maruah kita apabila ...
-
Pada zaman Abu Hanifah, terdapat seorang Yahudi daripada aliran Dahari yang telah berdebat dan mengalahkan kesemua ulama Islam ketika itu m...
No comments:
Post a Comment