Monday, December 14, 2015

Program Islamic Circle Mendapat Sambutan Yang Menggalakkan

CKaherah, 2 Mac 2006 - Unit Tarbiyah dan Dakwah BKPJM bersama dengan UDT HEWI BKPJM telah mengadakan program Islamic Circle (IC) buat kali pertama pada tahun ini. 

Program yang disasarkan kepada gabungan halaqah ilmiah itu telah dirasmikan oleh TYDP BKPJM Ust Muhd Hairi Hamzah dan ditutup rasmi oleh Ustaz Mohd Fairuz Tamjis.

Program sepanjang 1 hari itu juga, padat diisi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya Diskusi Kitab ‘WajibatussYababul Yaum’ dan Talk Show bertajuk ‘Kepentingan Usrah’ dan diakhiri dengan Qiamullail dan Solat Subuh keesokan harinya.


Alhamdulillah program mendapat sambutan kumpulan sasar serta berjalan dengan lancar.

Sejarah Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM)


Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir merupakan satu-satunya persatuan bagi pelajar Johor di Republik Arab Mesir. Ianya telah ditubuhkan semenjak 30 tahun yang lalu dengan nama Tabung Derma Pelajar Islam Johor (TDPIJ) dan kemudiannya ditukar dengan BKPJM pada November 1982.

1970: Penubuhan TDPIJ. Peranannya hanya dimainkan oleh ketuanya sahaja bagi mengadakan hubungan dengankerajaan Johor dan pihak-pihak berkenaan disamping bertugas mengumpul derma dan mengagihkannya kepada pelajar yang layak.

1971: Meluaskan peranannya yang asal disampaing mengadakan kelas-kelas bimbingan dan tafaqquh serta majlis-majlis sambutan.

1976: Berusaha untuk mendapatkan rumah khususnya untuk pelajar Johor Asrama Pelajar Johor (APJ) dengan membuat pengutan derma daripa ahli, masyarakat di tanah air, jemaah haji dan lain-lain disamping menghantar beberapa orang wakil pelajar yang diketuai oleh saudara Mudasir bin Mistar untuk menemui Menteri Besar Johor YAB Dato’ Abdul Ajib bin Ahmad.

1981: Membantu pihak kedutaan bagi mencari rumah yang sesuai dan mengawasai sepanjang pembinaan rumah tersebut dengan menubuhkan AJK khas bagi tujuan tersebut.

1982: Mengadakan persiapan bagi majlis perasmian Asrama Pelajar.
  • Mengadakan majlis sambutan kunjungan Sultan Johor dan rombongan
  • TDPIJ dibubarkan pada November 1982 dan digantikan dengan BKPJM
  • Menyambut Kerajaan Negeri Johor yang diketuai oleh YAB Dato Abdul Ajib bin Ahmad MB Johor. Menyerahkan memorandum bagi mendapatkan peruntukan surau, dewan dan maktabah.
1988: Mengadakan sambutan kunjungan rombongan kerajaan Ngeri Johor yang diketuai YAB Dato Muhyidin bin Mohd Yassin MB Johor.

1989: Membantu Jabatan Penuntut Malaysia dan Maahad Johor bagi urusan memperbaharui pengiktirafan sijil Maahad Johor oleh pihak Al Azhar.

1993: Menyambut kunjungan Yayasan Islam Johor dan Majlis Agama Islam Johor yang diketuai oleh YB Dato Ahmad bin Abdullah (Exco Agama Islam Negeri Johor).

1994: Mengadakan majlis sambutan kunjungan rombongan rasmi MAIJ dalam misi perundingan dengan Al Azhar untuk menubuhkan Universiti Al Azhar berkembar di Negeri Johor.

1995: Mengadakan majlis sambutan di atas kunjungan rasmi kerajaan Negeri Johor yang diketuai oleh YB Dato Ahmad bin Abdullah (Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Johor) dalam misi perundingan semula bagi menubuhkan Universiti Al Azhar berkembar di Johor.
  • Mengadakan majlis sambutan kunjungan yang diketuai oleh Ustaz Amin bagi urusan memperbaharui pengiktirafan sijil Al Attas.

1996: Mengadakan majlsi sambutan di atas kunjungan rasmi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang diketuai oleh Dato Rahmat Abd Rahman (Pengurus Besar YPJ) dalam misi perundingan membaik pulih APJ.

1997: Projek membaikpulih APJ bermula pada bulan Februari hasil dari peruntukan penuh YPJ.

1998: Mengadakan Program Bakti Siswa kali pertama di Taman Seri Penggeram, Batu Pahat pada bulan Ogos.

1999: Menyambut kunjungan rombongan MAIJ yang diketuai oleh Sophibus Samahah Dato Noh Gadot.

2000: Pelancaran Buletin Al Jauhar dan Homepage BKPJM oleh Presiden PMRAM Ustaz Mohd Nizam bin Mohd Noh.

2002: Sabutan tiga dekat BKPJM pada bulan September serta menyambut kedatangan MAIJ oleh Sohibus Samahah Dato Noh Gadot.
  • Mengadakan majlis ramah mesra bersama YB Dato Khalid Nordin (Timb Menteri Kerjaraya)
2003: Mengadakan sambutan di atas kunjungan rasmi Pengarah Jabatan Agama Johor YB Dato Ishak Amin dan rombongan.

2004: Pendaftaran rasmi BKPJM di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.
2005: Pembaikpulihan APJ dan perasmian Rumah Johor di Iskandariah sempena kunjungan hoirmat YAB Dato Abdul Ghani Othman, MB Johor serta rombongan kerajaan Negeri Johor ke Ardhil Kinanah.

Sunday, December 6, 2015

Travelog Srikandi 5.0

TRAVELOG SRIKANDI 5.0




RABAAH EL-ADAWIYAH, 6 Disember 2015 - Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM di bawah Setiausaha telah menganjurkan program bersiri iaitu “Travelog Srikandi 5.0” yang bertempat di syaqah 5, Asrama Pelajar Johor Rabaah. Program ini bermula selepas solat waktu Isyak.

   Travelog Srikandi 5.0 telah disampaikan oleh Ustazah Shakerah Naimah dan Ustazah Hazirah Husna dengan tajuk ‘Hindun Binti Utbah’ yang merupakan Pejuang Peperangan Yarrmouk. Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan thaqafah dan ilmu pengetahuan berkaitan sejarah Islam dikalangan akhawat Johor. Seterusnya program ini diteruskan lagi dengan sesi soal jawab yang berkaitan dengan sejarah tokoh wanita islam.

Majlis ini diserikan lagi dengan slot istimewa yang disampaikan oleh Ustazah Aisyah Bt Sakiron, Graduanita Usuluddin Tafsir Universiti Al-Azhar untuk memberi sedikit kalam taujihat kepada adik-beradik akhawat Johor sebelum pulang ke tanah air yang tercinta. Semoga kalam taujihat yang diberikan dapat memangkin semangat adik-beradik akhawat Johor dalam meneruskan perjuangan di ardhul kinanah ini.

Program ini berjalan dengan lancar ditambah dengan komitmen adik-beradik akhawat Johor yang dahagakan ilmu. Semoga ia dapat melahirkan akhawat Johor yang berthaqafah sesuai dengan pembawaan “Meningkatkan Akademik dan Thaqafah Dikalangan Mahasiswa Johor” -aljauhar-



Sunday, September 27, 2015

SAIED '15 : Pengorbanan, Perjuangan, Kesatuan

                                    
KAHERAH, 24-26 September 2015 – Badan Kebajikan Pelajar- Pelajar Johor saban tahun menganjurkan program Sambutan Hari Raya Aidiladha dan pada tahun ini ia telah diberi nama Sambutan Hari Raya Eiduladha (SAIED ’15) dengan tema ‘Pengorbanan, Perjuangan, Kesatuan’. Perasmian program ini     bertempat di Dewan  Asrama Pelajar Johor Thamin. Pengarah bagi program SAIED '15 kali ini adalah Ustaz Mohd Zahid bin Mohd Nor.
Pada 23 September 2015, laungan takbir hari raya dan perutusan hari raya Aidiladha telah disampaikan oleh Ustaz Usama bin Aris di APJ Rabaah. Keesokan harinya, telah diadakan proses penyembelihan dan melapah di APJ Thamin. Sebanyak 45 ekor kambing dan biri-biri serta seekor unta telah selamat dikorbankan.  
Majlis perasmian SAIED ’15 dimulakan dengan ucapan Yang di-Pertua BKPJM, Saudara Usama  bin Aris dan ucapan Pegawai Atase Pendidikan Johor di Mesir, Ustaz Khairi bin Jalalluddin sekaligus    merasmikan program SAIED ‘15. Majlis diteruskan dengan dengan pengisian khas oleh Ustaz Mohd Kamal  bin Said yang merupakan mantan Pengetua Madrasah Arabiah Kluang.

Agenda majlis diteruskan dengan slot santai yang telah dikendalikan oleh Saudara Ayub bin Azizol dan Saudara Mohd Syaza bin Jamal. Antara slot yang menarik adalah persembahan qasidah oleh anak-anak Johor, pentomen berkisarkan keluarga  dan tayangan movie khas.  Turut hadir bersama-sama dalam program Yang DiPertua dari seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri serta Ketua-ketua HEWI dan beberapa orang ahli.             
Program diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih kifarah serta jamuan istimewa Hari Raya Aidiladha.
Akhir sekali, harapan seluruh badan pelaksana program SAIED ‘15 agar Zulhijjah  pada kali ini lebih bermakna kepada anak-anak Johor yang menyambut Hari Raya di perantauan disamping menaut kembali ikatan mahabbah sesama adik beradik BKPJM sekaligus membajai semangat berkorban dan bekerjasama dalam diri anak-anak Johor.
                     

Friday, August 14, 2015

MARHABAN AIDILFITRI ’15 : Amalan Ziarah Dalam Kalangan Mahasiswa Johor


KAHERAH, 8, 9 & 11 Ogos 2015 – Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 14/15 dibawah Unit Perumahan (Lajnah Kebudayaan Kesenian dan Sukan) telah menganjurkan satu program iaitu MARHABAN AIDILFITRI ’15 yang telah diadakan di beberapa buah tempat iaitu Hayyu Sabi’e, Hayyu Asyir, Darrasah dan Abdeen. Program tersebut  telah melibatkan hampir keseluruhan daripada kalangan anak-anak Johor di mesir.

Marhaban tersebut telah  diadakan selama 3 hari, pada hari pertama Marhaban telah dimulakan di rumah Ustaz Syuaib bin Sangkrah di Hayyu Sabi’e dan seterusnya diikuti rumah Ansar, Tanjung dan Muafakat di Hayyu Asyir. Dan pada hari kedua Marhaban diteruskan lagi di rumah Ustaz Shahrul Ramzi Hanis di Darrasah dan rumah Johor Abdeen di Abdeen. Pada hari yang terakhir Marhaban telah diadakan di rumah Pegawai Atase Pendidikan Johor di Mesir, Ustaz Adam bin Ibrahim di Rabaah.

Antara tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara satu sama lain dan juga dapat menziarahi adik-beradik BKPJM yang tinggal selain di Asrama Pelajar Johor. Turut menyertai program ini adalah pelajar-pelajar baru dan lama yang berada di Kaherah. Program ini mendapat sambutan yang amat baik mengalakkan daripada anak-anak Johor di Mesir.

Semoga program seperti ini dapat mengeratkan tali silaturrahim antara semua mahasiswa Johor di Perlembahan Nil.



Sunday, August 9, 2015

WIFI : Memperkenalkan Mahasiswa/wi Baru Kepada BKPJM

KAHERAH, 4 Ogos 2015- Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir dibawah Lajnah Khas Unit Sambutan Mahasiswa Baru 2015 5 telah mengadakan program 'We Are Family' (WiFi '15) khusus untuk mahasiswa baru. Antara objektif program tersebut adalah bertujuan memperkenalkan Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir kepada mahasiswa/wi baru dengan lebih mendalam sekaligus berkenal-kenalan antara mahasiswi lama dan baru.
Aturcara majlis bermula selepas maghrib dengan pengisian 'Ngeteh Jauhari (Special Edition) yang menampilkan 3 orang panel iaitu Penasihat BKPJM, Ustaz Mohd Helmi bin Norhisham dan Ustaz Mohd Ariff bin Hamzah serta Yang DiPertua BKPJM, Ustaz Usamah bin Aris. Ngeteh Jauhari pada kali ini berkonsepkan 'special edition' dengan pembentangan sejarah BKPJM dan dibuka sesi soal jawab kepada panel. Majlis diteruskan lagi dengan mengisi borang BKPJM serta pembahagian muzakarah berkelompok bagi mahasiswa mahasiswi baru.


Akhirnya, majlis diakhiri dengan perasmian penutup oleh Yang DiPertua BKPJM serta penyerahan sumbangan daripada Ikatan Lepasan Mahasiswa Azhar (ILMAM) dan BKPJM kepada pelajar mahasiswa dan mahasiswi baru.
Justeru itu, kami mengharapkan sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa mahasiswi baru.
BKPJM optimis untuk menyalurkan kebajikan anak-anak Johor di bumi Mesir bertepatan dengan moto BKPJM iaitu kebajikan dan perpaduan


Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...