Tuesday, August 30, 2016

SPORT DAY MENCUNGKIL BAKAT MAHASISWI JOHOR DALAM SUKAN




Sport Day Mencungkil Bakat Mahasiswi Johor dalam Sukan
Kaherah, 27 Ogos 2016 -Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI) Bkpjm 2015/2016 di bawah Unit Perumahan Hewi (Lajnah Kebudayaan,Kesenian dan Sukan) telah mengadakan Sport Day bertempat di Nadi Syabab Hayyu Sadis.Program ini diadakan bertujuan mencungkil bakat dan kemahiran terpendam yang dimiliki oleh mahasiswi Johor dalam arena sukan.Di samping itu ianya diadakan bagi mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswi Johor dan memupuk semangat kesukanan dikalangan mahasiswi Johor sekaligus dapat memanfaatkan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah.
Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan dalam program ini seperti Dodgeball,Netball dan Skipping Giant.Program bermula sekitar jam 3.00 petang dengan acara warm up terlebih dahulu.Kemudian diteruskan dengan pembahagian kumpulan dan penerangan bagi setiap permainan kepada para peserta sebelum bermulanya permainan Dodgeball,Netball dan Skipping Giant.Seramai 27 orang mahasiswi Johor telah turun padang bagi menjayakan program sukan ini termasuk mahasiswi baru.Program diakhiri dengan kalam penutup oleh Ustazah Siti NorFatehah Binti Mohd Anuar selaku pemangku Unit Perumahan(Lajnah Kebudayaan,Kesenian dan Sukan Hewi) 2015/2016 dan sesi bergambar mahasiswi pada pukul 5.30 petang.
Akhirnya,Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI BKPJM 2015/2016) berharap dan menyeru kepada semua mahasiswi Johor untuk turut serta bersama menyertai program yang akan dianjurkan oleh BKPJM seperti program sukan ini pada masa akan datang kerana akal yang sejahtera itu juga datangnya daripada tubuh badan yang sihat. Tambahan pula, mafhum hadis turut menyatakan “Mukmin yang kuat itu lebih dicintai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah”. saMoga dengan terlaksana program sukan yang lebih bersifat ‘outdoor’ ini dapat mengasah bakat yang dimiliki oleh mahasiswi Johor untuk lebih kehadapan pada masa akan datang dalam sukan dan mengeratkan ukhuwah yang telah terbina antara mahasiswi Johor.Wa Allahu A’lam.
“MAHASISWI RABBANI DAN BERKETERAMPILAN”

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...