Sunday, December 6, 2015

Travelog Srikandi 5.0

TRAVELOG SRIKANDI 5.0




RABAAH EL-ADAWIYAH, 6 Disember 2015 - Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM di bawah Setiausaha telah menganjurkan program bersiri iaitu “Travelog Srikandi 5.0” yang bertempat di syaqah 5, Asrama Pelajar Johor Rabaah. Program ini bermula selepas solat waktu Isyak.

   Travelog Srikandi 5.0 telah disampaikan oleh Ustazah Shakerah Naimah dan Ustazah Hazirah Husna dengan tajuk ‘Hindun Binti Utbah’ yang merupakan Pejuang Peperangan Yarrmouk. Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan thaqafah dan ilmu pengetahuan berkaitan sejarah Islam dikalangan akhawat Johor. Seterusnya program ini diteruskan lagi dengan sesi soal jawab yang berkaitan dengan sejarah tokoh wanita islam.

Majlis ini diserikan lagi dengan slot istimewa yang disampaikan oleh Ustazah Aisyah Bt Sakiron, Graduanita Usuluddin Tafsir Universiti Al-Azhar untuk memberi sedikit kalam taujihat kepada adik-beradik akhawat Johor sebelum pulang ke tanah air yang tercinta. Semoga kalam taujihat yang diberikan dapat memangkin semangat adik-beradik akhawat Johor dalam meneruskan perjuangan di ardhul kinanah ini.

Program ini berjalan dengan lancar ditambah dengan komitmen adik-beradik akhawat Johor yang dahagakan ilmu. Semoga ia dapat melahirkan akhawat Johor yang berthaqafah sesuai dengan pembawaan “Meningkatkan Akademik dan Thaqafah Dikalangan Mahasiswa Johor” -aljauhar-



No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...