Peperiksaan merupakan sebuah penilaian yang dilaksanakan untuk mengetahui tahap penguasaan atau pemahaman pelajar di sesebuah institusi pengajian, baik di peringkat persekolahan mahupun di universiti, dengan tertakluk kepada gred yang ditetapkan oleh jabatan pendidikan sesebuah negara terhadap setiap tingkatan penguasaan. Justeru itu, semestinya semua pelajar menginginkan keputusan yang terbaik dalam setiap peperiksaan yang diduduki mereka.
Namun, ada segelintir pelajar yang berpendapat bahawa peperiksaan adalah segala-galanya dalam menentukan hala tuju dan baik-buruk kehidupan mereka di masa hadapan, sehinggakan acapkali terlupa tujuan utama kehidupan iaitu untuk menggapai keredhaan-Nya. Lantas, kita perlu sentiasa beringat dan kembali kepada fitrah seorang hamba iaitu menjadi hamba kepada Allah bukannya kepada peperiksaan yang hanya merupakan penetapan manusia semata-mata.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
Surah Adz-Zariyat, ayat 56
Maknanya: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk mereka menyembah-Ku "
Ramai manusia mampu menghafal ilmu, tetapi tidak ramai yang mampu mengamalkan ilmu-ilmunya. Hal ini kerana, hakikat ilmu itu bukan apa yang dihafal tetapi apa yang diamalkan. Secebis kata yang daripada Imam As-Syafie:
"Apabila kamu tidak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kejahilan"
"العلم نور، ونور الله لا يهدى لعاصي"
" Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan memasuki hati orang yang bermaksiat."
Oleh: Ustazah Nurhazirah binti Abdul Manan
Unit Sambutan dan Rehlah HEWI BKPJM 18/19
.::Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan::.
.::Kesyumulan Islam Tunjang Kesatuan Ummah::.
.:Memacu Profesionalisme Mahasiswi::.
.::Kebajikan dan Perpaduan::.
No comments:
Post a Comment