Monday, January 9, 2017

UJIAN DUNIA VS UJIAN AKHIRAT



Oleh : Ustaz Muhammad Aizat Bin Shahadan
Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM 2016/2017

Wahai Manusia..
Jangan Engkau Tertipu Daya
Oleh Dunia Yang Fana
Sebagai Tempat Ujian Bagi Kita

Dunia Sementara
Akhirat Selama-Lamanya

Orang Kaya Mati
Orang Miskin Mati
Raja-Raja Mati
Rakyat Biasa Mati

Semua Pergi Menghadap Ilahi
Dunia Yang Dicari
Tak Ada Yang Berarti

Takkan Dibawa Mati

Ujian merupakan takdir Allah yang wajib diterima dengan kesabaran. Semua manusia pasti mempunyai ujian masing-masing. Tidak ada manusia yang tidak pernah terlepas  mendapat ujian dengan mengalami kesusahan dan kesedihan. Setiap ujian pasti Allah tadkirkan  dengan kemampuan hamba-Nya untuk menghadapinya karena Allah tidak membebankan hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya.

Kita selaku hamba-Nya seharusnya seimbangkan antara mencari dunia dan mencari akhirat tatkala Allah berpesan untuk lebih mendahulukan dan mementingkan akhirat. Renungkanlah firman-Nya yang bermaksud:

 “Carilah negeri Akhirat pada nikmat yang diberikan Allah kepadamu, tapi jangan kamu lupakan bahagianmu dari dunia“. (QS. Al-Qosos: 77).
Dalam ayat ini menunjukkan Allah memerintahkan kita agar memanfaatkan nikmat dunia yang Allah berikan, untuk meraih kemuliaan akhirat, erti bahasa mudahnya: korbankanlah duniamu, untuk meraih akhiratmu!
           Sesungguhnya kehidupan manusia tidak terhenti hanya setakat di dunia ini. Kehidupan sebenar dan kekal ialah di akhirat. Dunia ini hanya persinggahan sebentar untuk melaksanakan ujian menentukan darjat setiap hamba-Nya.

            Rasulullah Saw bersabda mengumpamakan dunia ini sekadar sepohon pokok yang memberi tempat berteduh kepada pengembara. Maksud sabda Rasulullah Saw: “ Apalah erti dunia bagiku. Hubunganku dengan dunia ini laksana seorang pengembara yang sedang berjalan di bawah terik matahari. Apabila melihat sepohon pokok yang dapat dia berteduh
 maka dia berada sejenak di situ. Tetapi seketika kemudian dia meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanan. (Hadis riwayat Tarmizi).

            Kehidupan manusia di dunia dizahirkan dengan adanya jasad atau anggota badan yang wujud dengan nyata bagi membolehkan ia dilihat dan disentuh. Jasad adalah ibarat kenderaan bagi roh melaksanakan segala matlamat hidup.

Secara jujurnya, mana mungkin kita mampu seimbangkan antara dunia dan akhirat?! Sungguh, seakan itu hal yang mustahil. Yang ada: mendahulukan dunia, atau mendahulukan akhirat. Makanya, Allah berfirman yang bermaksud :
Aku tidaklah ciptakan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadah hanya kepada-Ku“. (QS. Adz-Dzariyat: 56)
          Ayat ini menunjukkan bahawa ibadah adalah tujuan utama kita diciptakan.Di sini ada permintaan untuk kehidupan dunia dan permintaan untuk kehidupan akhirat.Inilah isyarat bahawa kita harus lebih memikirkan kehidupan akhirat.
            Justeru, Islam mengajarkan bahawa setiap detik dan saat yang berlalu dalam kehidupan dunia ini adalah ruang-ruang pilihan yang akan menentukan corak kehidupan akhirat seseorang. Mulia atau hina. Barjaya atau gagal. Bahagia atau celaka. Oleh itu, seorang mukmin akan sentiasa melihat setiap gerak gerinya dan menilai dengan penilaian akhirat. Seseorang itu akan memastikan bahawa apa sahaja kehidupan dunianya akan dicorakkan dengan perlaksanaan agama Allah.

            Ketahuilah, Islam ini ada coraknya. Ada identitinya sendiri. Seluruh 24 jam hidup kita ini perlu kita corakkan sesuai dengan corak dan warna yang Allah suka dan redhai. Pilihan-pilhan corak dan warna yang tepat dan benar perlu dibuat. Ini disebabkan, warna yang dibuat ke atas kehidupan dunia kita ini, maka itulah yang akan menentukan corak dan warna kehidupan akhirat kita sama ada mulia atau hina; berjaya atau gagal; mahupun bahagia atau celaka! Al-Quran menggambarkan corak kehidupan akhirat ketika itu ada dua keadaan sahaja, sama ada bahagia atau celaka! Apa yang lebih malang lagi, ketika itu kita sudah tidak mempunyai upaya untuk membuat pilihan. Kita hanya berhak menerima natijah pilihan yang kita lakukan di dunia dahulu. Erti bahasa mudahnya : “Kita menanam Pahala di Dunia, Menuai di Akhirat kelak”.

Lantas, piihan manakah yang kita akan pilih untuk kehidupan dunia kita ini demi mencapai cita-cita tertinggi seseorang Islam dengan mencapai Mardhatillah ?
Selamat Beramal dan Berkhidmat untuk Agama Allah.
WaAllahuA’lam.

“KEBERSAMAAN MENGUKUH KESATUAN”
“MEMBENTUK GENERASI MITHALI”

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...