UNIT DAKWAH DAN TARBIAH HEWI BKPJM 2016/2017
شباب اليوم رجال الغد * بنات اليوم أمهات الغد
Pemuda
hari ini adalah pemimpin masa depan * Pemudi hari ini adalah pembimbing masa
depan
Menurut
Profesor Dr. Yusof Al-Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam kontemporari
yang tersohor menyatakan,”Apabila kita mahu melihat wajah negara pada masa
hadapan, lihatlah generasi remajanya pada hari ini. Sekiranya golongan remaja
hari ini adalah dalam kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara pada masa akan datang adalah sebuah negara yang aman.
Ibnu
Jauzi turut menyatakan,”Wahai para pemuda, kerahkanlah potensi diri kamu selagi
masih muda kerana aku belum pernah melihat karya yang paling berharga selain
yang dilakukan oleh generasi muda.
Menelusuri sejarah
kegemilangan Islam, peranan orang muda begitu signifikan kepada perjuangan
Rasulullah SAW. Ramai dalam kalangan Assabaqunal
Awwalun (orang yang mula-mula memeluk islam) terdiri daripada golongan pemuda
dan remaja. Antaranya Ali bin Abi Talib, Saad bin Abi Waqqas, dan ramai lagi.
Selain itu, kehebatan para pemuda islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh,
Usamah bin Zaid, Tariq bin Ziad, Ashabul Kahfi, Ashabul Ukhdud dan ramai lagi.
Di dalam Al-Quran, Allah
telah membentangkan satu kisah untuk tatapan pemuda Islam sepanjang zaman. Kisah
yang mengambarkan pemuda yang beriman dan dengan penuh cekal mempertahankan
prinsip hidup mereka. Dalam usia yang masih muda mereka sudah mengenal betapa
tingginya nilai iman dan agama sehingga mereka tidak sanggup menggadaikannya
walaupun dengan tawaran harta benda yang mahal. Mereka lebih rela
mempertahankan iman dan agama mereka biarpun terpaksa hidup dalam buangan dan
terasing. Bahkan jika terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun mereka sanggup
melakukannya.Allah memuji mereka
dalam firmanNya :
Ingatlah ketika pemuda-pemuda
berlindung di dalam gua, lalu mereka berdoa : Wahai Tuhan Kami,berilah Rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus
dalam urusan kami (ini).
( Al-Kahfi:10 )
Sampai kepada firman
Allah, ”Sesungguhnya mereka itu adalah para pemuda yang beriman kepada Tuhan
mereka,dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. ( Al-Kahfi:13 )
Kisah
Ashabul kahfi ini, mengambarkan segenap ciri pemuda Islam yang sebenar iaitu:
1)
Keimanan yang teguh dan mempunyai prinsip hidup sebagai seorang muslim.
2) Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku kehidupan.
3) Berani berhadapan dengan segala cabaran.
4) Setiakawan dalam mengharungi cabaran.
5) Yakin kepada diri.
6) Sanggup berkorban.
3) Berani berhadapan dengan segala cabaran.
4) Setiakawan dalam mengharungi cabaran.
5) Yakin kepada diri.
6) Sanggup berkorban.
Allah
mengabdikan kisah mereka di dalam Al-Quran sebagai ibrah bagi para pemuda, dimana
kerosakan yang terjadi pada kaum mereka tidak sedikitpun menggoyahkan keimanan
mereka.
Ketahuilah
para pemuda kamu adalah batu bata dalam perjuangan Islam, kerana itu kamu mesti
lengkapkan diri dengan ilmu dan memperbanyakkan amalan sunat.
Semoga
kamu semua menjadi perwira islam, perwira yang kenal agama yang unggul, yang
beribadat dan berjihad, memperbaiki kekurangan diri sendiri di samping
berdakwah kepada Allah SWT.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment