DISEDIAKAN OLEH: NURIZZAH SOFEA BINTI ISMAIL
TIMBALAN RESEARCH AND DEVELOPMENT, JABATAN
FASILITATOR,
UNIT DAKWAH DAN TARBIAH, BKPJM 2017/ 2018
Muslimat kini menjadi penentu kepada
keseimbangan perjuangan islam. Bahkan muslimat merupakan agen-agen utama dalam
membentuk pelapis-pelapis pejuang agama Islam daripada peringkat yang terawal, sekaligus
menunjukkan peranan muslimat amat penting.
Maka peranan muslimat tersebut
mestilah dipastikan berlandaskan ilmu dan kefahaman yang jelas mengenai Islam
dalam menceburi medan amal Islami. Kefahaman muslimat dalam memainkan
peranannya dalam medan amal memerlukan keringat yang tidak kenal erti lemah dan
lelah sebagai penyuluh generasi. Peranan muslimat agar tidak menjadi orang yang
melampaui batasan dan terlalu tertutup sehingga kewujudan mereka dianggap
bagaikan tiada.
Sejarah telah menunjukkan peranan
muslimat yang cukup besar dalam kehidupan apatah lagi dalam bidang yang khusus
melibatkan kewanitaan. Antaranya yang dapat dijadiakn contoh pada zaman Nabi
sehingga kini iaitu Saidatina Aisyah RA, isteri Rasulullah S.A.W yang
senantiasa menjadi salah seorang tempat rujukan para sahabat RA mengenai
permasalahan-permasalahan yang melibatkan bidang kewanitaan. Bahkan para ulama’
ada menyebutkan ketika wafatnya Saidatina Aisyah RA, umat Islam kehilangan satu
per empat ilmu. Beliau mendapat keistimewaan dalam sudut penerangan terutama
ilmu-ilmu Islam. Selain itu tokoh muslimat moden iaitu Zainab al-Ghazali,
beliau merupakan antara salah seorang penggerak muslimat di dalam gerakan Islam.
Keringat tenaga, masa dan wang ringgitnya banyak dilaburkan menabur bakti dalam
medan Islam.
Makanya di sini, muslimat perlu
mencerna ideologi dalam memahami peranan wanita muslimah daripada pelbagai
aspek realiti kehidupan dewasa kini. Apa yang dapat dinilai bila mana kaum
wanita terpandu pada dua arah, iaitu :
1)
Ideologi yang cenderung ke arah mengongkong dan meyekat kebebasan wanita
Islam.
Sehinggakan
menutup keterbatasan ruang lingkup pergerakan wanita.
2)
Ideologi yang keterlaluan dalam membuka pintu kebebasan terhadap wanita
sehingga menghalalkan segala tindakan mereka, mengadaptasikan budaya barat
lantas terus tenggelam dalam arus taqlid (mengikut-ikut) dan ikutan
membabi buta.
Menjadi seorang
wanita sama ada akan menjadi seindah-indah perhiasan atau seburuk-buruk fitnah.
Realiti masa kini
yang dapat dilihat bilamana kaum wanita terlalu berkeinginan untuk terkehadapan
sehinggakan hilang batasan syariat, hilang arah panduan, hilang rasa malu dan
menuntut hak sebelum menunaikannya. Hal ini amat terkesan bilamana pengaruh
barat mengelolai seseorang wanita seperti apa yang terjadi pada realiti kini. Sebagai
contoh golongan LGBT, tarian-tarian barat, hak kedudukan wanita yang
ingin disamaratakan daripada segi kepimpinan dan sebagainya.
Perkara sebegini
dapat dilihat kerana wanita barat memiliki tabiat, pegangan, nilai, dan adat
serta persekitaran hidup yang berbeza. Begitu juga kita sebagai muslimat punya
adat, nilai hidup, pegangan dasar, pendirian Islam yang teguh. Justeru, tidak
wajar bagi wanita Islam yang tinggal di negara Islam menurut jejak langkah
wanita Eropah.
Sebagaimana Firman
ALLAH SWT dalam surah An-Nur:31 :
"وقل للمؤمنات يغضضن من ابصرهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر
منها وليضربن بخمرهن على جيوبهن"
Maksudnya : “Dan katakanlah pada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripda memandang yang haram) dan memelihara
kehormatan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali
yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan
tudung kepala mereka”.
Wanita
menjadi elemen penting dalam Islam apabila martabat wanita diangkat setelah
datangnya Islam dan membetulkan persepsi masyarakat yang pada asalnya wanita
menjadi punca kemunduran sesebuah institusi. Bertitik tolak dalam hal ini dapat
kita lihat kedudukan wanita terjamin disebabkan keadaanya sentiasa di bawah
tanggungjawab lelaki dalam segenap situasi mengikut sistem hidup Islam dalam
perlaksanaannya.
Maka
cabaran muslimah hari ini ialah bagaimana mereka melengkapkan diri dengan
kehendak-kehendak semasa, mengisi ruangan-ruangan yang penting dalam umat Islam
di hari esok merupakan satu tanggungjawab besar yang mesti difikirkan. Hal ini
kerana pihak barat mengeksploitasikan wanita dalam meruntuhkan tamadun Islam
yang meninggikan martabat wanita itu sendiri. Islam sangat menuntut dalam
mencerminkan keperibadian akhlak yang tinggi
dengan berpegang pada prinsip Islam berpaksikan kepada iman yang kuat
dan pegangan agama yang kukuh. Tidak mustahil suatu hari muncul serikandi Islam
bangkit mempertahankan agama biarpun dengan laungan takbir di medan juang
ataupun bertemu Ilahi dengan tenang. Akhir kalam ‘janganlah impikan lelaki
sehebat Rasulullah SAW jika dirimu tidak setulus seperti Khadijah RA’.
No comments:
Post a Comment