OLEH : SYAHIDAH BINTI ABDUL HADI
TIMBALAN SETIAUSAHA MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN KALI KE-35 BKPJM 2016/2017
KAHERAH, 21 SEPTEMBER 2017 - SUKEJ, Suara Kampus Edisi Johor
adalah majalah ilmiah terbitan Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKPJM. Majalah yang
telah menjangkau edisi ke-116 ini telah lama terhenti pengeluarannya sejak
tujuh tahun yang lalu. BKPJM pada sesi 2016/2017 telah berjaya menerbitkannya
semula dan pelancarannya telah dilakukan pada hari yang sama Mesyuarat Agung
Tahunan BKPJM kali ke-35 dilaksanakan.
“Usaha menerbitkan ‘makalah’ yang
diberi nama majalah Suara Kampus Edisi Johor (SUKEJ) berdasarkan isu dan
cabaran umat Islam kini untuk tujuan dakwah dan memberikan pendedahan kepada
masyarakat berkaitan taktik-taktik licik musuh Islam merupakan satu
kecenderungan baru yang wajar disokong”, ujar Ustaz Anuar Sarimin dalam kalam
pengantar yang turut dimuatkan dalam edisi kali ini. Beliau juga merupakan
mantan Yang di-Pertua BKPJM pada tahun 1990.
Majalah SUKEJ sesuai untuk dibaca dan
diamalkan oleh generasi pemuda zaman sekarang kerana ia memuatkan fikrah-fikrah
serta ilmu-ilmu duniawi mahupun ukhrawi yang sudah tentu memberikan banyak
manfaat kepada mereka. Generasi kini yang majoritinya sudah leka dengan hal
peribadi masing-masing memerlukan satu agen perubah yang mampu membangkitkan
kembali semangat kemasyarakatan mereka. Bagi melaksanakan perkara ini, majalah
SUKEJ mengambil peranannya sebagi api yang membakar semangat pemuda-pemuda
Islam.
Team SUKEJ yang telah diketuai sendiri oleh Ustaz Muhammad Zaki bin Ramle selaku Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKPJM 16/17 telah
bertungkus-lumus dalam menyiapkan majalah ini pada tahun ini. Dengan moto “Ke
Arah Membina Minda Islam” pelbagai topik, artikel, isu semasa dan lain-lain terdapat
dalam keluaran kali ini.
Akhir sekali, satu penghargaan dan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada team SUKEJ khususnya, seluruh
kepimpinan BKPJM sesi 16/17 dan semua yang terlibat dalam menerbitkan majalah
SUKEJ yang khusus untuk ahli BKPJM dan ammnya kepada semua. Semoga segala usaha
dan keringat ini mendapat keberkatan dan dinilai Allah sebagai jariah. Oleh
itu, bagi mahasiswa/i yang masih belum mendapatkan SUKEJ keluaran ke-116, boleh
terus berhubung dengan Unit Ekonomi BKPJM 17/18.
No comments:
Post a Comment