KAHERAH, 31 Oktober 2015 – Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah mengadakan lawatan ke Abu Ila' , gedung pakaian musim sejuk yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan pelajar Malaysia di Mesir. Lawatan telah dijalankan pada 31 Oktober yang lalu. Lawatan ini bertujuan sebagai persediaan buat para ahli, terutama pelajar-pelajar baru untuk menghadapi musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sebuah bas mini telah ditempah yang memuatkan 47 orang siswa, termasuk diiringi fasilitator muzakarah berkelompok, Ustaz Yassarudin bin Samsul. Rombongan ini telah bertolak jam 4.45 petang dan tiba di Abu Ila' pada jam 5.45 malam setelah melalui lalu - lintas yang agak sesak.
Para peserta rombongan sangat teruja sepanjang lawatan berlangsung. Pelbagai perkara baru telah mereka pelajari terutama cara berkomunikasi dalam berjual – beli dengan masyarakat Arab Mesir. Ikatan Ukhuwah persaudaraan sesama ahli juga semakin erat.
“Lawatan ini sememangnya aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Unit Sambutan dan Rehlah bagi memastikan kebajikan ahli – ahli BKPJM sentiasa terjaga,” ujar Saudara Aizat Bin Shahadan selaku Ketua Unit Sambutan dan Rehlah pada sesi 2015/2016.
Rombongan selamat tiba di Asrama Rumah Johor Hayyu Thamin pada jam 9.30 malam.
" Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan "
"Kebajikan dan Perpaduan"
"Kebajikan dan Perpaduan"
"Setia bersamamu BKPJM"
No comments:
Post a Comment