Wednesday, March 8, 2017

PEMUDA YANG DINANTI




OLEH : USTAZAH AMALINA SYAHIRAH BINTI HAMIDUN
UNIT DAKWAH DAN TARBIAH HEWI BKPJM 2016/2017

شباب اليوم رجال الغد * بنات اليوم أمهات الغد
Pemuda hari ini adalah pemimpin masa depan * Pemudi hari ini adalah pembimbing masa depan

Menurut Profesor Dr. Yusof Al-Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam kontemporari yang tersohor menyatakan,”Apabila kita mahu melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi remajanya pada hari ini. Sekiranya golongan remaja hari ini adalah dalam kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara pada masa akan datang adalah sebuah negara yang aman.

Ibnu Jauzi turut menyatakan,”Wahai para pemuda, kerahkanlah potensi diri kamu selagi masih muda kerana aku belum pernah melihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh generasi muda.

                   Menelusuri sejarah kegemilangan Islam, peranan orang muda begitu signifikan kepada perjuangan Rasulullah SAW. Ramai dalam kalangan  Assabaqunal Awwalun (orang yang mula-mula memeluk islam) terdiri daripada golongan pemuda dan remaja. Antaranya Ali bin Abi Talib, Saad bin Abi Waqqas, dan ramai lagi. Selain itu, kehebatan para pemuda islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Usamah bin Zaid, Tariq bin Ziad, Ashabul Kahfi, Ashabul Ukhdud dan ramai lagi.

                  Di dalam Al-Quran, Allah telah membentangkan satu kisah untuk tatapan pemuda Islam sepanjang zaman. Kisah yang mengambarkan pemuda yang beriman dan dengan penuh cekal mempertahankan prinsip hidup mereka. Dalam usia yang masih muda mereka sudah mengenal betapa tingginya nilai iman dan agama sehingga mereka tidak sanggup menggadaikannya walaupun dengan tawaran harta benda yang mahal. Mereka lebih rela mempertahankan iman dan agama mereka biarpun terpaksa hidup dalam buangan dan terasing. Bahkan jika terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun mereka sanggup melakukannya.Allah memuji mereka dalam firmanNya :

Ingatlah ketika pemuda-pemuda berlindung di dalam gua, lalu mereka berdoa : Wahai Tuhan Kami,berilah Rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini). 
( Al-Kahfi:10 )

Sampai kepada firman Allah, ”Sesungguhnya mereka itu adalah para pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka,dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. ( Al-Kahfi:13 )

Kisah Ashabul kahfi ini, mengambarkan segenap ciri pemuda Islam yang sebenar iaitu:

1) Keimanan yang teguh dan mempunyai prinsip hidup sebagai seorang muslim.
2) Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku kehidupan.
3) Berani berhadapan dengan segala cabaran.
4) Setiakawan dalam mengharungi cabaran.
5) Yakin kepada diri.
6) Sanggup berkorban.                                                                                                                                                   
Allah mengabdikan kisah mereka di dalam Al-Quran sebagai ibrah bagi para pemuda, dimana kerosakan yang terjadi pada kaum mereka tidak sedikitpun menggoyahkan keimanan mereka.

Ketahuilah para pemuda kamu adalah batu bata dalam perjuangan Islam, kerana itu kamu mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan memperbanyakkan amalan sunat.
Semoga kamu semua menjadi perwira islam, perwira yang kenal agama yang unggul, yang beribadat dan berjihad, memperbaiki kekurangan diri sendiri di samping berdakwah kepada Allah SWT.

Wallahu A'lam.

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...