OLEH : FAKHRUR RAZI BIN BAKAR
SETIAUSAHA MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN KALI KE-35 BKPJM 2016/2017
KAHERAH, 21 SEPTEMBER 2017 - MAT
atau nama penuhnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-35 merupakan program mega
yang telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir
bertempat di Asrama Pelajar Johor, Rabaah dan berlangsung selama sehari dengan
tema “Generasi Syura Membangun Wehdah”.
Objektif
yang diletakkan dalam mesyuarat kali ini adalah membentangkan laporan gerak
kerja tahunan kepimpinan BKPJM sesi 2016/2017. Selain itu, ahli juga boleh menyuarakan
pendapat, pandangan, idea, muhasabah serta cadangan berkaitan gerak kerja
BKPJM. Tidak lupa juga, objektif utama adalah untuk mengeratkan ukhuwah
islamiah yang terjalin dalam kalangan ahli baik yang baru mahupun yang lama.
Alhamdulillah,
Mesyuarat Agung Tahunan kali ini dapat dilaksanakan di Asrama Pelajar Johor,
Rabaah setelah sesi yang lepas,
2015/2016 terpaksa diadakan di luar premis sendiri iaitu bertempat di
dewan Tontowi. Pendaftaran telah dibuka pada jam 7 pagi. Setelah itu, Majlis
Perasmian diadakan dengan dirasmikan
oleh Penasihat BKPJM sendiri, Ustaz Muhammad Amin Bin Sailan.
Bukan itu
sahaja, mesyuarat kali ini lebih menarik apabila diadakan Majlis Pelancaran
Sukej yang sudah lama tidak menonjolkan dirinya sejak 7 tahun. Sebuah
penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada kepimpinan sesi 2016/2017
yang bersungguh-sungguh menerbitkan majalah Sukej bermatlamatkan khusus untuk
ahlinya. Tepat pada jam 9.00 pagi, Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-35 dimulakan
dan berakhir pada jam 10.00 malam dengan solat Isyak secara berjemaah, jamuan
dan sesi bergambar.
Sepanjang
mesyuarat tersebut berlangsung, perwakilan ikhwah dan akhawat memberikan respon
yang baik dengan mengajukan soalan-soalan kepada kepimpinan, memberikan
muhasabah serta menyumbangkan idea dan cadangan.
MAT
dihangatkan lagi dengan sebuah slot yang ditunggu-tunggu oleh ahli BKPJM iaitu
slot Perbahasan Usul. Mesyuarat kali ini menerima 3 usul dengan matan usul yang
berbunyi “Meminda Undang-undang Tubuh BKPJM bab 5, fasa 19 (A) Ahli
Jawatankuasa Tadbir badan dianggotai oleh 10 orang kepada 11 orang” ,
“Menggempur gerak kerja hisbah demi kesejahteraan bersama” dan “Kesatuan
tunjang kekuatan”.
Setelah
selesai mesyuarat, pembubaran kepimpinan BKPJM sesi 2016/2017 telah
diisytiharkan oleh YDP BKPJM 2016/2017, Ustaz Muhammad Arif Bin Hamzah.
Kemudian, diumumkan pula keputusan pilihanraya oleh pengarah SPR dengan
diumumkan calon yang menang tanpa bertanding. Norhalim Bin Lokman selaku YDP
baru sesi 2017/2018 memberikan ucapan sekaligus mewakili Ahli Jawatankuasa
Tadbir yang lain.
Akhir
sekali, besar harapan BKPJM dan seluruh Eksekutif Pelaksana agar Mesyuarat
Agung Tahunan Kali ke-35 pada tahun ini
lebih bermakna apabila tahun ini dapat dilaksanakan di Asrama Pelajar Johor Rabaah. Pengarah MAT, Ustaz Fathurrahman Bin Mohd Saleh yang juga merupakan
AJKT baru sesi 2017/2018 turut berharap agar ahli-ahli BKPJM terus menyokong
dan mendokong BKPJM kerana BKPJM merupakan wadah kesatuan anak-anak Johor di
Mesir.
No comments:
Post a Comment