Monday, December 14, 2015

SEMINAR ANTARABANGSA BUDAYA DAN PEMIKIRAN MESIR – MALAYSIA (SAMIM)

TARIKH:21 OGOS 2006.
TEMPAT :DEWAN IBNU SINA, ASRAMA PELAJAR JOHOR HAIYU THAMIN
JAM :8.00 MALAM – 11.30 MALAM.

SESI 1 (8.00-9.45 MALAM)

1.DEMOKRASI DAN PEMBANGUNAN ISLAM DI MALAYSIA
-Mohd Izani Mohd Zain (UUM)

2.TAFSIR REFORMIS MESIR DAN KESANNYA TERHADAP PERKEMBANGAN PENGAJIAN TAFSIR DI MALAYSIA.
-Dr. Mustafa Bin Abdullah (UM)

3.PENGARUH NASIONALISME MESIR KE ATAS PERJUANGAN PRA KEMERDEKAAN TANAH MELAYU.
-Muhammad Pisol Mat Isa (UTP)

4KEIMANAN DAN KETAKWAAN DALAM ISLAM HADHARI:SATU TINJAUAN
-Prof Madya Dr. Mudasir Rosder (UKM)

SESI 2 (10.00-11.30 MALAM)

1.PERANAN SISWAZAH MESIR MENTERJEMAHKAN PEMIKIRAN AL-QARDAWI DALAM FEQH DAN DAKWAH NUSANTARA
-Prof Madya Aminuddin Ruskam Al Dawamy (UTM)

2.PEMIKIRAN TAJDID MUHAMMAD ABDUH:PENGARUH PEMIKIRANNYAKE ATAS SYEIKH ABU BAKAR AL-ASYAARI
-Muhammad Pisol Mat Isa (UTP)

3.JARINGAN KEILMUAN TIMUR TENGAALAM MELAYU DALAM PENGHASILAN KARYA-KARYA RAJA ALI HAJI
-Sri Rahayu Ismail (UPM)

4.PENGARUH GERAKAN ISLAM MESIR TERHADAP GERAKAN ISLAM MALAYSIA
-Kamaruddin Haji Salleh (UKM)



PENGANJURA BERSAMA

JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM
MALAYSIA

JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH

BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR

KEHADIRAN ANDA KEBANGGAAN KAMI

KURSUS BLOG DAN DESIGN BKPJM '07

KURSUS BLOG DAN DESIGN BKPJM '07

TARIKH: 3-4 SAFAR 1428 BERSAMAAN 21-22 FEBRUARI 2007

MASA: 1.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG (RABU 21/02/07)
9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG (KHAMIS 22/02/07)

TEMPAT: ASRAMA PELAJAR JOHOR, HAYYU THAMIN

YURAN PENYERTAAN: LE 8.00 (KERTAS KERJA DAN JAMUAN)

PENGISIAN: MEMBINA WEBLOG, PUBLISHER DAN ADOBE PHOTOSHOP


ANJURAN:
LAJNAH PENERANGAN DAN PENERBITAN
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR

Pertandingan dalam Program THE ANUAL FESTIVAL OF BKPJM (AF 05)

BERSEMPENA DENGAN "THE ANUAL FESTIVAL OF BKPJM" (AF 05) BEBERAPA PERTANDINGAN AKAN DIADAKAN. BERIKUT ADALAH SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1. Pertandingan Design Wallpaper:

*Untuk Ahli BKPJM Di Mesir
*Hantar Dalam Format JPEG Atau BMP atau Format Yang Sesuai.
*Anda Boleh Menggunakan Program Adobe Photoshop atau Program Yang Sesuai
*Wallpaper Tersebut Mestilah Memaparkan Logo BKPJM
*Wallpaper Direka Berdasarkan Sajak Yang Dilampirkan di Muka Sebelah (Hargai Hidup)
*Tiada Had Penyertaan
*Hantar Penyertaan Anda Ke E-mel (annualwallpaper@gmail.com)

2. Pertandingan Mereka Islamic Presentation:

*Masa Persembahan Tidak Melebihi 5 minit
*Tajuk Bebas(tidak menyentuh hal-hal politik atau sesuatu pihak)
*Anda boleh membina Islamic Presentation dengan tajuk seperti ( Cara Solat,Kaedah Mengambil Wuduk, Panduan Mengerjakan Haji dan lain-lain.)
*Berunsur Islam.
*Penggunaan Bebas(Power Point,Flash,Ulead dan lain-lain).
*Penghantaran Penyertaan (by Hand) dengan Drive,Disket,CD atau sekiranyafailnya kecil, boleh dihantar melalui e-mel di (matanajrumiah@yahoo.com)
*Sila Serahkan By Hand Kepada:
Ikhwah :Ust Muhammad Saleh Bin Maskob
Akhawat :Ustzh NorAzimah Binti Azman

3. Pertandingan Mengarang.

*Untuk Ahli BKPJM Di Mesir
*Ciptaan Sendiri
*Tajuk Bebas(tidak menyentuh hal-hal politik atau sesuatu pihak)
*Tiada Had Penyertaan
*3 Kategori Bahasa:
Bahasa Melayu :Cerpen
Bahasa Inggeris :Poem(sajak)
Bahasa Arab :Karangan(fakta)

Untuk Bahasa Arab, anda boleh menyerahkan secara by hand kepada:
Ikhwah :Ust Muhammad Saleh Bin Maskob
Akhawat :Ustzh NorAzimah Binti azman

Segala Masalah Dan Pertanyaan Sila Ajukan Kepada:
Ikhwah :Ust Muhammad Saleh Bin Maskob(010-8937725)
Akhawat :Ustzh Syariah (010-8371306)

Tarikh Tutup Semua Pertandingan Di atas Pada 14 Julai 2006

MARI KITA MEMERIAHKANNYA!
Rumah Johor, 28 Mac – Satu program motivasi telah diadakan sempena imtihan fasal dua yang akan menjelma.Ia telah diadakan di Rumah Johor Haiyu Thamin.

Program yang dianjurkan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah adalah untuk memberi tasji' (kata semangat) kepada semua penuntut-penuntut Malaysia di sini dalam menghadapi imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

Motivasi ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Fakhruddin, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Dalam kata-katanya yang disampaikan dalam bahasa arab menekankan supaya setiap mahasisiwa/wi perlu meletakkan target yang tinggi untuk peperiksaan tersebut iaitu sekurang-kurangnya mendapat takdir jayyid.

Katanya lagi, penting bagi setiap mahasisiwa/wi menguasai bahasa Arab dan Inggeris dengan mantap.Beliau suka menegur sikap sebahagian mahasisiwa yang berfikiran terlalu jumud terhadap sesuatu perkara.

Akhir katanya, beliau menegah keras mahasiswa/wi daripada terikut-ikut dengan fahaman wahabi dan menyarankan mengambil kesufian sebagai pembenteng diri.Sementelahan itu, majlis yang sama turut diserikan dengan penyerahan sebuah komputer daripada pihak JPMK untuk BKPJM yang berdaftar. 

Ini adalah sebagai tanda keperihatinan pihak JPMK terhadap anak-anak Malaysia disini bagi memudahkan segala bentuk urusan berkaitan kebajikan dan organisasi. 

Majlis berakhir dengan penyerahan cenderamata dari pihak BKPJM kepada pihak pengarah sebagai tanda kenang-kenangan, tepat jam 10.30 malam.

Program PERMATA

Kaherah - Diatas dasar untuk merapatkan ukhwah menjalin silaturahim, maka HEWI BKPJM telah menganjurkan PERMATA atau yasinan dirumah ahli.

Majlis tersebut telah diadakan di rumah Ust Khairunnizam pada 9 Mac yang lalu dan di rumah Qasr Saadah pada 16 Mac 2006.


Selain daripada yasinan majlis tersebut juga diisi dengan beberapa pengisian lain antaranya Tazkirah ringkas, ucapan tuan rumah, ucapan daripada HEWI BKPJM dan sebagainya.


Majlis tersebut secara keseluruhannya mendapat sambtan dari ahli HEWI sendiri.
Kaherah 23 & 24 Mac 2006 - Dibawah anjuran Unit Dakwah & Tarbiyah HEWI BKPJM telah mengadakan Ijtima Mahasiswi Kali ke 2 pada 23-24 Mac 2006.Program tersebut telah diadakan di Dewan Ibnu Sina Asrama Pelajar Johor Haiyu Thamin.

Program tersebut telah diseliakan oleh usrah pelajar baru telah menyediakan beberapa pengisian antaranya Debat Perdana, Sukan, Cari Harta Karun, Kotak beracun dan berbagai-bagai lagi. 


Menurut Timbalan Ketua HEWI BKPJM, Ustazah Raudhah "ijtima kali ini adalah lanjutan dari ijtima mahasiswi kali pertama dan sambutan daripada ahli HEWI amat menggalakkan dan mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan."

 Program tersebut berakhir pada hari Jumaat pada jam 8.30 pagi.

KEMPEN "Nyah Hubungan Tak Syar'ie"

Abdeen 23 Mac – Unit Dakwah & Tarbiah telah melancarkan kempen "Nyah Hubungan Tak Syar'ie" dengan kerjasama pihak Bait Muslim pada awal Mac yang lalu. 

Kempen ini bertujuan mencegah mahasiswa/wi daripada terjebak ke kancah maksiat. 

Menurut Ustaz Yohanaz Misuan, pengerusi Bait Muslim BKPJM, "kempen ini perlu dipandang serius oleh semua ahli.Ia dirasakan penting lantaran isu-isu yang timbul akibat hubungan tidak syar'ie dikalangan azhari/rat semakin menjadi-jadi.Tambahan pula ada yang memandang enteng hubungan tak syar'ie ini, sehingga terdapat mereka yang diberkas ketika berdua-duaan di dalam sebuah rumah. Tidak dinafikan, setiap manusia mempunyai naluri untuk berkasih dan dikasihi, sepatutnya sebagai azhari/rat memandu diri dengan panduan Ilahi demi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku lagi."

Disamping itu, ustaz Azman Shaari, Ketua UDT menasihati agar ahli tidak melayari laman-laman web yang tidak syar'ie.

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...