SETIAUSAHA LE TOUR DE DAMIETTA
DUMYAT, 13 Feb – Dumyat atau Damietta dikenali merupakan salah satu daerah atau muhafazah di Mesir yang sering menjadi pilihan jaulah warga mahasiswa Malaysia di Mesir terutama pada musim sejuk. Bersempena dengan cuti musim sejuk kali ini, BKPJM telah menganjurkan rehlah ke Dumyat iaitu Le Tour De Damietta khusus buat mahasiswa Johor di Mesir.Rehlah ini yang berlangsung selama sehari ini disertai leih 60 peserta ikhwah dikalangan anak-anak Johor di Mesir dengan menaiki sebuah bas dan sebuah van persiaran.
Rombongan bertolak dari Masjid Syarbini,Hayyu Asyir seawal jam 4 pagi.Para peserta selamat sampai ke destinasi pertama iaitu pantai Dumyat pada jam 8.30 pagi. Sejurus sampai, para peserta bersama-sama menunaikan solat dhuha di pondok rehat. Seusai solat, majlis perasmian pun dimulakan. Majlis dimulakan dengan ucapan Ustaz Norhalim Bin Lokman selaku pengarah program seterusnya ucapan YDP BKPJM Ustaz Muhammad Arif Bin Hamzah sekaligus merasmikan program jaulah LeTour De Damietta.
Seterusnya, diadakan sesi panas badan dan pembahagian kumpulan untuk sukan rakyat.
Destinasi seterusnya ialah Ras el –Bar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam untuk ke Ras el -Bar dari pantai Dumyat. Setelah sampai, peserta diberi penerangan berkaitan keadaan sekitar dan sejarah tempat tersebut. Tepat jam 4.30 petang, semua peserta pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Amru Al-Asr,Dumyat.
Sepanjang perjalanan ke Masjid Amru, peserta dapat melihat keindahan suasana Bandar Dumyat yang berlainan dengan suasana Kaherah. Di Masjid Amru, para peserta berehat untuk makan malam dan menunaikan solat jamak maghrib dan isyak. Setelah selesai solat, peserta diberi peluang untuk berehat dan mengambil gambar sebelum bertolak pulang pada jam 7.30 malam.Sepanjang rehlah berlangsung kesemua peserta dilihat begitu menikmati akan perjalanan tersebut.Bahkan ada yang menyatakan hasrat untuk menyertai lagi rehlah sebegini di masa akan datang.Kesemua peserta selamat sampai di Kaherah pada jam 10.30 malam.-Wartawan BKPJM-
“ KEBERSAMAAN MENGUKUH KESATUAN “
“ MEMBENTUK GENERASI MITHALI “
No comments:
Post a Comment