Thursday, August 3, 2017

BAKTI SISWA BKPJM BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA


Oleh : Ustaz Mohamad Azrul Bin Raf'an
Setiausaha KEMUDI ‘17

 MERSING, 27 Julai 2017 - Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir telah mengadakan satu program Bakti Siswa yang diberi nama Kem Motivasi Diri 2017 (KEMUDI '17). Program yang berbentuk motivasi kecemerlangan pelajar ini telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari bertempat di Maahad Tahfiz Al-Khairiah, Mersing. Antara objektif program KEMUDI' 17 ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menyuntik semangat motivasi dalam kalangan pelajar disamping melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek akademik dan pengajian Islam.



 Program ini telah dirasmikan oleh wakil MATAM, Ustaz Ariff Maricar. Di sebelah petang pula, aktiviti indoor game telah diadakan dalam kalangan pelajar seterusnya pengisian diskusi kitab 'Qiraah Manhaj Hayah' yang telah dibentangkan oleh Ustaz Shaker Naem bin Aris, mantan Bendahari BKPJM 15/16.Pada hari kedua, program dimulakan dengan program tazkirah subuh sebagai makanan rohani sebelum melakukan aktiviti luar bagi Membentuk kekuatan jasmani bagi melahirkan pelajar yang cerdas dan berdaya saing. Seterusnya program diteruskan lagi dengan slot motivasi diri, pengenalan Al-Azhar as-Syarif dan pengenalan BKPJM.


Majlis penutup diadakan pada sebelah petang yang telah dihadiri oleh beberapa wakil alumni Johor seterusnya majlis penutupan dirasmikan oleh Ust. Mohd Hidris Bin Shaari selaku Pengerusi Pertubuhan Al-Khairiah Mersing. Majlis diakhiri dengan bacaan doa wehdah bersama para pelajar. Pihak BKPJM berharap dengan terlaksananya program Bakti Siswa ini dapat menyumbang sedikit sebanyak perkongsian thaqafah dan pengalaman kepada kepada para pelajar sekaligus mengeratkan ukhuwah yang terjalin antara MATAM dan BKPJM. - Wartawan BKPJM.

“ KEBERSAMAAN MENGUKUH KESATUAN “

“ MEMBENTUK GENERASI MITHALI “

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...