Tuesday, August 30, 2016

KALAM YANG DIPERTUA BKPJM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE 59

31 Ogos 1957


KALAM YANG DIPERTUA BKPJM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE 59



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

31 Ogos 1957 merupakan satu tarikh bersejarah bagi rakyat Malaysia. Alhamdulillah kita telah mencapai kemerdekaan yang ke 59 tahun pada kali ini. Kemerdekaan merupakan satu anugerah dan nikmat bagi sesebuah negara.
Oleh yang demikian, saya menyeru seluruh mahasiswa/wi Azhar untuk memahami dan menghayati makna merdeka yang sebenar supaya kita dapat menjadi insan yang bijaksana dan insan yang sentiasa bersyukur. Ambillah pengajaran daripada sejarah dahulu supaya kita tidak mengulangi sejarah yang sama. Bebaskan pemikiran kita daripada ideologi sekular kepada Islam yang sebenar.
Dan selaku generasi muda yang merupakan tulang belakang negara kita perlu memupuk perpaduan dan persefahaman antara kita supaya timbul rasa kerjasama dan rasa sayang untuk menjaga kedaulatan Negara. Kerana cinta kepada negara merupakan satu tuntutan kepada kita. Seperti firman Allah di dalam Al Quran, "Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa.." [Al Baqarah 126].
Dan perlu bagi kita selaku mahasiswa/wi mengembalikan semangat dan roh jihad dalam kalangan mahasiswa/wi supaya timbul kesedaran dan rasa bertanggungjawab terhadap Negara.
Maka saya mengharapkan agar semua anak-anak Johor dapat menghayati dan memahami erti sebenar kemerdekaan. Dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keamanan tanah air tercinta, . Semoga Allah memberikan limpahan rahmat dan keberkatan kepada kita.
- Ustaz Muhammad Ariff bin Haron -

( YDP BKPJM SESI 2015/2016)

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...