Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillahi Rabbil A'lamin, segala pujian dipanjatkan kehadrat Allah SWT di atas kurniaan nikmat Iman dan Islam kepada kita. Selawat dan salam dipanjatkan kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W, juga ahli keluarga Baginda, para sahabat sekalian juga mereka yang berjuang menegakkan panji dan syiar Islam.
Baru-baru ini kita dihebahkan dengan sebaran maklumat berkaitan syarat-syarat kelayakan permohonan zakat yang tiada sumber yang jelas. Namun perkara ini, kita selaku mahasiswa/wi tidak harus menerima sebulat-bulatnya dengan perkhabaran yang kurang jelas.
Berhubung dengan perkara itu, saya menyarankan untuk merujuk kepada pihak berautoriti dalam perkara tersebut bagi mendapat penjelasan yang sebenar. Oleh yang demikian, baru-baru ini, beberapa individu bangkit dalam menyuarakan kecelaruan berkaitan masalah ini di laman"facebook" . Terdapat ulasan dan kenyataan YB Abd Mutalip bin Abd Rahim selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor berkaitan dengan kelayakan zakat.
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
1. Sekurang-kurangnya Jayyid (STAM)
2. Mengikuti daurah di MARSAH
3. Lulus Imtihan Qabul di Al-Azhar
4. Pergi ke Mesir melalui rombongan yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islan Negeri Johor.
Diharapkan dengan kenyataan ini, dapat meredakan beberapa kecelaruan yang berlegar dikalangan anak-anak Johor berkaitan syarat kelayakan permohonan zakat.
BKPJM sentiasa komited dalam menyelesaikan permasalahan dikalangan anak-anak Johor di Mesir dan sentiasa dalam membawa agenda KEBAJIKAN sebagaimana yang terdapat dalam pembawaan BKPJM pada sesi kali ini, iaitu KEBAJIKAN UNTUK SEMUA.
Sekian
.
KEBAJIKAN DAN PERPADUAN
“THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG”
"MAHASISWI RABBANI & BERKETERAMPILAN"
No comments:
Post a Comment