DISEDIAKAN OLEH: HASNUL HAKIMI BIN HUSSEIN
KETUA UNIT BKPJM MULTIMEDIA CREW, LPP BKPJM 2017/ 2018
KETUA UNIT BKPJM MULTIMEDIA CREW, LPP BKPJM 2017/ 2018
Berdakwah itu
bukan sesuatu yang sangat mudah untuk dilakukan malahan ia sangat sukar bahkan
lebih sukar dari apa yang kita fikirkan.
“ Habis tu susah sangat ke ? “
“ Eh, tak lah. Ia akan jadi
mudah dengan bantuan-bantuan yang lain “.
“ Apa bantuan tu ? “
- Al-Quran
- Hadis Nabawi
- Niat ingin berdakwah
- Suka membaca
- Kreatif
- Penyayang
- Istiqamah/ berterusan
AL-QURAN
Al-Quran itu tonggak utama dalam suatu dakwah kerana ia
adalah petunjuk dan panduan hidup yang betul dan tepat. Sepertimana dalam
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jin, ayat ke 2 :
“ Kitab ( Al-Quran ) yang memberi panduan ke jalan yang betul
........ “
Jadinya dakwah itu sangat memerlukan Al-Quran sebagai panduan untuk
berdakwah atau untuk disebarkan pada umat yang kini semakin jauh dari ajaran
Islam, ajaran agama Allah S.W.T.
HADIS NABAWI
Hadis juga merupakan tonggak utama yang kedua
selepas Al-Quran kerana tanpa hadis maka hidup seseorang itu tidak akan
lengkap. Al-Quran dan hadis wajib seiring kerana banyak ayat-ayat Al-Quran akan
diterangkan oleh Rasulullah melalui hadisnya. Contohnya seperti ayat tentang
solat. Allah berfirman dalam Al-Quran :
“ Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat ........ “
Dirikanlah solat ? Bagaimana nak solat ? Apa rukun-rukunnya ? Jadi
datangnya hadis sebagai tafsiran atas apa yang
diturunkan oleh Allah S.W.T.
NIAT INGIN BERDAKWAH
Hadis pertama dalam Susunan Hadis 40 Imam Nawawi ada
menukilkan soal ‘ Niat ‘.
“ Sesungguhnya melakukan sesuatu amal itu dengan niat ........ “
Oleh sebab itu setiap kali kita ingin melakukan amal
maka hendaklah dimulakan dengan niat kerana apabila kita niat untuk melakukan
kebaikan maka kebaikan itu akan hadir tapi jika sebaliknya, kita niat untuk
melakukan kejahatan maka kejahatan yang kita akan peroleh. Begitu juga dalam berdakwah,
kita pasang niat untuk berdakwah dan menyebarkan ajaran Islam ini supaya hati
kita bersih dan tahu akan tujuan hidup di muka bumi Allah ini.
SUKA MEMBACA
Sikap suka
membaca ini satu sikap atau satu amalan yang sangat baik untuk berdakwah. Kerana
apa? Kerana membaca itu sumber ilmu. Apabila kita sudah ada ilmu malah dakwah
kita jadi mudah dan boleh menyebarkan ajaran Allah S.W.T Wahyu pertama yang
diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril kepada Baginda Rasulullah S.A.W.
ialah surah Al-Ala’ iaitu diawal ayat sudah menyatakan ‘ BACALAH ‘. Jadi dari
ayat itu kita yakin bahawa sesungguhnya membaca itu sumber ilmu dan ditambah
sedikit mesti seiring dengan pendengaran yang baik kerana mendengar sesuatu
ilmu itu juga sangat penting dalam aspek dakwah terutamanya.
KREATIF
Sifat kretif juga perlu ada bagi seorang pendakwah
kerana dakwah ini bukan sahaja seperti ‘pak ustaz’ yang duduk dihadapan memberi
kuliah atau sebagainya. Malahan kita boleh menggunakan pelbagai alat-alat zaman
moden ini untuk berdakwah. Contohnya dakwah melalui media massa. Ada juga yang
berdakwah melalui lukisan. Ada juga yang berdakwah melalui penulisan dan ada
juga melalui risalah-risalah ilmiah. Pelbagai lagi cara atau kreativiti
seseorang pendakwah yang boleh ditunjukkan untuk agama Allah ini.
PENYAYANG
Dakwahlah dengan
rasa kasih saying. Terdapat satu kata-kata pujangga yang mengatakan ‘Cakaplah
dengan hati ( kasih sayang ) maka akan jatuh ke hati’. Oleh sebab itu sifat
penyayang juga merupakan satu sifat yang perlu dilakukan dalam berdakwah.
“ Bagaimana jika dia seorang yang bengis dan kuat marah ? “
Orang seperti ini tidak akan boleh menarik orang lain
untuk bersama-sama dengannya dalam dakwah kerana tiada sifat kasih sayang. Jadi
penulis sarankan buanglah ego kita dan belajarlah rasa kasih sayang tu.
InsyaAllah ia akan melembutkan orang lain dan mengajak orang lain untuk mendekatkan
diri kepada Allah S.W.T. Sifat ini juga merupakan sifat Nabi Muhammad S.A.W.
Ikutilah sifat beliau. Itu yang terbaik.
ISTIQAMAH / BERTERUSAN
Bila ditanya ‘ Sampai bila kau nak berdakwah?’
Jawapannyanya ialah sampai ajal menjemput. Oleh sebab itu, sebagai seorang
pendakwah hendaklah sentiasa istiqamah dan sentiasa berterusan dalam dakwah
kita hatta kematian buat kita hampir tiba. Tidak kisahlah berapa ramai insan
yang diasbabkan kita mereka menerima Islam dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Yang penting kita perlu berterusan dalam dakwah untuk agama Islam ini.
Sepertimana istiqamahnya Nabi Nuh a.s. yang berdakwah
selama 900 tahun dan pengikutnya hanya beberapa orang sahaja tapi beliau sangat
tekun dan istiqamah dalam dakwah. Akhirnya tetapkan sifat istiqamah dalam diri.
InsyaAllah dengan usaha kita itu akan membuah hasil yang sangat besar dan tidak
ternilai bandingnya iaitu ganjaran dari Allah s.w.t. samada di dunia lagi
mahupun di akhirat kelak.
-Waallahu ‘alam -