Monday, December 14, 2015

Bazar Selat Tebrau

Sabtu,20 Mac 2009 - Bazaria Johor menjelma kembali dengan beraneka juadah yang baru tersedia, bermula pada 15 mac yang lalu. 

Kali ini ia diberi nama 'Bazar Selat Tebrau' yang pasti menjanjikan pelbagai juadah enak masakan Selat Tebrau. 

GERAI

Sebanyak 13 buah gerai telah dibuka,.4 daripada gerai tersebut merupakan gerai akhawat manakala yang selebihnya dari kalangan ikhwah.Bazar yang selamat dijalankan selama 4 hari berturut-turut itu telah mendapat keuntungan yang besar bagi menjana ekonomi BKPJM. Ia bermula pada jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 11.00 malam.

JUADAH DAN KEJUTAN

Pelbagai juadah telah dijual antaranya Satey, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Roti Canai dan sebagainya termasuk Kuew Teaw yang paling banyak mendapat sambutan. Sementara itu pertandingan juga telah diadakan seperti teka gula-gula, makan buah epal, cabutan bertuah dan pertandingan gerai terbaik. Pada kali ini, gerai terbaik telah dimenangi oleh gerai A & A kitchen dibawah kelolaan Ustaz Roslan Hamim dan Ustaz Azrin Saion manakala pertandingan lain pula seperti teka gula-gula telah dimenangi ustazah Siti Amaliatun Solehah dan makan buah epal telah dimenangi oleh Ustazah Farah Atikah.

SAMBUTAN

Walaupun pada hari pertama bazar kurang mendapat sambutan, namun kedatangan coster daripada muhafazah Iskandariah pada hari kedua telah menghangatkan lagi suasana Bazar Selat Tebrau. Kemeriahan bazar ini diceriakan lagi dengan kehadiran mahasiswa-mahasiswi Mesir dari seluruh negeri termasuk juga sebahagiannya daripada muhafazah yang berdekatan. Pemilihan lagu juga dibuat dikalangan ikhwah mahupun akhawat. Ramai yang mengambil kesempatan ini dengan membuat pemilihan lagu sambil memberi ucapan kepada rakan -rakan mereka.

KESIMPULAN

"Semoga ukhuwah kita terjalin hingga ke akhir hayat." inilah harapan daripada salah seorang ahli jawatan kuasa bazar iaitu Ustazah Syarifah Masykurah. Semoga dengan harapan ini dapatlah kita mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita tanpa perlu ada persengketaan. Program ini berakhir dengan membersihkan kawasan tersebut sebelum pulang ke rumah mereka.

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...