السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد,
Baru-baru ini, kita mendengar pemakluman yang telah dibuat oleh Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir berkaitan dengan pendaftaran PMRAM dibawah Hal Ehwal Kementerian Kemasyarakatan Mesir telah dibekukan dalam ucapan beliau di Persidangan Khas PMRAM pada 29 Mac 2015 yang lalu. Berita pemakluman ini amat mengejutkan semua pihak samada di seluruh ahli dibawah Badan Kebajikan Anak-anak Negeri ataupun di Dewan Perwakilan Mahasiswa.
Pemakluman ini menimbulkan pelbagai reaksi dari semua peringkat masyarakat yang berada di Mesir, samaada di peringkat pimpinan-pimpinan cawangan mahupun ahli.
Pembekuan pendaftaran ini adalah sebuah berita yang menyedihkan dan menimbulkan kemarahan dikalangan ahi-ahli PMRAM, ini kerana bukan sekadar disebabkan proses penyelarasan Hal Ehwal Kemasyarakatan Mesir terhadap NGO-NGO yang berdaftar akan tetapi seolah-olah ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk mengganggu perjalanan PMRAM dan memecahbelahkan kesatuan anak-anak melayu yang berada di Mesir ini di bawah PMRAM.
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir adalah sebuah gerakan mahasiswa yang telah ditubuhkan lama bermula pada tahun 1930 yang membawa agenda kesatuan dan kebajikan dikalangan anak –anak melayu. PMRAM yang telah bergerak selama 85 tahun ini, bertunjangkan dengan dasar yang benar iaitu al-quran dan assunnah bagi menaungi anak-anak melayu, tambahan pula PMRAM membawa agenda, menitikberatkan semua aspek iaitu dari sudut Thaqafah, Tarbiah,Ekonomi, sukan dan sebagainya yang menjuruskan kepada kefahaman Islam yang syumul. Namun, gerakan mahasiswa ini yang tidak sunyi daripada pelagai mehnah dan tribulasi yang dilakukan oleh tangan-tangan jahat untuk menjatuhkan kesatuan yang berada dibawah gerakan mahasiswa bernama "PMRAM".
Oleh itu, saya selaku Yang di Pertua Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 14/15 yang diamanahkan untuk mengemudi kesatuan anak-anak johor yang berada dibawah wadah Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir mengutuk sekeras-keras dan mengecam sekiranya wujud pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk memecahbelahkan kesatuan anak-anak melayu dibawah wadah kesatuan PMRAM. Barisan pimpinan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 14/15 menyeru kepada seluruh anak-anak Johor untuk sama-sama mempertahankan PMRAM dan bersama-sama mengembleng tenaga untuk bersama dibawah kesatuan PMRAM dan menjayakan 4 resolusi yang telah disepakati bersama didalam Persidangan Khas PMRAM . Sekian terima kasih.
#BERSAMA BERSATU I KITA PMRAM I BKPJM KELUARGA KITA I SETIABESAMAMU BKPJM
KEBAJIKAN DAN PERPADUAN
"THAQAFAH CEMERLANG
KESATUAN GEMILANG"
Usamah bin Aris
Yang Di Pertua,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 14/15.
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 14/15.
No comments:
Post a Comment