Thursday, March 24, 2016
Sunday, March 20, 2016
KARNIVAL HARIMAU SELATAN 2016 MEDAN KESATUAN ANAK-ANAK JOHOR DI MESIR
KARNIVAL HARIMAU SELATAN 2016 MEDAN
KESATUAN ANAK-ANAK
JOHOR DI MESIR
Oleh : Muhammad Syafiq Bin Abd Rashid
Setiausaha Karnival Harimau Selatan
(KHS’16)
KAHERAH, 13 MAC 2016 : Dalam usaha meningkatkan
ekonomi ahli dan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir ( BKPJM )
sendiri, baru-baru ini BKPJM telah menganjurkan program mega berbentuk bazaar
yang dinamakan dengan “ KARNIVAL HARIMAU SELATAN “ (KHS ’16) yang berlangsung selama tiga hari
di Masjid Salam, Hayyu ‘Asyir, Kaherah. Program bazaar kali ini bertemakan “
EKONOMI TERAS PEMBANGUNAN “. Antara objetif utama program itu adalah bertujuan
untuk memperkasakan ukhuwah islamiah anak-anak Johor dan mahasiswa Malaysia di
Mesir sekaligus mencungkil dan melatih bakat anak-anak Johor yang produktif dalam
bidang perniagaan.
Pengarah “ KARNIVAL
HARIMAU SELATAN 2016 “, Muhammad Shaker Naim Bin Aris berkata, “ Program ini
menjadi sati inisiatif untuk ahli dan pimpinan BKPJM belajar membuka perniagaan
berbentuk skala kecil disamping melaksanakan sebuah sunnah anjuran Rasulullah
SAW iaitu berniaga “. Tambahan lagi, “ Program sebegini juga secara tidak
langsung dapat menjayakan usul yang disepakati ketika Mesyuarat Agung Tahunan
BKPJM kali ke-32 (MAT-32) iaitu menyemarakkan slogan ‘Setia Bersamamu BKPJM’
Ini kerana, saya melihat ramai aktivis-aktivis BKPJM yang turut bersama
menjayakan program ini. Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh BKPJM bagi
meningkatkan ekonominya juga ekonomi ahlinya sendiri. Dalam program ini,
peniaga-peniaga yang menyertai program bazaar ini majoritinya mendapat pulangan
modal dan keuntungan yang tinggi.
Karnival Harimau
Selatan (KHS’16) telah dirasmikan oleh wakil kedutaan Education Malaysia Egypt
(EME) iaitu Yang Berbahagia, Tuan Azmi Bin Muhammad. Kehadiran pengunjung di Karnival
Harimau Selatan 2016 yang berlangsung selama 3 hari itu dijangka melebihi
hingga 2000 orang yang berbeza latar belakang negeri dan negara antaranya
Singapura, Indonesia, Brunei dan penduduk negara Mesir sendiri yang berkunjung
untuk merasai sendiri selera juadah makanan buatan orang Malaysia. Program ini
juga mendapat kunjungan khas iaitu Ustaz Adam Bin Ibrahim, Penolong Pegawai
Atase Pendidikan Negeri Johor. Selain itu juga, program itu diisi dengan pelbagai pengisian yang menarik
antaranya Mini Games,Tazkirah Maghrib, persembahan nasyid dan forum.
Program
Karnival Harimau Selatan 2016 ini telah ditutup secara rasmi oleh ucapan Yang
di-Pertua Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) sesi
2015/2016, Ustaz Muhammad Ariff Bin Haron. Setelah selesai ucapan penutup
KHS’16 itu, anak-anak Johor khususnya bersama-sama bergotong-royong
membersihkan kawasan program. Program Karnival Harimau Selatan 2016 ini
mencapai objektif dan menunjukkan kesan yang baik terutamanya dengan kehadiran
anak-anak Johor yang berada di perantauan ini untuk saling mengenali di bawah
tautan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir.
Thursday, March 10, 2016
KENYATAAN BERSAMA YDP-YDP BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN)
KENYATAAN BERSAMA YDP-YDP BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN)
Mesyuarat Yang Di-Pertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Negeri telah diadakan pada hari Ahad, 6 Mac 2016 di Dewan Soleh Al-Masri, Asrama Rumah Pulau Pinang, Hayyu Sabiek yang dipengerusikan oleh Saudara Mohammad Ainuddin Bin Mohd Ishak, YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) adalah bertujuan membincangkan permasalahan dan menyusun aktiviti-aktiviti secara bersama. Mesyuarat telah mencapai kata sepakat seperti berikut :
1. Mesyuarat pada kali ini memfokuskan berkenaan usaha memperkasakan kesatuan antara BKAN-BKAN yang telah terjalin sejak sekian lama. Beberapa program anjuran bersama telah diadakan untuk mencapai objektif tersebut, antaranya Ifthor Jamaie 1436H, Solat Sunat Aidilfitri, Nadwah Thaqafiah 2015, dan yang terkini sedang berlangsung adalah Hari Thaqafah Mahasiswa (HAMASAH).
2. Justeru bagi melancarkan gerak kerja secara bersama, YDP-YDP BKAN bersetuju untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas yang bertanggungjawab menyelaraskan dan menguruskan aktiviti-aktiviti antara BKAN-BKAN agar lebih tersusun.
3. Bentuk kerjasama antara BKAN-BKAN ini secara terperinci akan dirangka dan seterusnya dibentangkan terlebih dahulu dalam Mesyuarat YDP-YDP BKAN yang akan datang bagi proses saringan terakhir. Pemakluman secara terperinci kepada ahli akan dibuat pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Terima kasih.
.::Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan::.
.::Keilmuan Memangkin Kesatuan Islam::.
.::Keilmuan Memangkin Kesatuan Islam::.
Tuesday, March 8, 2016
Hari Wanita Sedunia : Keizzahan Wanita Dalam Islam
HARI WANITA SEDUNIA : KEIZZAHAN WANITA DALAM ISLAM
Tanggal 8 Mac
2016 merupakan tarikh yang telah terpilih untuk menyambut Hari Wanita Sedunia
bagi meraikan kehadiran & sumbangan
para wanita.Hari Wanita Sedunia yang disambut pada hari ini bertemakan global
iaitu ‘Janji Untuk Kesamarataan’ atau dalam istilah bahasa Inggeris ialah
‘Pledge For Parity’. Sambutan ini telah disambut &
diterima oleh sebahagian wanita di dunia akan kewujudan entiti hak &
tanggungjawab seorang wanita.
Walau
bagaimanapun, kita sebagai insan bergelar wanita Islam perlulah menyedari &
memahami bahawasanya kita meraikan Hari Wanita ini sebagai memperingati betapa istimewanya
hak wanita yang telah diberikan oleh Allah SWT dalam Islam dan bukannya
meraikan kejayaan menuntut hak sebagai seorang wanita. Para ulama telah banyak
menulis buku dan melakukan perbahasan berkaitan ketinggian kedudukan dan hak
wanita dalam Islam. Kedudukan wanita dalam Islam boleh dilihat dari dua sudut
dan perspektif yang berbeza iaitu:
11) Dari perspektif kemanusiaan: Ini
membincangkan kedudukan wanita dalam Islam yang memiliki kriteria-kritiria
manusia seperti juga lelaki
22) Dari perspektif kewanitaan: Ini
membincangkan keadaan wanita yang
membezakannya dengan lelaki dengan ciri-ciri khas kewanitaannya.
Lalu Islam memberi
wanita hak kemanusiaan secara kukuh & menjaga kriteria-kriteria
kewanitaannya secara sempurna tanpa mengabaikan kedua-duanya. Hujah ini
dikuatkan lagi dengan kalam daripada Ustaz Al-Bahi Al-Khauli dalam karangan
beliau yang bertajuk ‘Al-Islam Wa Al Mar’ah Al-Mua’shirah’ bahawa Islam telah
meletakkan kedudukan wanita sama sahaja dengan lelaki dalam seluruh hak dan kewajipan
sebagai manusia.Islam juga tidak mengabaikannya dari keadaan fitrah
semulajadinya dan tidak melampaui yang telah digariskan oleh alam bagi seorang
wanita.Selain itu,nas-nas dari Al-quran juga mengukuhkan lagi pandangan Islam
terhadap wanita yang memberinya kedudukan yang sangat tinggi,mulia &
terhormat diantaranya ialah:
Maka tuhan mereka memperkenankan permohonannya( dengan
berfirman):
‘Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amal orang-orang
yang beramal di antara kamu,baik laki-laki atau perempuan kerana sebahagian
kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain
(Surah Al-Imran :195)
Sekiranya kita
selusuri sejarah serta kisah srikandi Islam terdahulu,keizzahan wanita telah
pun terlihat melalui kehidupan srikandi Islam seperti Hawa,Siti
Hajar,Balqis,Zulaikha,Sumayyah & lain-lain.Keizzahan wanita Islam juga
telah terbukti melalui biografi Nabi Muhammad s.a.w yang penuh dengan puluhan
ribu wanita hebat bermula daripada bonda beliau sendiri iaitu Siti Aminah,Siti
Khadijah,Aishah dan semua ummahatun mukminin,Fatimah & adik beradik
perempuannya serta ibu-ibu susuan,ibu saudara & para sahabiyyah
seluruhnya.Di dalam Al-quran juga Allah telah mengangkat keizzahan wanita
dengan tercatatnya nama-nama serta kisah srikandi Islam yang boleh dijadikan
sebagai ikutan & pengajaran buat wanita zaman ini seperti Saidatina
Mariam,Asiah,Safiah dan lain-lain.Dalam Islam juga, hukum & tatacara
berkaitan wanita & hak telah dijelaskan dengan terperinci dalam surah
An-Nur & An-Nisa’.
Kesimpulannya,jelaslah
bahawa kini yang menjadi perbahasan adalah soal perlaksanaan bukannya
undang-undang,hukum & tuntutan hak kerana Islam telah lama mengangkat
keizzahan wanita dalam pelbagai aspek semenjak dahulu lagi.Maka diri kita
sebagai wanita perlulah faham betapa pentingnya menjaga keizzahan yang telah
dianugerahkan dari Ilahi seterusnya berusaha menyebarkan manfaat di dunia buat
diri,keluarga serta masyarakat untuk syiar Islam.Buat lelaki,ucapkan terima
kasih juga buat insan-insan bergelar wanita yang telah banyak berjasa di
sekeliling kalian terutama ibu kerana mereka merupakan madrasah pertama
setiap anak-anak.Ketahuilah wanita,muliamu kerana Islam maka berbahagialah.Selamat
Hari Wanita Antarabangsa.WaAllahu’Alam.
‘MAHASISWI
RABBANI & BERKETERAMPILAN’
Subscribe to:
Posts (Atom)
Post Terbaru
Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...

-
HUKUM BERMAIN ALAT MUZIK BERTALI Islam tidak menghalang untuk umatnya berhibur, akan tetapi setiap hiburan perlu bersandar dengan ...
-
[ MEMAHAMI ERTI SEBUAH IMTIHAN ] بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره وم...
-
PERSPEKTIF ISLAM DALAM MEMPERTAHANKAN HAK Dalam Islam kita perlu menjaga dan mempertahankan hak, harta dan maruah kita apabila ...