Monday, October 29, 2018

MAT-36 MENENTU HALA TUJU



DISEDIAKAN OLEH : MOHD IZZUDDIN BIN HUSLIZAN
SETIAUSAHA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPM KALI KE-36 (MAT-36)

20 OKTOBER 2018, RABAAH - Dengan tema “Bersama Bersatu, Menentu Hala Tuju”, Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir telah berjaya menganjurkan program Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-36 dengan jayanya. Program yang diadakan di Dewan Kutub Sittah, Asrama Pelajar Johor Rabaah ini berjaya mengumpulkan ramai anak Johor termasuklah daripada muhafazah selain Kaherah.

Program berlangsung seharian daripada pukul 7 pagi sehingga pukul 10 malam. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai isu telah dibincangkan dan pelbagai perbahasan telah dibentang. Laporan gerak kerja bagi setiap unit di bawah Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir juga dipaparkan bagi membuka sebarang ruang untuk ahli memberikan persoalan atau menyumbangkan cadangan dan muhasabah.

MAT kali ini telah membahaskan beberapa usul yang penting. Usul-usul tersebut dibawa oleh ahli BKPJM yang sudah lama berada di Mesir. Antara usul yang dibahaskan ialah “Melahirkan generasi Muthaqqaaful Fikri” yang dibawa oleh Ustazah Nurizzah Sofea binti Ismail.

MAT membuka ruang kepada ahli untuk memberikan sebarang cadangan dan muhasabah kepada BKPJM untuk dilaksanakan pada sesi akan datang. Ketika MAT, ahli dapat melihat wajah sebenar BKPJM. Di sini telah terbukti bahawa Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan AJK Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) melaksanakan tugasan mereka dengan bersungguh-sungguh dan bersedia menerima sebarang muhasabah sekiranya mereka culas dengan amanah yang diberikan.

Ahli yang tidak hadir ke MAT boleh mendapatkan keterangan penuh berkenaan MAT daripada barisan kepimpinan BKPJM yang baru bagi sesi 2018/ 2019. Semoga MAT BKPJM kali ke-36 ini menjadi kunci kepada terbukanya banyak perancangan yang efektif bagi mengatasi masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh pimpinan akan datang.

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...